Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, December 30, 2019

2019 Hampir Melabuhkan Tirainya

Sekejap je 12 bulan. Beberapa hari lagi aura 19 akan bertukar ke 20. Aura 38 akan bertukar ke 39. Cepat sungguh masa berlalu. Aku masih seperti dulu.

2019 merupakan tahun paling banyak aku buang masa. Weekdays aku pada siangnya pergi kerja. Malamnya pula main game atau tgk video2 di facebook. Weekend tak lain x bukan dihabiskan dgn jd crew event. Jika xde event maka jadi hari bermalas2an.

Hiking sdh tidak sekerap dulu malah sgt jarang aku pergi hiking. Diajak pun aku reject inikan pula nak plan. Aku ada pergi hike gunung tok nenek folo mossy trekkers. Masa trip ni aku tergelincir kat sg. Tersembam ke dpn mengalahkan nangka busuk da. Pagi2 mamai2 pergi sg. X berapa fokus lg time tu. Akibatnya aku terseksa masa trekking ke luar. Pergi check kat hosp, aku cuma kena soft tissue injury. Jd, kena pergi fisio dan berehat drp hiking.

Disebabkan kaki injured dan x blh hiking, ntah macamana aku blh pergi 3h2m atau 4h3m ke pulau tioman. Ramai kawan2 x percaya aku pergi pulau padahal selama ni hutan dan gunung je. Bukan setakat derang je tak percaya tapi aku sendiri pun x percaya. Mandi, makan, snorkeling, baring kat hammock... itu je la keje aku kat sana.

December 2019 paling banyak duit aku habis. Moto aku jem. Kena overhaul 1200. Kete aku power window rosak dan masalah temperature naik dah kena dkt 900.

Tinggal beberapa hari je lagi untuk aku rancang perjalanan hidup 2020. Tahun yg dinanti2kan masa sekolah rendah lagi. Wawasan 2020 yang tak tercapai.

#cualahni
30.12.2019@1242

1 comment:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete

comment form message