Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, February 25, 2015

Gunung Bunga Buah - Trip Kambing Sedap Part 1


Ahad, 15 February 2015
Trip Daypack
5 Lelaki 1 Perempuan

Berbekalkan kunjungan lama kawan yang pernah ke sini suatu tahun dahulu dan juga data GPS yang aku download dari internet. Kami berenam meneruskan perancangan mendaki Gunung Bunga Buah.

Line up dr depan ke belakang: Che Leey, Remy, Aboy, Kerk Fairus, Cua, Noli
Terasa menyesal pulak tak pakai lengan panjang time ni

Sebelum subuh lagi Kerk Fairus dan Aboy gerak dari Jeram manakala aku, Noyee dan Che Lee gerak selepas subuh. Orang jauh kenalah bertolak awal kan. Meet point di Genting Sempah pada pukul 7.30 pagi tetapi bertukar ke restoran mamak bersebelahan Hotel Seri Malaysia Genting. Sedang kami bersarapan pagi barulah orang terakhir tiba iaitu Remey dari Kajang. Sarapan dan menyembang bagaikan bukan nak daki gunung je. Pukul 9.00 pagi lebih barulah kami bergerak mencari starting point dengan kereta. Info dari blog ianya terletak berdekatan Strawberry Farm. Mencari berdasarkan landmark dan GPS coordinate N3.39960 E101.76579 membuahkan hasil. Terlupa pula, terima kasih kepada Remey kerana menaja sarapan pagi kali ini.

Kabus menyelubungi kami. Jarak penglihatan terhad
Jengkaut terdampar.

Pendakian santai kami bermula pada pukul 9.25 pagi pada ketinggian kurang 1000m. Masing masing santai sahaja siap boleh bersembang lagi. Ini tandanya paras kecuraman cuma berapa darjah sahaja. Senang sahaja treknya buat masa ini. Antaranya cuma melalui tinggalan jalan bertar yang sudah dikelilingi semak samun di tepi kiri dan kanan. Hampir sejam perjalanan dengan sekali take 5 akhirnya kami tiba di satu kawasan tanah merah yang diratakan. Terdapat satu jengkaut ditinggalkan di sini. Tidak pasti samada ia masih beroperasi untuk meratakan kawasan sekitar atau tidak. Suasana ketika ini hanya kabus semata. Jarak pemandangan kurang 70m. Suasananya yang berkabus membuatkan kami bergambar sebentar. Teruskan perjalanan sampailah ke satu simpang dan berehat di sini. Take 15 di sini untuk melepaskan lelah dan menambah tenaga. Che Leey bagi kurma kat sekumpulan anak muda cina. Selain makan kurma kami juga makan limau CNY. Aku tertanya tanya mana tembok dinding batu sebelah kanan seperti dalam blog yang aku baca. Kali ni lambat pula aku lapar. Kat sini baru aku makan Snickers yang dibawa.

Posing sambil ambik nafas
"Sekarang sudah nak mula mendaki. Mungkin kat depan lagi kot tapi macam tak mungkin.", kata hatiku.
Pendakian diteruskan. Jika tadi hanya landai sahaja tapi kini masa untuk memerah keringat pula. Pernah pergi Bukit Kutu? Pernah pergi Lepoh Waterfall? lebih kurang le tu. Lebih kurang sejam mendaki menurun mendaki tibalah kami di simpang ke last waterpoint. Sikit pun tiada niat nak turun ke last waterpoint ni. Bekalan air yang di bawa sudah mencukupi. Aku sahaja bawa 1.5ltr mineral water, 0.5ltr Zappel, 0.5ltr cincau, belum yang lain lain lagi.

its me
Just 6 of us. Di tanda sebagai Puncak Hammock

Pukul 12.09 tengahari aku tiba di puncak Rock Garden. Berselisih dengan aweks selendang hijau kat sini. Kurang 5 minit tiba di kawasan lepak sebelahannya. Aku mark pada GPS handheld aku sebagai Puncak Hammock. Berilah nama apa pun asalkan untuk rujukan diri sendiri tidaklah menjadi salah. Sangat lama kami melepak di sini hanya bersantai ambil ambil gambar, sembang sembang, rehat rehat sampaikan 42minit lamanya. Sambung lagi perjalanan sampailah di satu kawasan lapang, ramai pendaki lain melepak kat sini siap bentang ground dan tidur lagi. Mereka inilah yang mendaki seawal pagi agaknya. Kurang 5 minit dari sini tibalah kami di Beirut Gunung Bunga Buah iaitu pada pukul 1.45 ptg. Buat pengetahun cuma kami berenam sahaja yang berada di beirut berikutan pendaki pendaki lain telah pun turun.

Bukti ku tiba di puncak
Tahniah. Kami berjaya

Letak je beg pada kebiasaannya air sedaplah yang menjadi keutamaan tapi kali ini tidak. Sekilo perapan yang dibawa menjadi sebutan. Bergegas keluarkan cooking set, stove, gas dan perapan yang dibawa. Punyalah tak sabar masing masing nak rasa nikmat makan kat puncak Gunung Bunga Buah ni.

[bersambung...]

No comments:

Post a Comment

comment form message