Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Showing posts with label chamah ulu sepat. Show all posts
Showing posts with label chamah ulu sepat. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 5

Mulai dengan langkah kanan, aku antara golongan belakang yang memulakan langkah. Beg dirasakan berat almaklumlah hari pertama. Akal sudah mula fikir aku patut kurangkan beban sendirian berhad kerana ration company cuma berapa kilo je. Otot betisku pula terasakan bagai sudah hari ke tiga trekking... keras semacam. Ini semua kerana Salomon Trail Run yang aku baru turut serta kurang seminggu. Lain kali jangan buat pasal. Take note on that.

Jalan tanpa kasut tapi sandal Teva di kaki, meredah lecak tanah merah tidak dapat dielak lagi. Kaki seluar aku pula sudah jadi alas Teva, dilipatpun ia kembali luruh meyembah bumi. Langkah demi langkah, sama sama melangkah, beramai ramai kami melangkah, tiba tiba Ad boleh terhantuk dahan pokok yang melintang jalan. Apa lagi terus jadi bahan cerita ketika itu. Kalau tak, masing masing senyap je melayan diri.  menanggung beban buat pertama kalinya. Tak tahulah apa yang difikirkan si Ad sampaikan dahan yang terang terang depan mata pun dia boleh langgar. Nak dikatakan sudah pewai, baru hari pertama, ini sudah kes parah ni. Gelak gelak juga, jaga jaga juga.

Lihatlah pada jalan lihat pada kaki kami
Sampai di satu tempat kami berehat. Beg diturunkan ke tanah. Kumpulan pertama telah pun naik 4x4 ke Kg Lelah iaitu Campsite kami malam ini. Tiada apa yang boleh dilakukan selain buat bulat dan menyembang, apabila lapar ada yang masak maggie...aku pun tumpanglah sekali makan. Setelah beberapa kali 4x4 datang dan pergi tibalah giliran aku pula naik. Selok je aku naik ada pula yang jerit kat aku iaitu kawan baru dikenali. "Cua!!! turunlah, kita jalan kaki dulu", jerit si Amiey padaku yang ketika itu sudah pun berdiri di atas 4x4. Jawapku ringkas,"Alaaaa, dah naik. Malas nak turun balik. Aku kan orang baru." sambil sengeh sengeh kat derang. Derang iaitu Amiey, Dee dan Azam. Mereka adalah kumpulan terakhir yang 4x4 akan datang kutip balik.

Tiba di Kg Lelah, fly sudah pun siap dipasang betul betul di pinggir kebun getah. Ada juga yang menyewa rumah batu orang asli dengan harga RM5 sekepala. Jadi mereka tidak perlu pasang fly atau buka khemah. Kalau pondok untuk hikers memang aku ambik la sebab feel dia lain. Selepas meletakkan beg aku ajak Am pergi ke sungai untuk mandi dan ambil air tapi kamai hanya pergi sekerat sahaja kerana treknya becak tanah merah. Tidak cukup dengan itu, pokok tumbang menghalang laluan sampaikan kena menunduk macam jalan itik untuk ke seberang. Kalau gi mandi pun nanti kotor balik masa perjalanan balik. Keputusan diambil berpatah balik sahaja.

Tiba di campsite aku jadi serba tak kena kerana belum lagi mandi. Nasib baik hujan masih turun, bolehlah aku angap diri ini sudah mandi. Kakiku yang kotor dengan lecah tanah merah merimaskan dan mesti dibasuh sebelum masuk tido. Maka terpaksalah aku tadah air longkang untuk membasuh kaki dan sandal Teva. Nama je air loangkang tapi ianya datang dari cucur atap. Air cucur atap pula aku tadah untuk dijadikan sumber minum atau memasak. Selesai membersihkan diri barulah aku kembali ke fly untuk dinner dan melepak. Inilah sumber air terbaik yang ada.

Melepak, menyembang, melawak, bergurau sementara menanti hidangan siap dimasak oleh Chef Ana dan krew. Masa ni tahan je la asap rokok yang berkepol kepol. Dah semua yang berada disisi hisap rokok. Lepas sebatang, isap lagi sebatang. Janji tak hembus ke aku sudah. Bila tiba masa makan inilah bagusnya. Makanan dikongsi bersama. Walaupun baru kenal kami tidak kekok untuk kongsi makan sepinggan. Ada yang kongsi berdua dan ada juga yang kongsi bertiga. Apa yang nak dijijikkan, ini kan sunah Nabi kita Muhammad S.A.W. Tiba time minum pula ada yang buat hal. Mula mula Amiey terkena dengan Azam apabila meminum air tongkat ali yang disangkakan air kosong. perghhhh!!! pahit tak hengat! Lepas tu air kopi pula dicampurkan dengan air tongkat ali. Part ni ok sebab pahit tongkat ali boleh dianggap pahit kopi.

Setelah lewat malam barulah kami semua tidur. Anggap je hujung sebelah Sham bukit hujung sebelah aku pula lembah. Disebabkan lembahlah aku dengan Dee tido dalam plastik sampah. Aku cuma pakai baju tadi dengan seluar tight. Sarung plastik sampah besar sampai paras paha, Guna tuala untuk jadikan selimut. Sleeping beg pula tak nak pakai sebab takut nanti kalau basah berat pula. Kesimpulannya perlukan plastik beg yang lebih panjang kalau nak tido macam ni. Kalau boleh biar sampai ke kepala. Sedikit mengganggu sebab ketika lesak/beralih badan akan ada bunyi plastik. Apa pun aku tetap dapat tido lena sampai ke pagi.

[bersambung...]

Wednesday, February 11, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 4

Rupanya kami terpaksa menunggu lagi. Mereka pergi ke pekan sebentar untuk membeli minyak petrol. Beg yang disandang kini diturunkan semula. Menanti dan terus menanti sambil melihat abang abang TNB sedang standby bagi menghadapi apa jua kemungkinan jika hujan masih juga tidak berhenti.
"Asar sudahpun lepas namun kami masih di sini.
Paras air sudah tinggi namun kami masih di sini.
Hari semakin gelap namun kami masih di sini."
Akhirnya tiba masa untuk kami berlepas. 2 buah boat membawa kami lebih kurang 40 orang beserta beg hiking masing masing. Aku terdengar ada yang berkata naik boat nanti sejuk. Difikirkan semula ada logiknya kerana angin dan waktu. Maka aku terus memakai poncho. Menyampah lagi orang tengok kaler poncho aku yang terang benderang macam matahari sedang terbit dari ufuk timur.
Saat yang dinanti telah tiba. yea...
Perjalanan menaiki boat dari Pengkalan Trojen ke Pos Kemar suatu pengalaman baru bagi aku. Dari cuaca cerah sampailah bertukar gelap. Aku duduk di lantai boat menyandar pada beg, mula mula nampak la pemandangan tapi apabila sudah gelap apa pun tak nampak. Angin tasik sejuk bagai menusuk mana mana ruang badan yang tak tertutup dek poncho sampaikan muka pun aku tutup. Tinggal sikit je ruang untuk aku bernafas dan melihat luar. Sesekali aku tertidur sesekali aku terjaga. Pada satu ketika terasa lantai boat melanggar sesuatu yang keras betul betul di bawah punggungku. Kemudian sekali lagi ia berlaku. Sah batang atau dahan pokok yang dihayutkan arus ataupun tunggul pokok. Pabila masing masing menyuluh sekeliling didapati penuh balak balak, sampah sarap yang dihanyutkan arus. Tekong boat memandu dengan perlahan mengelak apa yang perlu, melanggar apa yang boleh. Setelah melalui perjalanan yang agak seram kami tiba di Pos Kemar. Bukan di jetinya tapi terus ke hujung tasik kerana paras air yang tinggi.
Seronok dah sampai Pos Kemar
Akhirnya kami semua selamat sampai di Pos Kemar. Masing masing turun dari boat sambil tolong menolong mengangkat beg tidak kira siapa empunya. Seturunnya, tanpa berlengah kami siap sedia untuk bertolak.
"Ada yang menukar selipar ke kasut, itu bukan aku
Ada yang mengeluarkan headlamp, itu aku
Ada yang memasukkan bateri ke dalam headlamp, itu aku
Ada yang memanjangkan trekking pole, itu aku
Ada yang menggalas beg, itu semua"

[bersambung...]

Monday, February 9, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 3

Rupanya bot yang sepatutnya mengambil kami dilaporkan rosak. Penantian kami disertai oleh hujan yang turun sekejap sekejap. Jadi, sekejap sekejap jugalah aku keluar dari kereta berjalan ke gigi air. Macam nak hujan masuk balik dalam kereta, rasa bosan berjalan kembali ke gigi air. Itu jelah yang mampu dilakukan buat masa ni. Satu ketika perut pun dah berasa lapar maka tapau nasi lauk sotong yang kononnya untuk makan kat trek dibelasah dalam kereta je. Dah lapar punya pasal, habis licin aku kerjakan. Tapi sayang xde pulak air sedap cuma air mineral water je. Kalau tak memang marbeleslah.
Bergelimpangan masing masing. Letih menunggu.
Sebelah kanan gambar atas pula surau
Sudah tidak tahan lagi, aku melangkah longlai ke gigi air. Singgah di surau untuk solat zohor. Ramai juga yang sudah terbungkang di sebelah surau. Bukan setakat terbungkang, malah berdengkur lagi termasuklah organizer sekali. Yang masak air masak maggie pun ada. Selepas solat aku lepak bertenggung di tangga surau juga di gigi air. Di sinilah perkenalan dengan rakan rakan lainnya. Ada seorang akak ni seorang cikgu kat melaka. Umi panggilannya. Lembutnya cakap sampaikan aku kena fokus apa yg dia cakapkan. Masa ni hati sudahpun berkata, harapan tinggal harapan, balik grik check in hotel la, esok je la naik bot. Masing masing cuma mampu berharap kerana berdasarkan waktu, tinggal berapa jam je lagi sebelum gelap.
Pandangan dari bawah. Tangga surau masih kelihatan
Tiang hijau itu adalah tangga untuk ke bawah. Nampak sangat paras sudah naik.
 Sedang kami menanti dan berharap, datanglah 2 buat bot yang mana salah satunya membawa seorang wanita mengandung untuk di bawa ke hospital. 2 buah boat nilah yang bakal kami naik untuk ke Pos Kemar. Muka masing masing ada gumbiralah masa ni. Semua orang pergi ambil beg masing masing dan berkumpul. Semangat kemain lagi semua masa ni.


[ bersambung... ]


Monday, January 26, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 2

Sambung drive ke Pekan Grik dalam lingkungan kelajuan 100km/j. Tiba di pekan Grik singgah sebentar di Restoran Famidah untuk mengalas perut yang lapar. Hanya aku dengan Am yang makan capati manakala Ad masih tidur dalam kereta. Hampir subuh barulah kami menuju ke lokasi berkumpul iaitu di Masjid Grik. Selesai solat Subuh dan mandi barulah bergerak ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi dan tapau lunch. Sedap juga masakan kedai ni. Aku makan lauk sotong. Lagipun sotongnya ada telur. sedapppp. Tapau pun lauk sotong juga. Sham Castello awal awal lagi dah bagitahu kat makcik kedai untuk sediakan lauk bebanyak rupanya. Almaklumlah 40 orang semuanya lebih kurang.

Masing masing bersemangat untuk mendaki Gunung Chamah & Ulu Sepat. Konvoi berbelas buah kereta menuju ke Pengkalan Trojan. Aku x pasti berapa jam perjalanan tapi apa yang aku ingat sudah pastinya sang Seladang memakan rumput di tepi jalan. Gerun juga aku walaupun pada mulanya excited. Mula mula nampak seekor je seladang... seladang tu lari.. aku slow je drive folo seladang tu.
Ni dia salah satu seladang yang sempat disnap oleh Ad. Tak berani aku nak berhenti.
Gembiranya rasa hati nampak signboard tu
 Sekali seladang tu pergi jumpa geng dia da. Captainnya pulak mak aih besor betui. Tanduknya melentik ke belakang. Kalau ditanduknya kereta mau tembus kot. Slow slow drive macam orang berjalan xnak anjing kejar. Macam tu la aku rasa time tu. Banyak juga la jumpa seladang ni.. memang besar betul. Drive punya drive sampai satu selekoh kiri untuk ke Pengkalan Trojan.
Pihak organizer dah settlekan bab parking
Kabusnya tebal... nyaman sungguh. 
Ini baru sebahagian kecil daripada keluasan tasik yang sebenar.
Sampai sampai je terus kami siap siap packing nak berangkat ke bot walaupun time tu hujan mula turun. Basah juga la sikit kasut hiking aku, beg aku pun sama kena tempias. Aku siap pakai poncho baru lagi. Poncho kaler oren jenama Chanodug beli kat Karat Kiosk.

Tapi kan tengah syok syok packing tu.. kiranya tengah bersemangat ni... kami terpaksa pulak...


[ bersambung... ]


Thursday, January 22, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014


Desember 2014 yang lalu aku menyertai Nature Explorer untuk mendaki Gunuang Chamah dan Gunung Ulu Sepat atau shortformnya CUS. Rancangan aku adalah untuk khatm G7 iaiti 7 gunung di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 7000 kaki ke atas.

Latihan mendapatkan fitnes bermula 3 minggu sebelum tarikh pendakian. Minggu pertama aku mulakan dengan skipping diselangkan dengan push-up, pull-up juga sit-up. Cukup sekadar 20 minit hampir setiap petang di Taman KLCC. Minggu ke dua pula aku menaiki anak tangga di flat aku tinggal. 2 hari yang eprtama aku cuma berjalan menaiki menuruni tangga. Hari berikutnya pula barulah aku berlari dan berjalan selang selang tingkat. Aku ebrehat daripada latihan tangga apabila otot terasa keras. Kemudian sambung semula apabila ketegangan otot sudah reda. Pada hari ahad aku pergi MAEPS Trail Run dan ternyata latihan aku selama ini berbaloi. Namun akibat berlari aku rasakan aku patut berehat 3 hari supaya otot aku kembali lega.

Selasa :: 23 Desember 2014

Menjamu selera di food court Bdr Sri Permaisuri sebelum berangkat menuju ke Grik. Dalam keadaan masih hujan semenjak kami berkumpul, Am memandu manakala aku pula melayan wasap. Ad pula mengerekot di belakang. Aku cuma mampu menyembang dengan Am sampai Tol Jalan Duta sahaja. Selepas itu kelopak mata perlahan lahan menjatuhkan tirainya. Rasanya Ad masih ebrada dalam position yang sama. Position biasa bila dia naik kereta aku.

Sesekali aku terjaga aku cuba melayan Am sembang. Tapi apakan daya... kadar mengantuk aku pada tahap maksima. Aku cuma sempat tanya pada Am kalau dia nak makan apa apa kacang sentiasa ada kat poket pintu pemandu. Air Kurma madu juga tersedia di tengah berdekatan dengan handbreak.

Kami singgah sebentar di R&R Sg Perak untuk melepaskan takungan air masing masing juga meregangkan badan. Tika ini hujan masih juga tidah berhenti turun. Kata si Am sepanjang perjalanan hujan turun samada lebat atau tidak sahaja. Am masih mampu memandu lagi... tidak perlu aku ganti tempatnya. Aku tengok meter minyak, aku dapati jumlah minyak yang digunakan samam banyak dengan jumlah yang aku gunakan untuk balik kg. Rupanya dia memandu di bawah 100/kmj. Mungkin dia memandu sebegitu disebabkan faktor cuaca mungkin juga sebab itu memang caranya memandu.

Sudah keluar lebuhraya dia masih mahu teruskan memandu sehinggalah namapak signboard 'Grik 79km' barulah dia menyerah kalah. Aku ambik alih pemanduannya. Tidak sampai seminit aku memandu dia sudah pun berdengkur. Tau penat rupanya. Setibanya di Lawin aku singgah sebentar di Stesen Minyak Shell yang kusangkakan sudah tutup. Cadangnya nak tambah air wiper sahaja sekali datang pekerja situ tanya nak isi minyak berapa RM. Aku sisi RM30 sahaja sebab itu je duit yang aku ada. Tambah air wiper dan sambung perjalanan.

[ bersambung... ]