Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Showing posts with label Kenaboi Adventure Race. Show all posts
Showing posts with label Kenaboi Adventure Race. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Kenaboi Adventure Race 2014 - Part 2



Jumaat :: 04042014

Tugasan ke tiga pula memerlukan lelaki mengikat lastik dan wanita melastik ke tin yang diletakkan atas kayu. Masa ni aku sudah sangat geram dengan kadar panas yang melampau setelah sekian lamanya melastik tak kena juga akhirnya aku cakap kat pasangan… “ni last… habis je semua ni kena tak kena kita cau” sambil menunjukkan beberapa ketul batu kat tapak tangan. Sekali batu yang terakhir mengena sasaran… terus menjerit melepaskan geram dan campak lastik kat tanah seperti sepatutnya. Kami berlari lagi sebenarnya berjalan sahaja sebab dah tak larat sampailah ke tempat pelampong disediakan tapi tugasan tubing kan dah dibatalkan jadi kami teruskan lagi berlari sampai ke tepi sungai. Kat sini kami kena masukkan pasir sungai ke dalam guni dan bawa naik ke daratan seberat dua puluh kilo. Kerana tak mahu kerja mengankut dua kali jadi kami lebihkan aje sehingga apabila ditimbang menjangkau tiga puluh kilo. Tugasan seterusnya berdekatan sini sahaja iaitu boling kelapa. Tugasan ini aku settlekan dengan jayanya. Cuma perlu tune tangan sikit je.
Di awal perlumbaan... masing masing bersemangat.
Inilah Tugasan Tali Rafia
Tugasan gelang getah
Bukan puas tapi melepaskan geram
Dari bowling kelapa kami berpatah balik terus ke tempat menggua. Bukannya terus masuk gua tapi kena trekking pula sikit dengan redah payanya... tanah berselutnya… barulah sampai ke tempat gua. Bahagian pertama menggua mudah sahaja tapi bahagian ke dua menggua membuatkan kami semua terpaksa beratur kerana sorang demi sorang terpaksa merangkak menyusup masuk. Di sinilah kami semua peserta sempat bergurau sesame sendiri walaupun tak kena antara satu sama lain. Setelah keluar gua kami bercadang nak teruskan larian ke garisan penamat yang mana terpaksa melalui jalan raya yang terik dan pada masa ini sebenarnya sudah pun tengahari. Perut pun sudah lapar sebenarnya.


Tapi apakan daya kami atas perintah urusetia, kami beberapa kumpulan yang berada di tempat pengambila helmet di luar gua terpaksa naik empat kali empat untuk dibawa ke garisan penamat. Dengan terpaksa relanya kami naiklah juga empat kali empat beramai ramai. Takdelah kena berlari… bagi yang sedang berlari pula mereka akan di jemput juga sampai kesemuanya selamat tiba.

Di mana ada RedBull Arch... Di situ ada Gogo Pyramid.





Kenaboi Adventure Race 2014 - Part 1



Jumaat :: 04042014

Tiga puluh haribulan Mac dua ribu empat belas, Seawal dua setengah pagi aku bergerak ke Kenaboi Jelebu N9. Kami merupakan kumpulan terakhir dari team Gogo yang bergerak ke sana manakala tiga buah kereta telah pun bergerak lebih awal. Berdasarkan koordinat GPS yang diberikan oleh Ad… aku memandu dengan penuh hati hati. Bertolak pada waktu begini dengan melalui laluan hutan dengan kabusnya yang tebal dengan jalannya yang bengkang bengkok amat mencabar mata dan skill memanduku. Akhirnya kami sekereta selamat tiba di Masjid Kenaboi jam lima pagi selepas berhenti sebentar menolong sebuah kereta yang terbabas di satu selekoh yang tak dapat dinyatakan disini. Tinggal lagi sejam sahaja nak masuk waktu subuh jadi aku buat keputusan untuk terus berjaga sahaja.

Selepas solat subuh… siap siap dan hanya bersarapan snickers dan dua keping roti gardenia yang dikongsi bersama… kami pun teruskan saja ke tempat pendaftaran di belakang salah sebuah sekolah di sini. Team aku #Gogotigotangkai dapat nombor kosong lima empat. Semua sekali ada tujuh team Gogo. Yang menarik beberapa team kami pakai baju yang sama. #Gogotigotangkai siap buat tshirt sendriri lagi.
#Gogotigotangkai
From left to right from top to bottom... #gogodendakoba #gogojambatanbosi #gogobatukekir #gogobertingkek2 #gogotigotangkai #gogobedosup #gogoapokonoehjang dan #gogobisobonar
Post post wajib... group foto... tayang muka... tayang kasut... tayang medal or kali ni tayang no badan
Sedikit kecewa apabila pelepasan peserta sangat lambat. Dimulakan dengan kunpulan IPT berselang lebih kurang sejam kemudian barulah kumpulan Open dilepaskan. Kekecewaan lagi apabila mendapat tahu task tubing dibatalkan. Padahal inilah salah satu aktiviti yang kami nak sebenarnya. Sepanjang laluan sejauh lapan belas kilometre… kami dikehendaki menyudahkan enam tugasan sampingan iaitu tali rafia, gelang getah, lastik, guni pasir, bowling kelapa dan menggua. Kekecewaan bertambah parah apabila cuaca amat panas menemani kami sepanjang perlumbaan. Kalaulah dilepaskan awal mungkin kepanasan ini dapat dikurangkan dan permandangan akan lebih menarik.

Berlari dan diselang selikan dengan tugasan sampingan merencatkan kerancakan kami berlari. Ada masanya tugasan menyebabkan kasmi rugi masa da nada masanya pula kami dapat memotong pasukan lain. Semuanya bergantung pada nasib kerana bukan semua pasukan jujur menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan pertama adalah tali rafia cuma perlu menggentelnya sekemas kemasnya kemudian di bahagi dua dan gentelnya semula. Kalau terbuka gentelan tadi… gagal maka kena buat baliklah. Tugasan baling gelang getah ke paku yang terpacak di batang pisang adalah tugasan kedua. Dua tugasan ini dilakukan bersama sama.


Bersambung…