Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Showing posts with label It's Hurt. Show all posts
Showing posts with label It's Hurt. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Menjaga Hati



11/10/2013

Menjaga hati diri sendiri bukanlah mudah apatah lagi menjaga hati orang lain. Tidak kiralah siapa orang itu asalkan namanya hati pasti ianya sukar. Walaupun tampak senang hakikatnya tidak semudah yang disangka. Istilah makan hati, kecil hati, terasa hati, senang hati, suka hati.... semuanya melibatkan perasaan. Hati boleh dipupuk, boleh dijaga juga boleh mati.

Perasaan sakit hati lebih akan terasa apabila melibatkan orang yang disayangi... walaupun masalahnya kecil tetapi oleh kerana ianya berlaku antara dua hati yang berhubung rapat antara satu sama dengan nilai kasih sayang terjalin erat... kesakitan yang dirasai sangatlah besar. Hanya teguran biasa atau sedikit tertinggikan suara sudah mampu menyakitkan hati. Khabar berita yang belum tentu benar kesahihannya juga sudah mampu menyakitkan hati yang mendengar. Baru khabar angin tu... inilah namanya hati. Jika ia tidak berkait dengan hati sendiri tidaklah mendatangkan kesakitan yang teruk seperti berita mengenai orang lain yang dibaca melalui surat khabar mahupun media sosial.

Senang hati suka hati gembiranya di hati membuatkan seseorang itu boleh tersenyum sendiri. Mukanya manis... lirikan matanya sudah menampakkan kegembiraan dihatinya. Bertambah² suka hati apabila khabar gembira dibawa oleh orang yang sentiasa berada di hati. Dari hati ke hati walaupun ianya tidak bersentuhan seperti bersalaman... namun rasanya feelingya amatlah kuat. Gembiranya hati boleh berlaku kerana perkara besar seperti dikurniakan cahaya mata namun perlu diingatkan perkara kecil juga mengembirakan hati seseorang seperti tersedianya secawan kopi selepas bangun tidur.

Dalam hidup ini memanglah inginkan hati ini sentiasa gembira suka riang ceria tak terkira namun manakan mungkin jika tidak terselit kelibat duka lara sakit terasa calar sekali sekala. Walaupun kita tidak berniat menyakitkan hati orang kadang² secara tidak langsung ia berlaku juga. Begitu juga sebaliknya hati kita disakiti dengan sengaja mahupun tidak. Inilah namanya lumrah kehidupan... Berfikiran waraslah... positiflah apabila hati diganggu gugat. Bersederhanalah... beringatlah... apabila hati riang semacam.

Agak menjadi persoalan... kenapa ada orang yang suka menyakitkan hati orang lain demi menyenangkan hati sendiri? Jika tidak sengaja itu lainlah cerita... ini yang sengaja dilakukan iaitu bermotif. Sudah lama aku berfikir... selidik serba sikit tentang hati ini... apa yang aku dapat hanyalah aku tidak punya hati.

Jika dulu aku pernah amalkan kalimah pendek untuk menguatkan hati dan ianya memang berkesan... tapi kini aku sudah lupa... Sudah tiba masanya aku mencarinya semula.



Monday, January 16, 2012

Celecoxib 200mg

Hari ini aku gi klinik dptkan sedikit rawatan. Doktor beri ubat celecoxib 200mg utk meredakan sakit yang aku alami sejak khamis lepas. Katanya esok kalau tak reda juga sakit tu kena datang balik nanti dia akan bagi surat untuk pergi buat rawatan lanjut. Sakit di bahagian dada sebelah kiri.. bila tekan ada rasa sakit.. bila nafas dalam2 ada rasa sakit.. bila ketawa pun rasa sakit.. bila berkuat sikit guna tangan kiri pun rasa sakit..

Terasa bezanya bila dah kurang aktif ni. kalau zaman aktif dulu hanya sakit bahagian kaki je sebab terlebih guna. Tapi sekarang sakit bahagian dalaman pula. Nampaknya aku perlu aktif semula untuk cergas dan sihat.

Wednesday, March 25, 2009

Red Eye

Allocate From Friendster;
Posted on March 25th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd

Biasa nampakkan kat cemera digital skrg ada function red eye detector. Tapi kini red eye tu tepat2 kena kat mata kanan aku. Hari ni hari ke 3 aku mc. Esok pun kompem mc. Dah dapat dah pun mcnya. Yg menjadi tanda tanya skrg cumalah sempat ke mata aku pulih sepenuhnya utk bekerja hari jumaat nanti? or jumaat pagi nanti aku akan ke klinik yg sama utk menambah mc lg? Sehari dua mc seronoklah dok rumah. Dah masuk hari ke tiga ni… sengal dibuatnya sampai x tau nak buat apa. Utk hari ke 4 aku dah plan yg aku akan ke KL tukar tayar motor depan blkg than gi Midvalley. Jln2 pakai spek RM10. Beli spek ni pun semata2 sbb sakit mata bukan utk aku bergaya pun. Ikut naluri aku skrg ni… akan bertambah lg mc utk hari ke 5. Kalaulah benar akan ada mc lagi… ke mana aku pergi nanti nih? Dah lama x sakit… sekali sakit tentulah lama kan. Hope selepas pulih nanti.. mata aku akan lebih jernih dan tajam.



Saturday, February 14, 2009

Letih, Penat.. X Bermaya… Lesu


Allocate From Friendster;
Posted on February 14th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd

Letih, penat.. x bermaya… lesu.
Itulah yg aku rasakan sejak kebelakangan ni. Tiap2 hari aku minum 100+ pun masih x segar juga. Bangun tido.. nak tido.. lepas mandi.. dlm erti kata lain aku minum 100+ je kat rmh skrg. Aku kurang aktif ke atau terlebih aktif penyebab semua ni? Ke hidup aku yg semakin membosankan selain kerja menimbun yg hanya menunggu arahan utk mencedoknya je. Penat badan ke penat otak? X best betul la sesuatu yg terjadi tidak diketahui asal usulnya.
Rasanya kini pergerakan aku agak tersekat. Tersekat oleh sesuatu yg menyekangnya. Menyekang dari segala segi. Segi mental, fizikal dan emosi. Emosi yg aku rasakan seperti Mr Clark dlm Shall We Dance sebelum dia menemui Ballroom dance. Dance yg membuatkan dia rasa lebih bahagia, tenang dan senyum suka. Petang ni nak gi joginglah.