Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Showing posts with label Jelajah. Show all posts
Showing posts with label Jelajah. Show all posts
Wednesday, June 12, 2013
Hujung Mingguku Penuh Sehingga Puasa.
Sangat jarang aku post sesuatu yang melibatkan peristiwa akan datang melainkan sudah berlaku. Tapi post kali ini lain sedikit, apa yang aku nak buat untuk hujung minggu berikutnya telahpun diketahui.
Hujung Minggu Ini @ Ahad 16hb Ke Sg Lepoh:
Kawanku dari Putrajaya mengajakku untuk menemani gengnya untuk berlibur di Sg Lepoh, Ulu Langat. Tempatnya memang seronok. Walaupun kedalaman di kolam air terjunnya hapus ketinggian aku, namun aku tetap terjun kerana arus akan membawaku ke tepi. Airnya pula bersih, jernih dan sangat sejuk.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Depan @ Sabtu Ahad 22hb 23hb Ke Sg Chiling:
Aktiviti camping terakhir bagi pihak Gogonyzer sebelum Ramadhan tiba. Lokasinya di Sanctuary Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu. Dari pekan Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Permandangan indah sepanjang perjalanan memukau mata memandangnya. Di Sg Chiling pula, sungainya yang jernih dan sejuk menyegarkan disamping ikan² tengas bebas berenang² ketengah ketepian.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Lagi Depan @ Jumaat Sabtu Ahad 28hb 29hb 30hb Ke Tg Leman Resort:
Percutian kali kedua bersama blogger yang sama ke Felda Tekam dulu. Edisi kali ini juga ditaja penginapan dan aktivitinya oleh Felda Travel. Lokasinya pula berubah ke selatan tanah air iaitu Tg Leman, Mersing Johor. Mungkinkah island hoping? Mungkinkah snorkelling yang menjadi salah satu aktiviti kami nanti? Mana tahukan kedua² menjadi milik kami! Trip ini mungkin akan menambahkan koleksi post Trip Sehala aku sebelum ini.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Lagi² Depan @ Sabtu Ahad 06hb 07hb Ke Johor Bharu
It's Treasure Hunt!!! Aktiviti yang dinantikan telah tiba. Jika tahun lepas MAH menganjurkan treasure hunt ke Kuantan, Pahang dan tidur di Zenneth Hotel. Bagi tahun 2013 ni MAH menganjurkan treasure hunt ke Johor Bharu pula dan menginap di KSL Hotel Johor Bharu. Team kali ini menampil dua muka lama dan dua muka baru. Kos pendaftaran sekali lagi ditaja oleh The Royale Bintang Kuala Lumpur.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Friday, May 3, 2013
Trip Sehala - Cameron Highland
Pemanduan sehala sudah dirancang dengan rapi. Laluan yang bakal digunakan sudah digoogle map dan juga sudah bertanya kepada kawan² yang tahu. Jarak perjalanan sudah dikira begitu juga dengan jangka masa sudah diambilkira. Dari segi penginapan sudah ditempah awal² lagi melalui Agoda.com. Tujuan adalah untuk bercuti di Cameron Highland... laluan naik dan turun tidak sama.
Pemanduan bermula dari ||A|Cendana Apartment|| Bdr Sri Permaisuri menghala ke PLUS-Tol Jalan Duta dengan melalui Jalan Istana. Pemanduan berhemah diteruskan menyusuri PLUS menghala ke utara tanah air. Oleh kerana tidak ada apa yang perlu dikejar... pemanduan mematuhi hadlaju dengan kadar pecutan sekitar 110km/jam. Sepanjang perjalanan terdapat banyak R&R dan Hentian Sebelah jika terasa hendak ke tandas mahupun menjamu selera.
Aku keluar melalui ||B|PLUS-Tol Tapah|| dan menjejaki signboard Cameron Highland. Dari sini pemanduan melalui jalan bengkang bengkok dengan purata gear 3-4 digunakan. Singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar sekadar menangkap gambar dan juga melegakan sendi² badan. Sambung semula perjalanan menuju Cameron Highland seterusnya ke Brinchang kerana di sinilah aku akan bermalam dan bercuti. Hotel Titiwangsa dipilih sebagai tempat penginapan berdasarkan harga, lokasi, parking dan ulasan di Agoda.com. Apa yang tidak disangka aku diberi voucher Stimboat Buffet Dinner yang mana tidak diberitahu di dalam terma dan syarat penginapan.
Dari sini ||C|Brinchang|| aku memandu pulang ke KL dengan menghala ke Ringlet bertanyakan orang disini untuk kepastian akan jalan seterusnya. Dari Shell aku menghala ke Raub melalui jalan curam dan berselekoh. Perlu sentiasa berwaspada kerana pemanduan laju bakal menyebabkan anda terbabas dibeberapa selekoh tajam kerana kebanyakan selekoh sedap dilayan. Untuk kelajuan 100km/jam amatlah mudah tanpa perlu menekan padel minyak dengan banyak. Hendak saja freekan gear tapi lagilah bahaya.
Pemanduan yang kurang menggunakan minyak menghala turun hanya memakan 1 takuk minyak sahaja. Jalan seterusnya menuju ke ||D|Felda Sg Koyan||. Beloklah ke kanan untuk menuju ke KL setelah tiba di T-Junction. Pemanduan seterusnya agak memenatkan ekoran banyak kenderaan berat di jalan raya. Singgah sebentar di pasar petang pekan Raub seterusnya masuk KARAK Highway. Pemanduan boleh dikatakan mendatar sahaja.
Dari Karak Highway aku singgah pula ke tanah tinggi seterusnya iaitu ||E|Colmar Tropical Bukit Tinggi||. Pemanduan mendaki menggunakan gear 4-3 diperlukan manakala ketika turun tidaklah perlu membrek sangat jika pandai menggunakan gear. Pusing² di sini kemudian turun semula menuju ke KL melalui ||F|Genting Sempah||. Masih melalui KARAK Highway aku teruskan pemanduan menuruni bukit sehinggalah ke KARAK-Tol Gombak. Perlu lebih berhati² selepas terowong kerana jalam curam dan selekoh tajam. Pemanduan kurang sejam maka tibalah di Tol Gombak. Membelok ke kiri selepas tol membawa aku melalui MRR2 yang terkenal sesak pada waktu² puncak. Ketika ini pemanduan masih selesa sehinggalah sampai di ||G|Cendana Apartment||.
Aku berpuas hati dengan trip sehala ini yang berjaya. Trip sehala seterusnya menyusul kemudian.
Info Google Map:
- Jarak Perjalanan - 492km
- Tempoh masa - 7jam 32minit
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
