Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, March 6, 2017

Misi Mencari Minat

Dua puluh tahun yg lalu aku pernah mempunyai misi yg aku namakan misi mencari minat. Kini misi itu seakan muncul kembali. Jika dua puluh tahun yg lalu misi itu telah membuahkan hasil. Agaknya bagaimana pula kali ini?

Bermula dgn seorg sahabat bernama Taha mengajak aku mengikutnya ke xpdc gopeng-cameron highland. Satu aktiviti meredah hutan bermula dari gopeng ke kg sg ruil cameron highland selama 4 hari 3 malam. Tak silap aku aktiviti ini anjuran Jabatan Kebajikan Kampar. Inilah trip pertama aku. Berseluar jeans, baju setiap hari tukar. Pakai beg hiking jenama Nikko kepunyaan abg aku. Sekarang jadi hak milik aku. Selesai trip ini aku cuba pula trip mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas. Hasil drp 2 trip ini maka dapatlah aku maktubkan bahawa hiking adalah minatku.

Kini dua puluh tahun sudah berlalu. Minatku terhadap hiking semakin pudar. Hiking sekadar hiking. Tiada apa lagi yg hendak dicari. Tiada apa lagi yang memuaskan hati. Tdo di puncak sudah, berendam di sg seawal pg sudah, menahan sejuk menanti sunrise sudah, mengejar sunset sudah, bergelumang dgn selut sudah, meredah arus deras sudah, meniti balak sudah, menyelit celah belukar, extra overnite tepi trek sudah, kena sengat tebuan tanah semuanya sudah. Semua ini keseronokan bagi aku bukannya satu beban yang meyakitkan. Inilah kenangan dan pengalaman yang sangat berharga.

Tapi kini kebanyakan trip sudah tidak seseronok dulu. Berat tidak sama dipikul ringan tidak sama dijinjing. Bawa pinggan tadah bawa cawan tadah. Baru susah sedikit sudah mula mengeluh.

Namun begitu, mana mungkin aku akan berhenti mendaki.

CuaLahNi
08042017@5.55pm

No comments:

Post a Comment

comment form message