Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, May 10, 2013

Trip Sehala - Sabak Bernam



Hari cuti yang tiada perancangan. Selepas makan tengahari dan cuci kereta, aku terfikir dimanakah Sabak Bernam. Dari zaman sekolah lagi aku tahu Sabak Bernam ni bersempadan antara Selangor dan Perak. Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dan cuaca yang baik pada petang itu... aku pun memulakan perjalanan.

Dari Cendana Apartment aku terus menuju ke ||PLUS|Tol Jln Duta|| menghala ke utara. Setibanya di ||PLUS|Tol Tg Malim|| aku pun keluar dan menuju ke arah selatan kembali. Kalau diteruskan boleh kembali ke KL ikut jalan lama. Tiba di satu persimpangan aku ternampak signboard Sabak Bernam lalu aku pun membelok ke kanan melintasi landasan keretapi. Sempat aku menjeling keluar semasa berada atas jejambat dan nampak ||KTM Tg Malim|| di sebelah kiri. Teruskan memandu sehingga aku nampak beberapa signboard yang sedikit mengelirukan iaitu 'Sabak Bernam', 'Ulu Bernam', 'Bernam Jaya'. Paling hampir dengan Tg Malim ialah Ulu Bernam dan Bernam Jaya yang mana pada aku kedua² tempat ni macam jiran je. Dari sini aku nampak signboard 'Sabak Bernam' dalam 65km lagi. Di sini pun aku belok ke kanan dan meneruskan perjalanan di jalan yang sangat kurang kenderaan. Mula² melalui jalan berselekoh dan nampak beberapa kuil hindu di sebelah kanan kemudiannya melalui kawasan ladang kelapa sawit.

Memandu dan terus memandu melalui jalan ini yang tenang dengan cuaca yang redup membuatkan aku terasa begitu santai sahaja. Di satu simpang aku membelok ke kanan kemudiannya membelok ke kiri. Jika ke kanan aku akan masuk ke Gedangsa. Dari sini pemanduan diteruskan sehingga jumpa lagi satu t-junction dan memilih belok ke kiri iaitu menghala ke Kampong Soeharto. Teruskan saja pemanduan tanpa perlu masuk ke ||Simpang ke Soeharto|| disebelah kirinya. Memandu dan terus memandu dengan tenang dan aman sambil melihat bendera² parti terpacak di kiri kanan bahu jalan menandakan kempem PRU-13 sedang berlangsung. Di satu tempat aku perasan meter minyak aku sudah menyala... aha!!! tinggal lebih kurang 60km je lagi ni. Kurang 15km daripada Sabak Bernam terdapat senbuah stesen minyak BHP disebelah kanan. Disebabkan Sabak Bernam tidaklah jauh maka aku teruskan saja pemanduan sampailah ke stesen minyak ||Caltex-Maybank Sabak Bernam||

Selepas isi minyak disini barulah aku meronda² dahulu ke utara selatan timur barat. Setelah tiada apa yang hendak di lihat barulah pulang ke KL dengan memilih signboard Kuala Selangor. Dari sini aku melalui jalan lurus yang mana kenderaan agak banyak bukan sahaja kereta malah kenderaan besar seperti lori juga. Melalui Sg Besar - Sekinchan - Tg Karang - Kuala Selangor seterusnya belok kiri di ||Asam Jawa|| dan terus sahaja sehinggalah jumpa signboard ||LATAR| Tol Ijok|| barulah belok ke kanan.

Buat pertama kalinya aku masuk LATAR seorang diri dan tidak terbayang difikiran lokasi aku ketika ini. Aku cuma mampu teruskan perjalanan sehinggalah membuat keputusan untuk memilih arah ke KL dengan keluar di persimpangan Sg buloh untuk masuk ke PLUS pula. Dah masuk PLUS aku teruskan saja jalan yang memang aku tahu iaitu keluar PLUS|Tol Jalan Duta masuk Jalan Istana dan sampailah ke rumah di Cendana Apartment.

Info:

  • PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan
  • LATAR - KL Kuala Selangor Expressway

No comments:

Post a Comment

comment form message