Pemanduan sehala sudah dirancang dengan rapi. Laluan yang bakal digunakan sudah digoogle map dan juga sudah bertanya kepada kawan² yang tahu. Jarak perjalanan sudah dikira begitu juga dengan jangka masa sudah diambilkira. Dari segi penginapan sudah ditempah awal² lagi melalui Agoda.com. Tujuan adalah untuk bercuti di Cameron Highland... laluan naik dan turun tidak sama.
Pemanduan bermula dari ||A|Cendana Apartment|| Bdr Sri Permaisuri menghala ke PLUS-Tol Jalan Duta dengan melalui Jalan Istana. Pemanduan berhemah diteruskan menyusuri PLUS menghala ke utara tanah air. Oleh kerana tidak ada apa yang perlu dikejar... pemanduan mematuhi hadlaju dengan kadar pecutan sekitar 110km/jam. Sepanjang perjalanan terdapat banyak R&R dan Hentian Sebelah jika terasa hendak ke tandas mahupun menjamu selera.
Aku keluar melalui ||B|PLUS-Tol Tapah|| dan menjejaki signboard Cameron Highland. Dari sini pemanduan melalui jalan bengkang bengkok dengan purata gear 3-4 digunakan. Singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar sekadar menangkap gambar dan juga melegakan sendi² badan. Sambung semula perjalanan menuju Cameron Highland seterusnya ke Brinchang kerana di sinilah aku akan bermalam dan bercuti. Hotel Titiwangsa dipilih sebagai tempat penginapan berdasarkan harga, lokasi, parking dan ulasan di Agoda.com. Apa yang tidak disangka aku diberi voucher Stimboat Buffet Dinner yang mana tidak diberitahu di dalam terma dan syarat penginapan.
Dari sini ||C|Brinchang|| aku memandu pulang ke KL dengan menghala ke Ringlet bertanyakan orang disini untuk kepastian akan jalan seterusnya. Dari Shell aku menghala ke Raub melalui jalan curam dan berselekoh. Perlu sentiasa berwaspada kerana pemanduan laju bakal menyebabkan anda terbabas dibeberapa selekoh tajam kerana kebanyakan selekoh sedap dilayan. Untuk kelajuan 100km/jam amatlah mudah tanpa perlu menekan padel minyak dengan banyak. Hendak saja freekan gear tapi lagilah bahaya.
Pemanduan yang kurang menggunakan minyak menghala turun hanya memakan 1 takuk minyak sahaja. Jalan seterusnya menuju ke ||D|Felda Sg Koyan||. Beloklah ke kanan untuk menuju ke KL setelah tiba di T-Junction. Pemanduan seterusnya agak memenatkan ekoran banyak kenderaan berat di jalan raya. Singgah sebentar di pasar petang pekan Raub seterusnya masuk KARAK Highway. Pemanduan boleh dikatakan mendatar sahaja.
Dari Karak Highway aku singgah pula ke tanah tinggi seterusnya iaitu ||E|Colmar Tropical Bukit Tinggi||. Pemanduan mendaki menggunakan gear 4-3 diperlukan manakala ketika turun tidaklah perlu membrek sangat jika pandai menggunakan gear. Pusing² di sini kemudian turun semula menuju ke KL melalui ||F|Genting Sempah||. Masih melalui KARAK Highway aku teruskan pemanduan menuruni bukit sehinggalah ke KARAK-Tol Gombak. Perlu lebih berhati² selepas terowong kerana jalam curam dan selekoh tajam. Pemanduan kurang sejam maka tibalah di Tol Gombak. Membelok ke kiri selepas tol membawa aku melalui MRR2 yang terkenal sesak pada waktu² puncak. Ketika ini pemanduan masih selesa sehinggalah sampai di ||G|Cendana Apartment||.
Aku berpuas hati dengan trip sehala ini yang berjaya. Trip sehala seterusnya menyusul kemudian.
Info Google Map:
- Jarak Perjalanan - 492km
- Tempoh masa - 7jam 32minit
No comments:
Post a Comment
comment form message