Jumaat :: 04042014
Tugasan ke tiga pula memerlukan lelaki mengikat lastik dan
wanita melastik ke tin yang diletakkan atas kayu. Masa ni aku sudah sangat
geram dengan kadar panas yang melampau setelah sekian lamanya melastik tak kena
juga akhirnya aku cakap kat pasangan… “ni last… habis je semua ni kena tak kena
kita cau” sambil menunjukkan beberapa ketul batu kat tapak tangan. Sekali batu
yang terakhir mengena sasaran… terus menjerit melepaskan geram dan campak
lastik kat tanah seperti sepatutnya. Kami berlari lagi sebenarnya berjalan
sahaja sebab dah tak larat sampailah ke tempat pelampong disediakan tapi
tugasan tubing kan dah dibatalkan jadi kami teruskan lagi berlari sampai ke
tepi sungai. Kat sini kami kena masukkan pasir sungai ke dalam guni dan bawa
naik ke daratan seberat dua puluh kilo. Kerana tak mahu kerja mengankut dua
kali jadi kami lebihkan aje sehingga apabila ditimbang menjangkau tiga puluh
kilo. Tugasan seterusnya berdekatan sini sahaja iaitu boling kelapa. Tugasan
ini aku settlekan dengan jayanya. Cuma perlu tune tangan sikit je.
|
Di awal perlumbaan... masing masing bersemangat. |
|
Inilah Tugasan Tali Rafia |
|
Tugasan gelang getah |
|
Bukan puas tapi melepaskan geram |
Dari bowling kelapa kami berpatah balik terus ke tempat
menggua. Bukannya terus masuk gua tapi kena trekking pula sikit dengan redah
payanya... tanah berselutnya… barulah sampai ke tempat gua. Bahagian pertama
menggua mudah sahaja tapi bahagian ke dua menggua membuatkan kami semua
terpaksa beratur kerana sorang demi sorang terpaksa merangkak menyusup masuk.
Di sinilah kami semua peserta sempat bergurau sesame sendiri walaupun tak kena
antara satu sama lain. Setelah keluar gua kami bercadang nak teruskan larian ke
garisan penamat yang mana terpaksa melalui jalan raya yang terik dan pada masa
ini sebenarnya sudah pun tengahari. Perut pun sudah lapar sebenarnya.
Tapi apakan daya kami atas perintah urusetia, kami beberapa
kumpulan yang berada di tempat pengambila helmet di luar gua terpaksa naik
empat kali empat untuk dibawa ke garisan penamat. Dengan terpaksa relanya kami
naiklah juga empat kali empat beramai ramai. Takdelah kena berlari… bagi yang
sedang berlari pula mereka akan di jemput juga sampai kesemuanya selamat tiba.
|
Di mana ada RedBull Arch... Di situ ada Gogo Pyramid. |
No comments:
Post a Comment
comment form message