Semalam 16 June 2013 seperti yang dirancang aku telah pergi ke Air Terjun Sg Lepoh, Ulu Langat. Trip kali ini atas pelawaan kawan dari Putrajaya. Bertemankan rakan serumah, kami ke lokasi dijanjikan iaitu kedai makan berdekatan stesen minyak Petronas Bukit Nanding (Google Maps: 3.099432,101.802357). Lebih kurang jam 8 pagi kami bersembilan terdiri daripada 2 jejaka dan 7 gadis bersarapan pagi dahulu di salah sebuah restoran mamak di hujung blok berdekatan kerana sebuah restoran melayu sebelum ini telah tutup agaknya. Singgah sebentar membeli keperluan tambahan di KK Mart berdekatan sebelum meneruskan perjalanan.
3 buah kereta iaitu Persona, City dan Viva berkonvoi menuju destinasi melalui jalan kampung berbengkang bengkok dengan kelajuan di papan tanda hanya 40km/jam. Hanya perlu terus dan terus tanpa perlu belok sehinggalah tiba di deretan gerai jual makanan di tepi jalan Pekan Bt 18. Di sini kami membeli 20 bungkus nasi lemak untuk ditapau ke air terjun. Tersedia di dalam beg kami stove dan cooking set untuk memasak maggi dan air panas. Teh o limau dan kopi menjadi pilihan kali ini.
Sambung semula perjalanan sehinggalah membelok ke kiri menghala ke Sg Lepoh. Pastikan anda perasan papan tanda berwarna hijau tertulis diatasnya Asli Adventure Camp di simpang jalan. Dari sini cuma perlu memandu beberapa minit sahaja sebelum tiba di parking area. Membayar RM3/kereta kepada Abang Lan iaitu empunya rumah terdekat untuk mengawasi kenderaan. Maklumat kumpulan kami juga diberikan kepadanya bagi tujuan rujukan jika peristiwa tidak diingini berlaku.
Kami merentas denai dengan aku mencuba untuk memakai sandals Teva sahaja. Bermula dengan meniti 2-3 titian usang - mendaki jalan simen - melalui ladang getah - tiba di pondok usang - belok ke kanan di satu kawasan lapang - berjalan bersebelahan palong air - melalui denai pokok renek - tiba di air terjun. Begitulah perjalanannya yang tidak melebihi 2 jam perjalanan. Tiada pacat sepanjang perjalanan apatah lagi lintah.
Apa lagi hendak dibuat setelah ion² negatif meresapi badan! kami teruskan melangkah setapak demi setapak sedalam paras selamat. Berendam dan terus berendam... kesejukan airnya membuatkan kami menggigil... kejernihan airnya menampakkan dasarnya. Nasi lemak dan teh o limau dijamah mengalas perut yang sudah lapar. Lapar kerana letih mendaki... lapar kerana kesejukan... lapar kerana lapar :-). Perut sudah dialas... baju sudah kering... kami masuk semula ke dalam air dan sambung mandi dan bergambar. Ketika ini air belum begitu deras... jadi kami ambil kesempatan untuk memanjat tebing batu untuk bergambar di bahagian atas. Mandi sudah... bergambar berposing pun sudah... kami sudahi dengan makan maggie dan air kopi o.
Hampir jam 4 petang kami berangkat pulang. Jika sewaktu mendaki tadi banyak kali berhenti menarik nafas lega namun ketika turun tidak sekalipun kami berhenti. Terus sahaja dari air terjun ke parking area. Di sini masing² membersihkan badan bersalin pakaian kemudiannya memandu keluar untuk mencari nasi. Waktu ni masing² sudah lapar kembali... Restoran Cempaka berhadapan Balai Polis Batu 18 kami singgah... mengisi perut dan membasahi tekak. Siap makan minum kami pun bersurai.
Kepada semua gadis, korang semua tidak merengek... tidak merungut... malah sporting dan bekerjasama... tahniah!!!
Untuk menatap gambar² comel mereka... sila ke... Facebook | Album | Lepoh With Putrajaya Girls
Facebook: Cua Lah Ni
Album: Lepoh With Putrajaya Girls
No comments:
Post a Comment
comment form message