Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, March 25, 2015

Pukul 3 Pagi

Aku masih belum mampu melelapkan mata. Hanya kerana kering tekak mengganggu malamku. Biasanya pada waktu begini aku sudah pun tidur lena diulit mimpi.

Sudah berapa kali aku berjaga. Sudah berapa kali juga aku ambil air sembahyang. Akhirnya aku baca quran. Cuba lelapkan mata akan tetapi tetap tidak mahu tidur. Main game candy crush juga tidak berjaya.

Bukan batuk yang mengganggu tapi satu perasaan tidak selesa. Cuba fokus untuk tidur tapi malang ia menyukarkan lagi. Baca doa tidur, peluk bantal, fefeeling syok tidur namun tetap tidak berjaya.

Akhirnya aku bangun, capai dompet dan henpon. Keluar dr bilik dan menuju ke seberang jalan. Kaki melangkah lalu singgah di Kayu Nasi Kandar. Air barli sudah habis.. Limau suam sebagai ganti. Tidak ramai orang pada waktu begini. Layan facebook sebentar kemudian blog yang sedang ku tulis ini.

Sedang aku menaip blog ini. Salah sorang aney kata ramai org sakit tekak macam aku. Dia cadangkan aku minum air lemon madu suam. Aku kata padanya buatlah satu.

Aku akan berada di sini sehingga air habis juga apabila mata mengantuk kemudian barulah pulang untuk cuba tidur semula. Harapan aku akan dapat tidur dan bangun menjelang subuh.

Friday, March 13, 2015

Gunung Bujang Melaka - Trip Kawan Kawan Day 1

17-18 January 2015
Weekend Trip
15 Lelaki 7 Perempuan

Sebelum Subuh...

Baru bulan satu aku sudah ada trip gunung kedua. Baru sahaja minggu lepas aku pergi trip gunung pertama. Atas dasar kawan, aku setuju mendaki lagi.

Dua awek single menemani perjalananku kali ni. Sebelum subuh lagi kami dah bergerak dari Bdr Sri Permaisuri. Memang aku dah sangka mereka berdua ni jenis yang menepati masa. Tiba dan siap tepat pada masanya. Seperti biasa bilamana disebelah aku duduknya seorang awek maka seorang lagi akan bertanya,"awek ko ke ni Cua?". Soalan ini akan hadir apabila si bertanya ngam ngan aku. Tanya depan depan pulak tu. Kedua duanya mahu duduk belakang sebab mahu tidur. Maklumlah jam baru pukul 5.30 pagi. Si akak duduk depan si adik duduk belakang... ke dua duanya aku suruh tidur sebab aku tahu kedua duanya mengantuk. Arahan macam ni supaya mereka tidak segan atau rasa bersalah untuk tidur.

Tenang saja aku drive, tiada apa yang hendak di kejar. Di R&R Rawang kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat Subuh. Selesai tanggung jawap perjalanan diteruskan ke Masjid Daerah An Nur, Kampar Perak. Disinilah tempat pertemuan kami semua nanti. 
Inilah Masjid Daerah An Nur Kampar
Ration dan pengumpulan perkakas sedang dilakukan

Faktor kelaparan yang amat sangat membuatkan kami terus parking di pagar masjid. Bersebelahnnya terdapat gerai makan dan terus menjamu selera. Aku main tegur je beberapa orang di meja sebelah kami yang aku rasakan mereka juga adalah pendaki dalam group yang sama. Ternyata tekaan aku betul. Cara berpakaian... gaya sembang sudah dapat aku agak.

Setelah semua peserta tiba barulah pembahagian ration bermula. Semua kami seramai 22 orang naik 2 buah 4x4. Terima kasih kepada empunya 4x4. Kereta kereta lain diparkingkan cun cun di kawasan masjid agar tidak mengganggu jemaah yang datang nanti. Untuk pengetahuan, kawasan untuk meletakkan kenderaan di Batu Berangkai tidaklah luas. Lagi kurang kenderaan yang dibawa lagi bagus. 
4x4 yang ni penuh beg, 4x4 satu lagi penuh orang
Kawasan Batu Berangkai

Pendakian Bermula...

Aku orang kedua terakhir memulakan langkah kerana orang terakhir ialah Jahd manakala dihadapan sekali ialah Yap. Dari parking kereta terus mendaki ikut jalan tar. Jalan dan terus berjalan sambil poyo poyo potong orang lain sebab nak jumpa Yap. Dalam pada aku perhatikan alur air untuk diseberang akhirnya terlajak juga. Tidak mengapa jika terlepas kerana ada simpang kedua. Simpang kedua berada selepas pondok usang disebelah kiri. Masuk simpang ke kanan dan pastikan tidak terus mendaki sebaliknya pilihlah simpang kanan lagi yang bersimen lebih kurang sedepa panjangnya kemudian ke kiri. Jika ke kanan bermakna anda menghala balik ke parking. Teruskan sahaja perjalanan melalui paip air dan denai sedia ada sehinggalah tiba di pondok orang asli. Jika sejam perjalanan masih tidak jumpa pondok orang asli bermakna anda sudah salah jalan. Berehat dahulu disini dibawah rimbunan pokok dan batu batu besar sebagai alas bontot. Tempat ini sesuai untuk check point pertama.
Bucu kanan atas tu ialah pondok sebelah kiri yang di ceritakan
Jalan bersimen ni 10 tahun dahulu xde
Pendakian boleh dianggap baru bermula. Trek masih lagi biasa biasa... buah durian jelas kelihatan di tepi trek. Buah durian? ye memang buah durian. Kat sini aku sudah mula lapar. Nasi lemak breakfast tidak cukup melapik perutku. Aku sudah mula makan snickers yang dibawa. Pendakian diteruskan dan makin lama aku makin kebelakang. Kelaparan aku sudah sampai tahap maksimum sampaikan perut berbunyi bunyi. Sangat kerap aku berhenti. Makan snickers, makan kurma, makan buah... sampaikan ada yang perasan aku asyik berhenti makan je. Bila lapar macam ni memang aku akan pewailah. Semuanya gara gara tak cukup makan masa breakfast td... tekak tak selera perut tak terima. Aku berada pada kumpulan belakang ketika ini. Rehat banyak minum banyak makan banyak. Beg aku yang tidak seberat biasa dirasakan sangat berat. Aku tidak tahu kenapa tapi aku gagahkan juga memikulnya. Peluh aku usah cakap la... boleh diperah macam nak sidai baju. Peluh jantan peluh betina semua habis keluar. Digagahkan semangat mendaki akhirnya aku sampai di checkpoint kedua iaitu di Kem Balak / Dataran Apai. Mati mati la aku ingat nak sampai kat last waterpoint rupanya baru sampai kat tanah lapang ni je. Walaupun dah beberapa kali ke sini, aku boleh terlupa akan tanah lapang ni dan ingat last waterpoint je. Itulah tandanya penatku bukan kepalang.

Setibanya di tanah lapang ni aku dihulurkan 100+ oleh awek bernama Hawa. Terubat juga kepenatan, Lega rasa ada yang hulur air sedap. Level awek pulak tu. Berehat rehat di sini kemudian barulah sambung semula perjalanan. Ada yang sudah bertanya lunch kat sini ke. Aku jawap depan lagi dekat last waterpoint. Sana ada air, boleh buat air boleh basuh muka, kalau nak mandi kena cebok le. Sini kita rehat dulu. Gunakan check point untuk berehat dan kira peserta. Perjalanan diteruskan, trek makin sukar, perut makin lapar, badan makin penat. Tapi semangat untuk sampai ke last waterpoint merangkap checkpoint ketiga mengatasi segalanya. Dari dusun durian sampailah sekarang masih ikut rentak sendiri. Tidak mampu mengikut rentak orang lain seperti kebiasaan. 
Kem Balak / Dataran Apai sentiasa menjadi tempat berehat sementara, makan buah dsb
Last Waterpoint ni sudah pasti tempat masak makan tengahari
Lama juga kami mendaki akhirnya tiba di last waterpoint. Makanan tapau di gerai masa breakfast tadi menjadi hidangan. Air panas dimasak, air teh dan kopi dibancuh. Sini juga merupakan tempat untuk refill air. Dengar nama pun dah tahu... last waterpoint. Di sini jugalah untuk sembahyang zohor bagi bukan musafir. Sebagai musafir aku lebih suka sembahyang jamak takhir di campsite nanti. Sedang lepak lepak tiba tiba ada satu kumpulan pendaki sedang turun dan salah seorangnya menegur aku dari jauh. Aku rasa macam kenal tapi tak ingat siapa. Rupanya setelah sembang sembang dia ialah Meor yang aku kenal masa gi CUS tahun lepas. Boleh refer post Chamah Ulu Sepat CUS Retreat 2014. Kat sini cerita perkenalan di Gunung Bubu sedekad yang lalu keluar apabila aku, Yap, Che Leey dan Jahd melepak bersama.

Perjalanan kami diteruskan lagi. Seberang je anak sungai last waterpoint ni terus pacak dan akan ada banyak pacak lagi untuk tiba di camp site GBM. Aku masih mengekalkan rentak... melayan diri sambil otak masih terpk pk kenapa beg ini terlalu berat untuk dipikul. Apabila diangkat dari tanah ke bahu ianya tidaklah seberat mana. Tidak wajib untuk gunakan paha sebagai pengantara pun. Sekali ia dipikul di bahu dan melangkah ianya terasa berat. Berat pun beratlah... aku pikul juga la. Langkahku tidak berteman namun aku tahu dan sayup sayup aku nampak siapa ada dihadapan aku. Mereka adalah akak akak dalam group kali ini. Tibalah pada satu masa yang mana mungkin aku sudah imune dengan bebanan yang dibawa ditambah pula dapat kejar seorang yang sedang psyco di hadapanku. Aku yang kejar atau dia yang perlahan? Teringat aku kemain lagi dia psyco seorang awek ni masa gi Gunung Nuang via Janda Baik minggu lepas. Siap ko dalam hati aku. Kini turn aku pulak psyco dia dan terimalah padahnya. Baru dia tahu apa rasa kena psyco. Ahahahahha. Aku mendaki sambil bergurau nada tinggi dengannya sampailah ke camp site. Dia ialah si 'lesen kereta'. Pukul berapa aku sampai camp site amat mengejutkan. Pukul 5 dah sampai. Apa nak buat nih sampai pukul 5? Rehat rehat sambil tunggu orang terakhir sampai. Keputusan dibuat kami akan ke puncak pagi esok.

Di Campsite

Masa ni masing masing pandai membawa diri. Ada yang pasang khemah, pasang fly dsbnya. Aku dengan Clon mengumpul kayu api untuk dibuat unggun malam nanti. Lamanya aku tak buat kerja ni. Disebabkan masa tidak mencemburui kami, pihak wanita diminta pergi mandi dahulu dan bawa bekas air sekali. Kami lelaki gagah perkasa pergi mandi nanti. Cadangnya kami angkutlah naik bekas air tu sekali derang angkut naik sesiap. Pindahkan air ke dalam periuk untuk masak nasi, air dsb... kami bawa bekas air turun dan ambik lagi air untuk 2nd round.
Camp Site GBM ada tanah lapang untuk solat berjemaah
Disebalik semak dan fly biru hijau tu ada tanah lapang lagi. 
Chef dan krew dapur
Di jeram bawah, kami mandi pakai air paip. Naik ke atas solat jamak takhir. Ketika ini tukang masak sudah pun memulakan tugasannya. Tidak disangka dan jarang berlaku kami boleh sembahyang berjemaah ramai ramai di sini. Sebabnya kawasannya ratanya luas. Yap menjadi imam untuk waktu maghrib. Selesai sembahyang berjemaah kami melepak di bawah fly sementara tukang masak dan krew krewnya pula sembahyang. Ketika mereka duduk tahiyyat akhir, aku ajak Yap untuk mula sendukkan nasi dan lauk untuk semua. Masa ni masing masing bagi pinggang dan messtin. Menu kami nasi lauk sayur campur, ayam masak kicap dan apa lagi ntah. Timing senduk menyenduk memang ngam dengan krew memasak habis doa lepas sembahyang. Doa makan dibaca, suapan dimulakan, kami pun kenyang. Terima kasih tukang masak.

Selepas isyak masa melepak pun bermula. Ada yang melepak di pintu khemah, di bawah fly bermain UNO, melepak menyembang tidak berbumbung, melayan unggun api juga tengok wayang di Note 4. Unggun api kali ini berjaya dinyalakan dengan konsep Upsite Down. Boleh google di Youtube untuk mempelajarinya.
Ini dinamakan melepak tanpa bumbung
Tengok wayang di Note 4. Nampak macam projektor mini je kan.
Campfire upsite down. 
Penutup untuk hari ini tidak lain tidak bukan ialah tidur. Aku dengan cah punyalah bagi air nescafe dekat pelepak pelepak ni tapi boleh mengantuk dan tidur juga derang ni sedangkan aku ngan Cah yang minum teh o limau pulak yang segar. Segar tak segar kami ke bawah fly juga untuk tidur. Ntah kenapa aku siap buka baju lagi sebab panas. Terjaga kali pertama pakai baju, terjaga kali ke dua baru pakai sleeping beg dan stokin. Dalam tempoh tidur tu ada yang hidung tersumbat minta minyak cap kapak dan ada juga yang batuk batuk sampaikan ada yang offer panaskan air teh o limau. Paling kelakar adalah 3 bunyi dengkur bagaikan koir. Bunyi ke tiga yang kelakar sebab bunyinya macam brek angin treller. 


[bersambung...]


Wednesday, March 11, 2015

Gunung Bujang Melaka - Aku Ke Puncak Akhirnya

Ceritaku sama seperti dia di hari pertama dan dia di hari kedua kerana dia ada bersamaku sepanjang dua hari itu.

Wednesday, March 4, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 6


Bagaimana hendak menyeberang sedangkan sebegini deras arusnya
Paginya, aku bangun tidur. Masing masing relax saja. Tiada siapa pun menunjukkan reaksi seperti mahu mengemas untuk memulakan hari pertama pendakian. Aku lihat Sham dan beberapa orang kuat sedang bincangkan sesuatu. Hasil perbincangan mereka ialah expedisi CUS ini dibatalkan atas faktor keselamatan. Tanda tanda aka alamat untuk tidak meneruskan perjalanan telahpun ada sebenarnya.
  • Boat sepatutnya mengambil kami pada waktu pagi tapi hanya terdaya ambil kami pada lewat petang.
  • Pagi ini ada tanah runtuh lagi
  • Paras air sungai dalam malah deras arusnya 
Masing masing cuma kecewa tidak dapat menge-CUS namun redha akan ketentuan yang telah ditetapkan. Nyawa lebih penting daripada gunung. Kami retreat, kami berpatah balik tapi kami pasti akan kembali. Impian kami untuk menawan puncak Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat tetap tidak berganjak. 
Sarapan pagi sekenyangnya. Sebelah kanan sekali tempat aku tidur semalam
Masa mengemas. Tak perlu segera. Bukan nak mendaki tapi hendak pulang
  Setelah makan tengahari, kami berkemas dan berjalan kaki ke pinggir tasik di mana kami berlabuh semalam. Kekecewaan membuatkan kami tidak terasa jauh untuk berjalan kaki sedangkan pada malam semalam kami menaiki 4x4. 
Besar juga beg aku
Hanya motor dan pejalan kaki sahja yang lepas
Tiba di pinggir tasik kami menaiki boat yang sama ke Pengkalan Trojan. Kali ni barulah kami nampak betapa banyaknya balak balak terapung di muka tasik. Perlahan lahan kami langgar supaya dapat melepasinya dalam masa yang sama boat tidak pecah.
Pulang marilah pulang marilah pulang bersama sama
Gembira ada duka
terapung begitu banyak sekali
Sesekali boat terpaksa undur untuk melepaskan kayu yang tersangkut di bawah badan boat
   Tiba di Pengkalan Trojen pula kami makan tengahari dulu. Terima kasih kepada tukang masak yang masak nasi beriyani dan ayam masak merah. Dalam pada menunggu waktu makan tu ada yang pergi cuci fly ground yang kotor di tepi tasik. Tidak kurang juga yang pergi mandi di situ termasuk aku. Organizer memberi jaminan trip repeat akan dilakukan dan kos upah adalah percuma hanya untuk peserta trip kali ini sahaja. Ration ration yang ada boleh diambil... aku tak ambil pun. Mereka yang ambil pun sebab mereka akan mendaki gunung lain. Maklumlah cuti dah ambik takkan nak balik rumah terus. 
Jeti ditutup
Masing masing membawa haluan sendiri, kereta aku, uncle, sham dan azam akan camping di Hutan Belum sahaja. Buat masa ini kami hendak keluar dulu. Keluar meninggalkan Pengkalan Trojen, singgah sebentar di kedai makan kampung. Aku makan laksa kat sini. Kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Bandar Grik. Selesai menunaikan solat maghrib dan isyak, Kami dapat tahu banjir melanda beberapa kawasan antaranya Kuala Kangsar, Manik Urai dan Hutan Belum sendiri. Atas sebab banjir kami menukar lagi perancangan. Rancangan terakhir kami adalah pulang ke rumah masing masing.

Moga penduduk yang ditenggelami banjir tabah menghadapi dugaan ini.


[Sekian...]

Tuesday, March 3, 2015

Gunung Bunga Buah - Trip Kambing Sedap Log


Ahad, 15 February 2015
Trip Daypack
5 Lelaki 1 Perempuan



Log trip ni seperti gambar di bawah. gpx file klik Sini


File .gpx dari Garmin GPSMap62s





Thursday, February 26, 2015

Gunung Bunga Buah - Trip Kambing Sedap Part 2


Ahad, 15 February 2015
Trip Daypack
5 Lelaki 1 Perempuan


Seperti yang diperkatakan pada Part 1, bukan air sedap yang dinanti tapi kambing black pepper. Padahal belum tengok lg tu. Kuarkan kambing marinate black pepper dari beg pun dah cukup geram. Nampak kambing slice dilitupi sos black pepper sepenuhnya dalam vacuum pack pulak tu..

Kambing perap ni ada 3 jenis packaging, 250g, 500g, 1000g (macam dalam gambar ni) 
"Dalam 1 pek seberat 1 kilogram tu ada 8 slice. setiap slice banyak isi bukannya lemak. Memang kami suka. Sedapnyaaa..... nyam nyam..."

Nak masaknya senang sangat. Tak payah susah payah sediakan bara pun. Aku cuma gunakan pan je. Muat la 2-3 slice sekali masak. Jadi kena la masak banyak kali. Cara masaknya mudah. Meh aku terangkan cara masak jika pakai pan.
  • Step 1: Keluarkan kambing slice dari peketnya dan masukkan ke dalam pan.
  • Step 2: Isikan air separas kambing slice. Tunggu sampai paras air tinggal separuh.
  • Step 3: Alihkan kambing slice. Tunggu sampai sos jadi likat.
  • Step 4: Angkat kambing slice dan sedia untuk dimakan.
  • Nota 1: Jika rasa liat maknanya x cukup masak la tu. Masukkan balik kambing slice tadi ke                    dalam pan dan masaklah secukupnya.
  • Nota 2: Jika kambing slice tak masak masak maknanya takde api la tu. Periksa api dan gas.
3 slice sekali masak. Tempoh masa air tu kering ngam ngam kambing pun enak di makan
Masak kambing kena nampak macam ni lagi sedap daripada masak sampai kering.
Syedapnyeeee.... hurm... kalau nak order boleh pesan kat aku. Seminggu lebih awal digalakkan.
Sambil masak makan kambing slice perap black pepper, sambil masak makan maggie, sambil masak minum kopi o, sambil tu jugalah kami menyembang dan bergurau. Ada yang malu malu kucing nak makan lebih sebab kambing slice ada 8 tapi orangnya ada 6. 2 slice lebih tu kami kongsi bersama pada penggemar daging kambing seperti Aboy. Insan yang malu malu kucing tu Aboy la. Sekali ngap je habis... macam tak kunyah. hihihi

Hanya kami berenam. 5 kumbang bersama sekuntum bunga yang belum disunting.
Yang muka macam artis tu nama saintifiknya Kerk.
Jam pun dah pukul 3.30 petang, kami semua pakat mengemas dan sesi bergambar bermula. Memang kebiasaan mood bergambar datang waktu nak turun. Waktu makan makan betul betul kat bawah beirut ni bergambar juga. Tepat jam 3.50 petang kami pun memulakan perjalanan turun. Pukul 4.30 petang kami tiba di Rock Garden dan sekali lagi kami melepak selama 40minit. Sembang lagi dan lagi dan lagi.

Dah lama tak trek sama. 1 dekad agaknya.
Its me. Semestinya kuning.
Sambung perjalanan turun dan hanya berhenti lepak kat Simpang 3. Siap duduk lagi. Masa ni jam pukul 6.10 petang. Tak lama pun melepak kami sambung semula perjalanan. Kami terserempak dan memotong kumpulan akhir dari salah satu kumpulan yang mendaki hari ni. Kalau tak silap kami berselisih dengan mereka ni masa kami naik mereka turun di paras 1300meter d.p.l. lebih kurang sejam nak sampai ke puncak. Trekking lagi sikit sampailah kami di jengkaut tersadai. Rupanya sinilah dinding/tebing batu yang aku cari masa perjalanan naik. Kabus tebal pagi tadi membataskan penglihatan kami semua.

Pagi tadi kabus punyalah tak hengat tebalnya.
Inilah dinding/tebing batu yang aku cari pagi tadi.
Kami teruskan lagi perjalanan dalam sejam tiba di simpang turun ikut kebun dan setengah jam kemudian tiba di kedai mamak. Ada awek mana ntah tegur aku... comey gak. 
"Eh! Baru turun ke?" soalnya sambil riak muka terpinga pinga
Diringkaskan cerita, setelah berada di kedai mamak... Aboy dengan Kerk Fairus makan manakala kami selebihnya minum sahaja. Bersurai di sini manakala kami yang belum makan ni pergi makan malam di Restoran Nur Kg Janda Baik. Tomyam, sup, kerabu mangga sini sedap. Hantar Che Leey dan Noli kemudian barulah pulang ke rumah. Zzzzzzzzz.


[Sekian...]

Wednesday, February 25, 2015

Gunung Bunga Buah - Trip Kambing Sedap Part 1


Ahad, 15 February 2015
Trip Daypack
5 Lelaki 1 Perempuan

Berbekalkan kunjungan lama kawan yang pernah ke sini suatu tahun dahulu dan juga data GPS yang aku download dari internet. Kami berenam meneruskan perancangan mendaki Gunung Bunga Buah.

Line up dr depan ke belakang: Che Leey, Remy, Aboy, Kerk Fairus, Cua, Noli
Terasa menyesal pulak tak pakai lengan panjang time ni

Sebelum subuh lagi Kerk Fairus dan Aboy gerak dari Jeram manakala aku, Noyee dan Che Lee gerak selepas subuh. Orang jauh kenalah bertolak awal kan. Meet point di Genting Sempah pada pukul 7.30 pagi tetapi bertukar ke restoran mamak bersebelahan Hotel Seri Malaysia Genting. Sedang kami bersarapan pagi barulah orang terakhir tiba iaitu Remey dari Kajang. Sarapan dan menyembang bagaikan bukan nak daki gunung je. Pukul 9.00 pagi lebih barulah kami bergerak mencari starting point dengan kereta. Info dari blog ianya terletak berdekatan Strawberry Farm. Mencari berdasarkan landmark dan GPS coordinate N3.39960 E101.76579 membuahkan hasil. Terlupa pula, terima kasih kepada Remey kerana menaja sarapan pagi kali ini.

Kabus menyelubungi kami. Jarak penglihatan terhad
Jengkaut terdampar.

Pendakian santai kami bermula pada pukul 9.25 pagi pada ketinggian kurang 1000m. Masing masing santai sahaja siap boleh bersembang lagi. Ini tandanya paras kecuraman cuma berapa darjah sahaja. Senang sahaja treknya buat masa ini. Antaranya cuma melalui tinggalan jalan bertar yang sudah dikelilingi semak samun di tepi kiri dan kanan. Hampir sejam perjalanan dengan sekali take 5 akhirnya kami tiba di satu kawasan tanah merah yang diratakan. Terdapat satu jengkaut ditinggalkan di sini. Tidak pasti samada ia masih beroperasi untuk meratakan kawasan sekitar atau tidak. Suasana ketika ini hanya kabus semata. Jarak pemandangan kurang 70m. Suasananya yang berkabus membuatkan kami bergambar sebentar. Teruskan perjalanan sampailah ke satu simpang dan berehat di sini. Take 15 di sini untuk melepaskan lelah dan menambah tenaga. Che Leey bagi kurma kat sekumpulan anak muda cina. Selain makan kurma kami juga makan limau CNY. Aku tertanya tanya mana tembok dinding batu sebelah kanan seperti dalam blog yang aku baca. Kali ni lambat pula aku lapar. Kat sini baru aku makan Snickers yang dibawa.

Posing sambil ambik nafas
"Sekarang sudah nak mula mendaki. Mungkin kat depan lagi kot tapi macam tak mungkin.", kata hatiku.
Pendakian diteruskan. Jika tadi hanya landai sahaja tapi kini masa untuk memerah keringat pula. Pernah pergi Bukit Kutu? Pernah pergi Lepoh Waterfall? lebih kurang le tu. Lebih kurang sejam mendaki menurun mendaki tibalah kami di simpang ke last waterpoint. Sikit pun tiada niat nak turun ke last waterpoint ni. Bekalan air yang di bawa sudah mencukupi. Aku sahaja bawa 1.5ltr mineral water, 0.5ltr Zappel, 0.5ltr cincau, belum yang lain lain lagi.

its me
Just 6 of us. Di tanda sebagai Puncak Hammock

Pukul 12.09 tengahari aku tiba di puncak Rock Garden. Berselisih dengan aweks selendang hijau kat sini. Kurang 5 minit tiba di kawasan lepak sebelahannya. Aku mark pada GPS handheld aku sebagai Puncak Hammock. Berilah nama apa pun asalkan untuk rujukan diri sendiri tidaklah menjadi salah. Sangat lama kami melepak di sini hanya bersantai ambil ambil gambar, sembang sembang, rehat rehat sampaikan 42minit lamanya. Sambung lagi perjalanan sampailah di satu kawasan lapang, ramai pendaki lain melepak kat sini siap bentang ground dan tidur lagi. Mereka inilah yang mendaki seawal pagi agaknya. Kurang 5 minit dari sini tibalah kami di Beirut Gunung Bunga Buah iaitu pada pukul 1.45 ptg. Buat pengetahun cuma kami berenam sahaja yang berada di beirut berikutan pendaki pendaki lain telah pun turun.

Bukti ku tiba di puncak
Tahniah. Kami berjaya

Letak je beg pada kebiasaannya air sedaplah yang menjadi keutamaan tapi kali ini tidak. Sekilo perapan yang dibawa menjadi sebutan. Bergegas keluarkan cooking set, stove, gas dan perapan yang dibawa. Punyalah tak sabar masing masing nak rasa nikmat makan kat puncak Gunung Bunga Buah ni.

[bersambung...]