Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Showing posts with label Aktiviti Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Hujung Minggu. Show all posts

Monday, October 7, 2013

How To Go - Desa Balqis Resort




11.00am | 0000km :

Bertolak dari Cendana Apartment. Seperti biasa CCP telah pun disi minyak sepenuh²nya.

11.15am | 0012km :
Tiba di R&R Desa Serdang. Kawasan rehat selepas PLUS | Tol Sg Besi.... bukan yang ada Shell tu. Satu lagi kereta menunggu di sini untuk konvoi. Dua buha kereta je pun. Sarapan pagi dahulu kat sini... kedai mamak menjadi pilihan walaupun ada Starbucks dan KFC. Tapi malang servis kat kedai mamak sini lambat malah harga makanannya pula mahal. Nak kata sedap tu... boleh telan la. Hampir sejam di sini baru sambung semula perjalananan.

12.39pm | 0058km :
Keluar PLUS | Tol Port Dickson, bayar RM7.70. Selepas tol sila pilih untuk belok ke kanan di simpang tiga kurang 1km dihadapan. Waktu ni jalan sangat sesak sebab banyak kereta berkemungkinan masing² pergi bercuti kot. Selepas belok ke kanan sila terus sahaja.

12.55pm | 0064km :
Tiba di Highway Seremban-Port Dickson | Tol Mambau. Bayar RM3.20 dan teruskan sahaja perjalanan. Signboard yang perlu di ikut ialah Port Dickson kemudian Teluk Kemang.

01.23pm | 0091km :
Tiba di simpang tiga dan belok kiri ke arah Melaka. Terus sahaja melepas Pantai Teluk Kemang... ketika ini laut berada di sebelah kanan. Teruskan sahaja memandu melayan selekoh² tumpul dan jika terasa lapar bolehlah singgah di beberapa gerai goreng pisang di tepi jalan. Kami juga singgah di salah sebuah gerai di sebelah kanan.... cadang nak beli goreng pisang tanduk tapi belum ada yang dimasak. Beli jelah asalkan goreng pisang.

01.54pm | 0110km :
Tiba di simpang 3... belok ke kanan iaitu signboard Kuala Linggi bukannya Linggi. Jika tidak yakin tanyalah pada makcik goreng pisang di bucu simpang ini pula.

02.13pm | 0117km :
Simpang 3 lagi maka beloklah ke kiri bukannya ke kanan iaitu Kg Kuala Linggi. Tidak perlu tergesa² kerana beberapa minit lagi akan nampak Signboard menegak 'DESA BALQIS' di sebelah kanan.

02.15pm | 0118km :
Belok ke kanan dan sampai. Pandulah terus ke pejabat berdekatan tiang bendera / kolam renang untuk check in.




Monday, June 24, 2013

Sg Chiling - Air Terjun Aras 3

Sabtu, 22.06.2013

Sedikit perubahan perancangan dilakukan berikutan ramai yang tidak dapat turut serta kali ini. Oleh kerana hanya 5 orang sahaja yang mempunyai masa terluang, maka aktiviti bermalam bertukar ke balik hari sahaja namun lokasi tetap sama iaitu Sg Chiling, KKB.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi bertolak dari Bdr Sri Permaisuri. Dikala begini kami memilih untuk melalui PLUS sahaja iaitu masuk Tol Jalan Duta dan keluar Tol Tg Malim. Dalam tempoh sejam kami pun tiba di Kuala Kubu Bharu. Singgah sebentar di Petronas membeli makanan tambahan. Macam biasa ada sahaja yang hendak ditambah. Perjalanan diteruskan seperti trip² sebelum ini.

Trip kali ini membawa kami ke air terjun aras 3 yang mana trip² sebelum hanya membawa kami ke aras 1 sahaja.  
Air Terjun Aras 1: Gambar di ambil dari air terjun aras 2
Air Terjun Aras 2: Hanya mampu lihat sahaja. Bahaya!!!
Air Terjun Aras 3: Aksi aku melakukan somersault. 
Mungkinkah ada air terjun aras 4? kami akan cuba meneroka ke atas lagi suatu hari nanti.



Wednesday, June 19, 2013

Ke Air Terjun Sg Lepoh Bersama Gadis Putrajaya




Semalam 16 June 2013 seperti yang dirancang aku telah pergi ke Air Terjun Sg Lepoh, Ulu Langat. Trip kali ini atas pelawaan kawan dari Putrajaya. Bertemankan rakan serumah, kami ke lokasi dijanjikan iaitu kedai makan berdekatan stesen minyak Petronas Bukit Nanding (Google Maps: 3.099432,101.802357). Lebih kurang jam 8 pagi kami bersembilan terdiri daripada 2 jejaka dan 7 gadis bersarapan pagi dahulu di salah sebuah restoran mamak di hujung blok berdekatan kerana sebuah restoran melayu sebelum ini telah tutup agaknya. Singgah sebentar membeli keperluan tambahan di KK Mart berdekatan sebelum meneruskan perjalanan.

3 buah kereta iaitu Persona, City dan Viva berkonvoi menuju destinasi melalui jalan kampung berbengkang bengkok dengan kelajuan di papan tanda hanya 40km/jam. Hanya perlu terus dan terus tanpa perlu belok sehinggalah tiba di deretan gerai jual makanan di tepi jalan Pekan Bt 18. Di sini kami membeli 20 bungkus nasi lemak untuk ditapau ke air terjun. Tersedia di dalam beg kami stove dan cooking set untuk memasak maggi dan air panas. Teh o limau dan kopi menjadi pilihan kali ini.

Sambung semula perjalanan sehinggalah membelok ke kiri menghala ke Sg Lepoh. Pastikan anda perasan papan tanda berwarna hijau tertulis diatasnya Asli Adventure Camp di simpang jalan. Dari sini cuma perlu memandu beberapa minit sahaja sebelum tiba di parking area. Membayar RM3/kereta kepada Abang Lan iaitu empunya rumah terdekat untuk mengawasi kenderaan. Maklumat kumpulan kami juga diberikan kepadanya bagi tujuan rujukan jika peristiwa tidak diingini berlaku.

Kami merentas denai dengan aku mencuba untuk memakai sandals Teva sahaja. Bermula dengan meniti 2-3 titian usang - mendaki jalan simen - melalui ladang getah - tiba di pondok usang - belok ke kanan di satu kawasan lapang - berjalan bersebelahan palong air - melalui denai pokok renek - tiba di air terjun. Begitulah perjalanannya yang tidak melebihi 2 jam perjalanan. Tiada pacat sepanjang perjalanan apatah lagi lintah.

Apa lagi hendak dibuat setelah ion² negatif meresapi badan! kami teruskan melangkah setapak demi setapak sedalam paras selamat. Berendam dan terus berendam... kesejukan airnya membuatkan kami menggigil... kejernihan airnya menampakkan dasarnya. Nasi lemak dan teh o limau dijamah mengalas perut yang sudah lapar. Lapar kerana letih mendaki... lapar kerana kesejukan... lapar kerana lapar :-). Perut sudah dialas... baju sudah kering... kami masuk semula ke dalam air dan sambung mandi dan bergambar. Ketika ini air belum begitu deras... jadi kami ambil kesempatan untuk memanjat tebing batu untuk bergambar di bahagian atas. Mandi sudah... bergambar berposing pun sudah... kami sudahi dengan makan maggie dan air kopi o.

Hampir jam 4 petang kami berangkat pulang. Jika sewaktu mendaki tadi banyak kali berhenti menarik nafas lega namun ketika turun tidak sekalipun kami berhenti. Terus sahaja dari air terjun ke parking area. Di sini masing² membersihkan badan bersalin pakaian kemudiannya memandu keluar untuk mencari nasi. Waktu ni masing² sudah lapar kembali... Restoran Cempaka berhadapan Balai Polis Batu 18 kami singgah... mengisi perut dan membasahi tekak. Siap makan minum kami pun bersurai.

Kepada semua gadis, korang semua tidak merengek... tidak merungut... malah sporting dan bekerjasama... tahniah!!!




Untuk menatap gambar² comel mereka... sila ke... Facebook | Album | Lepoh With Putrajaya Girls

Facebook: Cua Lah Ni
Album: Lepoh With Putrajaya Girls