Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Monday, October 7, 2013
How To Go - Desa Balqis Resort
11.00am | 0000km :
Bertolak dari Cendana Apartment. Seperti biasa CCP telah pun disi minyak sepenuh²nya.
11.15am | 0012km :
Tiba di R&R Desa Serdang. Kawasan rehat selepas PLUS | Tol Sg Besi.... bukan yang ada Shell tu. Satu lagi kereta menunggu di sini untuk konvoi. Dua buha kereta je pun. Sarapan pagi dahulu kat sini... kedai mamak menjadi pilihan walaupun ada Starbucks dan KFC. Tapi malang servis kat kedai mamak sini lambat malah harga makanannya pula mahal. Nak kata sedap tu... boleh telan la. Hampir sejam di sini baru sambung semula perjalananan.
12.39pm | 0058km :
Keluar PLUS | Tol Port Dickson, bayar RM7.70. Selepas tol sila pilih untuk belok ke kanan di simpang tiga kurang 1km dihadapan. Waktu ni jalan sangat sesak sebab banyak kereta berkemungkinan masing² pergi bercuti kot. Selepas belok ke kanan sila terus sahaja.
12.55pm | 0064km :
Tiba di Highway Seremban-Port Dickson | Tol Mambau. Bayar RM3.20 dan teruskan sahaja perjalanan. Signboard yang perlu di ikut ialah Port Dickson kemudian Teluk Kemang.
01.23pm | 0091km :
Tiba di simpang tiga dan belok kiri ke arah Melaka. Terus sahaja melepas Pantai Teluk Kemang... ketika ini laut berada di sebelah kanan. Teruskan sahaja memandu melayan selekoh² tumpul dan jika terasa lapar bolehlah singgah di beberapa gerai goreng pisang di tepi jalan. Kami juga singgah di salah sebuah gerai di sebelah kanan.... cadang nak beli goreng pisang tanduk tapi belum ada yang dimasak. Beli jelah asalkan goreng pisang.
01.54pm | 0110km :
Tiba di simpang 3... belok ke kanan iaitu signboard Kuala Linggi bukannya Linggi. Jika tidak yakin tanyalah pada makcik goreng pisang di bucu simpang ini pula.
02.13pm | 0117km :
Simpang 3 lagi maka beloklah ke kiri bukannya ke kanan iaitu Kg Kuala Linggi. Tidak perlu tergesa² kerana beberapa minit lagi akan nampak Signboard menegak 'DESA BALQIS' di sebelah kanan.
02.15pm | 0118km :
Belok ke kanan dan sampai. Pandulah terus ke pejabat berdekatan tiang bendera / kolam renang untuk check in.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Friday, September 27, 2013
What To Do - Felda Residence Tanjung Leman
Aktiviti di sini lebih menarik dan kecoh jika dalam satu kumpulan yang besar... barulah semua aktiviti boleh dilakukan bersama. Kalau couple... tak pandang dah bola sepak pantai dan bola tampar pantai tu... Ada je aktiviti lain yang boleh dibuat seperti kayak, berendam dsb.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Wednesday, September 25, 2013
Accomodation - Felda Residence Tanjung Leman
Diantara kedua² bilik ini ada ruang tamu dilengkapi sofa dan pantri. Terdapat kerusi rehat beserta meja di balkoni bilik suite ini.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Wednesday, September 18, 2013
How To Go - Felda Residence Tanjung Leman
Felda Residence Tanjung Leman... sekian lama menanti akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di sini. Kesibukan kerja membuatkan trip ini ditangguh beberapa kali. Pada cuti hujung minggu 1 Malaysia 2013... bertemankan sahabat yang dikenali lebih sedekad lamanya... trip ini menjadi kenyataan... dari Bdr Sri Permaisuri... ia bermula. Tidak melalui Muadzam Shah juga tidak Kulai tapi Kluang menjadi pilihan kali ini.
000km | 1030hrs :
Bertolak dari Bdr Sri Permaisuri memandu ke arah selatan melalui Lebuhraya Sg Besi. Awal² lagi hujan menemani kami ketika melepasi Kg Malaysia Tambahan seterusnya memasuki Lebuhraya KL-Seremban. Perjalanan diteruskan lagi melalui Lebuhraya PLUS. Sepanjang perjalanan boleh dikatakan cuaca mendung dan hujan.
239km | 1258hrs :Keluar Tol Ayer Hitam... bayar tol RM32.40 untuk kereta. Selepas tol belok ke kanan dan anda akan nampak stesen minyak Petronas di sebelah kanan. Di sini bolehlah untuk menambah bekalan bahan api samada petrol atau diesel. Teruskan saja memandu lurus sepanjang Jalan Mersing. Ambil pukul 12 untuk semua bulatan yang ditempuhi dan terus untuk semua simpang yang ada sehinggalah tiba di Jemaluang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak stesen minyak di kiri dan kanan juga masjid. Di pekan Kluang bolehlah makan di restoran asal Kluang Station iaitu di Stesen Keretapi Kluang. Seperkara yang menarik dalam perjalanan kami terdapatnya signboard² yang jarang dilihat seperti monyet, tenuk dan gajah. Tidak seperti signboard lembu yang mudah dilihat di mana².
341km | 1537hrs :
Tiba di Jemaluang. Di simpang tiga ini... belok kanan arah ke Kota Tinggi dan teruskan memandu sehingga melepasi RISDA Sungai Ambat barulah belok ke kiri. Jika terlepas maka akan terus ke Ulu Sedeli. Memilih jalan ini bererti bersedia untuk memandu perlahan sekiranya terdapat banyak lori dan treller di hadapan. Kami bernasib baik kerana kurang 5 buah lori sahaja yang perlu di potong aka overtake.
362km | 1601hrs :
Melepasi sahaja stesen minyak BHP akan nampak simpang tiga...maka beloklah ke kiri ikut signboard KFC. Macam tak percaya kan kat sini pun ada KFC. Benar² ada atau signboard semata² akan diketahui nanti.
Teruskan sahaja memandu... ikut sahaja signboard Tg Leman.
386km | 1625hrs :
Tiba di destinasi yang dituju iaitu Felda Residence Tanjung Leman setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam. 6 jam mewakili memandu Toyota Fortuner termasuk singgah di beberapa stesen minyak dan juga makan tengahari.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Wednesday, June 12, 2013
Hujung Mingguku Penuh Sehingga Puasa.
Sangat jarang aku post sesuatu yang melibatkan peristiwa akan datang melainkan sudah berlaku. Tapi post kali ini lain sedikit, apa yang aku nak buat untuk hujung minggu berikutnya telahpun diketahui.
Hujung Minggu Ini @ Ahad 16hb Ke Sg Lepoh:
Kawanku dari Putrajaya mengajakku untuk menemani gengnya untuk berlibur di Sg Lepoh, Ulu Langat. Tempatnya memang seronok. Walaupun kedalaman di kolam air terjunnya hapus ketinggian aku, namun aku tetap terjun kerana arus akan membawaku ke tepi. Airnya pula bersih, jernih dan sangat sejuk.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Depan @ Sabtu Ahad 22hb 23hb Ke Sg Chiling:
Aktiviti camping terakhir bagi pihak Gogonyzer sebelum Ramadhan tiba. Lokasinya di Sanctuary Sg Chiling, Kuala Kubu Bharu. Dari pekan Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Permandangan indah sepanjang perjalanan memukau mata memandangnya. Di Sg Chiling pula, sungainya yang jernih dan sejuk menyegarkan disamping ikan² tengas bebas berenang² ketengah ketepian.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Lagi Depan @ Jumaat Sabtu Ahad 28hb 29hb 30hb Ke Tg Leman Resort:
Percutian kali kedua bersama blogger yang sama ke Felda Tekam dulu. Edisi kali ini juga ditaja penginapan dan aktivitinya oleh Felda Travel. Lokasinya pula berubah ke selatan tanah air iaitu Tg Leman, Mersing Johor. Mungkinkah island hoping? Mungkinkah snorkelling yang menjadi salah satu aktiviti kami nanti? Mana tahukan kedua² menjadi milik kami! Trip ini mungkin akan menambahkan koleksi post Trip Sehala aku sebelum ini.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Hujung Minggu Lagi² Depan @ Sabtu Ahad 06hb 07hb Ke Johor Bharu
It's Treasure Hunt!!! Aktiviti yang dinantikan telah tiba. Jika tahun lepas MAH menganjurkan treasure hunt ke Kuantan, Pahang dan tidur di Zenneth Hotel. Bagi tahun 2013 ni MAH menganjurkan treasure hunt ke Johor Bharu pula dan menginap di KSL Hotel Johor Bharu. Team kali ini menampil dua muka lama dan dua muka baru. Kos pendaftaran sekali lagi ditaja oleh The Royale Bintang Kuala Lumpur.
~~~ cerita penuh selepas aktiviti.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Monday, February 15, 2010
Pulang CNY 2010
Tika dan saat ini selepas 1jam 30minit perjalanan, si lelaki 100kg dan aweks student disebelahnya membuka laptop. Lagu-lagu rock kapak diperdendangkan oleh si 100kg. Antaranya Bulan Madu Di Awan Biru - Search, Taman Rashidah Utama - Wings. Sekarang barulah si lelaki 100kg dengan aweks student disebelahnya berkomunikasi. Apa yang dibincangkan tidaklah diketahui kerana bunyi bising keretapi menjadi lagu tema sepanjang perjalanan. Aku terpandang hp aweks ala-ala muslimah disebelahku, tertera nama 'Syah Ku Sayang'.. dengan serta merta hati kecil ini ketawa kecil seketika. Bukan aku sengaja tapi ianya datang dengan sendiri. Tak ku sangka gadis sepertinya jiwang begitu rupa.
Jam bagaikan terhenti, aku rasakan begitu lama nak tunggu pukul 8.45 malam. Cepatlah sampai kampung.. aku dah bosan ni.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Saturday, January 23, 2010
Sanctuary Sungai Chiling
Ramai yang tidak mengetahui namanya apatah lagi tempatnya. Kedudukannya yang jauh dari ibukota membuatkan ramai orang teragak² untuk berkunjung ke sini tetapi setelah berkunjung pasti akan kembali. Pertama kali aku sampai.. terdetik dihati ini, “patutlah pun”. Pintu gerbangnya jelas ditulis ‘Santuary Sg Chiling’ tapi pagar besinya yang sentiasa ditutup dan dikunci menyebabkan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui akan berkata, “betul ke tempat ni?, buka ke?, boleh ke masuk?” Persoalan sebegini dikeluarkan oleh rakan² aku sendiri malah aku pun pernah berkata begitu.

Perasaan was-was atau ‘ye ke jln ni!’ akan menghantui mereka² yang pertama kali melalui jalan ni. Mana taknya.. satu signboard ‘Kuala Lumpur’ besar terpampang di hadapan sedangkan tujuan sebenar nak ke Kuala Kubu. Tidak mengapa, teruskan saja melalui flyover tu dan di hujung jalan ada simpang tiga maka pilihlah ke kanan iaitu ke Kuala Kubu Bharu. Teruskan saja perjalanan melalui Rasa sehinggalah nampak signboard Kuala Kubu Bharu beberapa km lagi. Di kawasan ini haruslah memperlahankan kenderaan supaya tidak terlajak dan kalau terlajak silalah berpatah balik… bukan susah pun. Simpang itu disebelah kanan jalan dan bagi yang tak biasa pastinya ‘Eh! Eh!.. bukan tu ke simpang dia!’ selepas masuk simpang terus sahaja dan akan melalui kawasan perumahan terbengkalai. Boleh buat main paintball kat sini nih. Teruskan saja pemanduan sehingga tiba di lampu isyarat Kuala Kubu Baru. Pilih kanan menghala ke Fraser Hill. Jalan kampong yang dilalui dengan dedaun beterbangan di terbangkan angin kereta menambah tarikan journey ini. Memandu dan terus memandu sehinggalah nampak empangan besar di hadapan. ‘layan’… inilah yg dilakukan dikawasan ini sehinggalah tiba di empangan. Biasanya kami tidak berhenti di sini tapi meneruskan sedikit saja lagi pemanduan sehingga ketemu jambatan dan biasanya terdapat pemancing² memancing di sini. Tidak jauh dari sini akan ada selekoh tajam ke kanan ke kiri dan jambatan besi. Carilah parking di 2 kawasan lapang berhampiran. Kalau sudah ada kereta yang parking maknanya dah betul la tu.
Parkinglah seolah² akan ada banyak lagi kereta lain yang akan parking di sini, susunlah kereta sebaiknya agar mudah untuk keluar nanti dan jangan sampai menyusahkan orang lain. Dari sini jalan kaki menyeberang jalan untuk masuk ke Sanctuary Sg Chiling melalui pintu gerbangnya. Teruskan saja berjalan lebih kurang 15 minit melalui jalan tanah selebar kenderaan pacuan 4 roda hinggalah tiba di pintu masuk kawasan perkhemahan. Sila daftarkan diri di Pondok pengawal di sini. Apa yang perlu diisi di buku log hanyalah nama, ic & alamat sendiri, nama & no tel kenalan terdekat utk dihubungi jika berlaku kecemasan selain tarikh dan masa masuk/balik yang digunakan sebagai rujukan. RM1 dikenakan kepada semua pengunjung untuk menggunakan bilik air sepanjang hari tidak kira seberapa kerap masuk sekalipun. Untuk pengetahuan, Sanctuary Sg Chiling ini jaga selia oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Kelihatan pelik kawasan ini diselia oleh Jabatan Perikanan tapi itulah hakikatnya. Jawapan kepada tanda tanya ini akan terjawap dengan sendirinya dalam perjalanan ke air terjun. Kemudahan yang disediakan seperti tapak khemah, surau dan bilik air. Cuma tiada tong sampah disediakan kecuali 1 tong sampah besar dekat tempat meletak kereta. Apa yang dibawa masuk mesti di bawa keluar bagi mengelak kawasan ini kotor. Cara ini berkesan kerana kawasan ini nampaknya bersih dari sebarang sampah malah terjaga. Mungkin juga kebanyakan yang datang adalah dari kalangan kaki camping/gunung/rekreasi yang sesekali mengubah citarasa. “Leave Nothing Except Foot Print”, inilah cogankata yang wajar diterapkan di semua kawasan rekreasi. Dari sini untuk ke air terjun kenalah berjalan kaki melalui jambatan gantung yang disediakan seterusnya kawasan lalang semak samun shinggalah jumpa signboard Lintasan 1 dan lintasan² seterusnya. Sungai yang sama perlu dilintas beberapa kali dan usah risau kerana ada signboard sebagai petunjuk. Biasanya kami akan berehat beberapa kali kerana nak tengok ikan yang dipelihara dan minum. Sepanjang sungai ini pun dah sesuai untuk mandi tapi nak lagi best kenalah teruskan sampai ke air terjun. Perjalanan termasuk rehat tengok ikan dan apa bagai ialah kurang 2 jam sahaja. Berbaloi memang berbaloi terutama setelah tiba di air terjunnya. Walaupun nampak panas di air terjun ni tapi nyaman sebenarnya. Sekali dah masuk berendam tak nak keluar dah, bila dah keluar pula berfikir² nak masuk balik. Disarankan bawalah bekalan makanan dan minuman kerana pastinya akan lapar malah perkataan yang lebih sesuai ialah kebulur. Faham² lah ye dan kalau tak faham tu ikut jelah apa yang disarankan. Kebiasaannya kami akan turun pada pukul 4 petang supaya ada masa untuk berehat dan sebagainya di kawasan perkhemahan nanti.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Thursday, November 5, 2009
KBF KBG, Scan Check Support
Seperti dimaklumkan bas akan bertolak pada pukul 9 malam ini 25hb Okt di Hentian Putra. Kerana pukul 9 mlmlah aku terpaksa tergesa² berkejar² untuk tiba disana sebelum masuk waktunya. Di Bdr Sri Permaisuri aku dinner terlebih dahulu dlm pukul 7 lebih kemudian pulang ke rumah dan terus bersiap2. Dalam pukul 8 lebih aku berjalan kaki dari Cendana menuju ke LRT Salak Selatan. Berpeluh jugalah berjalan sebab dah macam lumba jalan kaki. Sampai kat LRT terus TnG dan masuk dalam tren yg kebetulan sama² tiba. Nasib baik guna TnG kalau baru nak beli tiket jawapnya kena tunggu tren seterusnyalah. Sampai di LRT PWTC aku lumba jalan kaki lagi sebab jam dah pun pukul 8 setengah lebih. Lagi 10 minit nak pukul 9mlm aku tiba di Hentian Putra dan terus mencari partner yg sudah pun sampai. Yang menggeramkan aku bila partner aku cakap tiket yg dibelikan tercetak bas bertolak pukul 9.30 mlm bukannya 9 mlm seperti yang diberitahu. Kalau aku tahu taklah aku berkejaran sampai berpeluh². Berapa kali aku lap peluh da! Kalau tisu 3posen tu sure dah habis sepeket.
26hb 5pg aku tiba di station bas KB, sampai je terus dpt panggilan dari KN. Ingatkan dia yg datang ambik rupanya dia pun kena dtg juga tapi naik dari Shah Alam. Yang kelakarnya KN diarah datang selepas network siap. Pelik pelik. Seperti sebelum ini, Avanza hijau datang mengambil kami lalu dibawa ke Apartment Maharani. Tido sampai pukul 9 than baru siap2 pergi kerja. Itu pun sempat singgah breakfast kat kedai pokok getah dulu. Menu aku nasi lemak 2 bungkus ngan Nescafe o suam secawan. Cukup time Avanza hijau datang dan bawa kami ke KBF. Kat sini buat kerja seperti biasa just tengok² dan install beberapa pc dengan POS Application. Sesekali pergi ke KBG tunjuk muka. On da way ke KBG tu singgah minum kejap sekadar melepaskan dahaga di tekak. Tengahari lunch kat kedai ayam bakar. Kedai ni hanya ada menu ayam bakar, daging bakar atau campur ayam/daging bakar. Itu je menu dia tapi sedap.
Malamnya kami pergi makan sup belut kat Kampung Paya Lada. Kawan aku Nik yg bawakan. Kali ni belutnya dipotong agak panjang lebih kurang 1 inci. Geli juga nak makan terutama bahagian yang dekat² dengan ekor. Bayangkan jelah kulitnya tidak dibuang… eee. Aku bagi kat partner dan dia makan dengan selambanya. Tekak ular sawa gamaknya. Balik dari Kg Paya Lada ni kami dibawa oleh Faki gi karaoke. Sekali sampai tempatnya agak menarik walaupun open mcm kat kg aku. Cuma malang lagu2 yg dinyanyikan adalah lagu2 sebelum zaman Boery Marantika. Tak boleh belah beb kata kawan aku. Kami mampu bertahan sampai pukul 1pg je lepas tu balik tido. KN ngan partner dah masuk tido tapi aku xleh nak tido jadi gosok baju dulu than main ‘Sudoku – the power of suck’. Ntah pukul berapa baru aku tido pun tak ingat.

Keesokan paginya aku makan nasi lemak lagi untuk breakfast. Gi kerja dan buat kerja macam biasa je. Petangnya on da way balik tu singgah makan pau dulu than baru balik makan nasi dagang kat kedai pokok getah juga. Cuma RM2 dah mengenyangkan. Hari ini KN balik Shah Alam. Oleh kerana Fakir nak tgk bola Kelantan lawan Perlis… maka kami ber3 aku, partner ngan sorg lagi gi makan kat Nasi Kerabu Golok. Menu popular nasi kerabu tapi aku makan bihun tomyam je sebab petangnya kan dah makan nasi dagang… masih kenyang lagi. Balik tetap tak boleh tido juga jadi aku pergi rumah sebelah dan tgk tv sampai habis siaran.
Hari terakhir pergi kerja macam biasa … tengahari lunch kat kedai sebelah KBF je sebab hujan. Petang dinner kat kedai pokok getah makan nasi dagang. Malamnya balik KL naik Sani Ekspress.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Friday, June 26, 2009
Toon Toon Gedek Gedek – Segar
3rd destination ni mudah dicari... kalau xde map lainlah citer. Tadi dah pergi tempat pelancongan.. skrg nak gi tempat riadah pulak. Mula2 tu mcm tak berapa yakin akan jalannya sbb ada lalu taman2 perumahan tapi memndangkan kebanyakan tempat mcm ni memang jauh ke dalam... maka yakinkan hati teruskan memandu. Empunya kereta le yg memandu bukan aku. Akhirnya sampai jg kami kat sini dan terus parking. Dah ada parking khas utk kami rupanya... kononnyalah. Cuaca mak ai panasnya... org lain takpela ada rambut blh tapis sinaran UV tapi aku...direct kena kulit kepala. Baju spare ngan seluar pendek memang dah siap bawa sbb dah tau akan datang tempat macam ni punya. Semua beg masuk dalam beg aku sbb beg aku paling besar. Beg gi gunung yg aku bawa datang sini... semua blh sumbat. Dengan gaya machonya aku berjalan...kejap2 lap peluh.. panas ngerongin kata mak aku. Bukan tau pun tempat mandinya kat mana.. main ikut kaki je melangkah.
Sekali masa nak seberang titi nmpak ada org mandi kat satu tempat tu.. kami pun dengan selambanya pergi le situ. Derang nmpk kami dtg derang blah... taulah aku org luar tapi aku bukan makhluk asing. Pedulikan derang, kami pergi juga kat situ. Sampai, ushar2 line clear.. kami salin pakaian kat situ je... selamba... dah salin terus turun mandi. Nak terjun x blh sbb tak cukup dalam. Kalau cukup dalam pun aku takkan buat. Bahaya...‘ingatlah org yg disayang’. Paling dalam air dia paras dada itik.. paling cetek pun dada itik juga. Air dia bersih dan sejuk tapi aku x berani nak try minum mcm sg2 kat hutan banat gunung ganang tu. Segar terus kami dapat mandi kat sini... xde org lain.. kami je. Ada kejap je ada sorang editor cina dtg tumpang mandi. Tumpang tu.. hahaha. Ada ke joging time panas2.. carilah tempat redup sikit kot ye pun nak joging. Dah puas mandi kami pun balik. Salin pakaian kat toilet sbb kat toilet blh shishi sekali. Sebelum balik sempatlah kami menyinggah beli buah potong.. antaranya buah honeydew kesukaan aku, tomato cherry jg aku suka dan juga mempelam. Yg sleknya mempelam kurang muda. Means kurang masam. Settlekan semua buah2 ni kat kete pastu baru calos.
Dari sini kami menghala ke destinasi ke 4 pulak.. jalannya bengkang bengkok. Sampai kat satu selekoh tu driver memberhentikan keretanya. Park kat sini je kat depan kang tak tentu ada parking ke tak lg. Menyeberang jln than lepak makan laksa kat tepi tebing. Tak tapau pun laksa ni... ada gerai kat tepi tu. Tapi malang laksa ni bukan taste aku. Tak sesedap laksa kat bukit mertajam dan tak sesedap laksa kat jusco midvalley. Cair je kuah laksanya.. minta limau kasturi pun xde. Hampeh. Empunya kete kata, “laksa kat tempat macam ni memanglah mcm tu. Nak sedap kena gi tempat lain la.” Dah kena sound.. telan jelah sambil minum2, sembang2, sms2, call2 dan baca paper je. Otak dah pikir nak repeat makan laksa balik KL nanti.. nak makan kat jusco midvalley. Dah makan minum ternampak pulak tandas awam, ada pulak ‘adik’ sorang ni nak menyiram katanya. Jadi kami pun bangunlah.. yg menuju ke tandas ada, yg menuju ke batu2 besar pun ada. Sambung lagi menyembang, gelak2 sebab masing2 dah start mengarot sampaikan blh berebut nak naik buai yg ada kat pokok berdekatan. Buai ala kadar setakat lepaskan gian, than cau ke detinasi seterusnya iaitu kalau kat area rumah aku... KL Downtown. Lagipun matahari dah mula kuyu, bulan menunggu alarm berbunyi utk muncul.
Dalam hujan renyai2 keletung keletang titisan air membasahi bumbung kereta, kami pun tiba ke destinasi ke 5. Disebabkan hujan, banyak kedai tak buka lagi. Yg menariknya, aku jumpa katak kayu yg berharga 1 dollar kat kemboja dijual dgn harga RM25 kat sini. Saje pgg than cau sbb melaupau harganya. Tgh melangkah tu... penjual tu menurunkan harga ke RM20.. RM15.. RM10.. xpelah... lagipun banyak saiz katak kayu kat situ. Ntah yg mana dia nak bagi pun x tau. Benda yg menarik kat sini ialah 2 benda yg menjadi 1 tapi malang ia berbentuk arca patung... sebab namanya patung aku tak beli. Last2 ada yg beli cd lagu je. Setakat cd lagu kat area rumah aku pun melambak. Yg membuatkan aku tak heran sangat ngan tempat ni sbb ia lebih kurang KL Downtown and Danau Kota.
Destinasi ke 6 ialah ‘Nurul Ikan Bakar’ tempat kami menjamu selera. Datang ke sini aku drive sbb driver ngengade nak merasa aku jd drebar dia. Kalau aku pun aku akan buat benda yg sama juga. Inilah kali pertama dan terakhir aku makan kat sini utk malam ni. Lain kali boleh datang lagi. Menu mlm ni nasi, kerang rebus, siakap merah 3 rasa, sup campur, kailan ikan masin, air buah dan air suam. Makan duduk bersila sambil tgk AF. Inilah 1st time aku tgk AF berapa ntah. AF aku x minat, kalau mentor tu minatlah. Kaki aku pulak terasa sesuatu yg dah lama aku tak rasa iaitu kucing tidur kat kaki. Zaman sekolah menengah dulu ada kucing yg mak aku bela. Manja kucing ni. Namanya ‘Mang’ sebab bulunya meremang. Kucing ni suka tidur kat kaki aku dan paling xleh lupa Mang ni suka... (nantilah aku create post baru). Makan drp bersila sampailah bersimpuh, berlunjur, bersandar Cuma x duduk katak je barulah kami pergi bayar kat kaunter. Baiknya nasib sebab owner kedai tu bagi kad diskaun utk makan kat situ. Syaratnya mesti total makan lebih RM50. Kad diskaun ni aku taksimpan sbb aku jauh utk datang makan sini selalu. Mungkin sbb kami ringan mulut dan keletah kami yg hepy kot owner ni bagi kad tu.
Destinasi seterusnya gi pusing2 naik kete, lepak tepi jalan than balik KL naik bas. Salam salam than aku masuk bas. Bas bertolak je aku pun tido. Penat wooo. Yg tak bestnya kena tukar bas kat hentian rehat mana ntah. Tapi sambung tido balik juga... x menjadi masalah pun. Sampai Puduraya sebelum subuh lagi. Barulah aku tau yg ramai umat manusia selambanya melepak tido duduk kat tangga Menara Maybank. Ada yg tunggu bas, ada yg tunggu org ambik. Aku pulak tunggu LRT lalu kat atas kepala. Sambil tunggu tu tido jelah... bukan aku sorang... ramai yg buat macam tu. Tren 1st lalu atas kepala than aku menapak ke Masjid Jamek utk ambik tren balik ke rumah. Sekian.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Wednesday, June 24, 2009
Toon Toon Gedek Gedek - Gedegang
1st, kami gi isi minyak kete dulu. Sendiri dah makan minum, kete nak juga diberi bekalan dulu. Tak sanggup nak menolaknya weh! Ada la lalu kat depan tempat keje... aku kena marah sebab tak tgk tempat keje tu. Ada ke patut? Sebelum memulakan cuti2 malaysia... aku gi beli tiket balik KL dulu. Datang nak toon toon gedek gedek, balik ni naik bus pulak.
2nd, kami gi melawat kawasan peranginan. Nak gi sini pun kena pakai map walaupun empunya kete dah pernah pergi. Empunya kete siap kol kwn2 dia lg tanya camner nak gi. Last2 aku ambik map dia.. terus jadi pemandu arah. Tengok map dlm kete aku mampu lagi tapi kalau membaca tu minta maaplah. Kompom kang loya pening semua datang melanda. Seingat aku nak pergi tempat tu x susah mana pun. Dah jumpa jalan utama, pandu lurus je jgn belok2. Landmark ygg masih aku ingat ada masjid dekat roundabout than lepas tu ada tokong cina. Last2 sampai juga kami kat situ. Parking kat bawah pokok tepi jln. Setakat sini je kete mampu sampai. Nak teruskan lagi kena guna pengangkutan lain plak.
Disebabkan cuaca panas... setiap sorang bawa botol air masing2. Aku siap beli spek mata hitam lagi.. pdhal brown2 sikit kalernya. Org lain barain org lain byr. Surelah empunya yg kena bayar. Siapa lg kalau buka aku sendiri. Bab2 nak membargain ni aku lemah sikit. Sbb tu lebih suka beli kat kedai harga tetap. Ops, aktiviti ni berlaku selepas beli tiket. Tgk lepak2 kat ruang menunggu, “Perhatian kepada pemegang tiket pukul 11.30pg, sila berada di .... skrg.” Aku relax jelah pergi ke tempat berlepas tu maklumlah dah ada tiket... sekali x dpt tmpt duduk daaa. Rupa2nya tempat duduk siapa cepat dia dapat. Patutlah tiket berege RM4 je utk dewasa cam aku ni. Kami bersandar jelah sambil tgk2 luar. Hijau jg keadaan diluar tu. Aku memang suka hijau alam pun. Sampai kat satu tempat tu kami kena turun dan bertukar kenderaan. Sbb kami keluar dulu maka kami dapat duduk pulak kali ni. So... fair n square n berjaya la kiranya. Dah nak pergi mcm ni sure balik nanti mcm ni juga. Xpelah dah tau drp skrg ni x tau apa. Aku jelah yg x tau pun.
Sampai je kat pusat peranginan ni kami pun bergambar. Pemandangan kat sini lawa2 juga. Macam2 blh nmpk. Antara yg nampak burung helang kalau x silap. Yer ker helang? Ntah. Lepak2, ambik gmbr, makan corn cup, makan ais krim then turun balik. Nak tau camner turun? Terbalikkan je cerita naik tadi. Apa susah. Sampai kat bawah, x ambik pun gmbr kat air pancut sini... terus je beredar ke kereta. Masuk kete, singgah beli buah limau jap kat tepi jln je then meneruskan cuti cuti malaysia.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Tuesday, June 9, 2009
Ewan Ng Kawin
Tempat berkumpul di Mydin USJ… sbb hadiah belum beli.. kami beli hadiah dulu sementara menunggu kwn2 lain tiba. Hadiah yg dibeli ialah toaster. Ikut gambar kat kotak toaster tu… blhlah Wan ngan Ekin bakar roti and panggang ayam bulat nanti.
Bertolak dari sini 3 kereta ‘wira, myvi & savvy’ dilead oleh Shuk yg sememangnya bawa kete laju… alasannya meter minyak mati, tak tau berapa km/j. Sampai di Hentian Sebelah Tg Malim, tunggu lg 2 kereta ‘persona & city’. Samb perjalanan menuju Exit Behrang. Kat sini dah menunggu lg 2 kereta ‘kenari & civic’. Maka bertujuh keretalah kami menuju kerumahnya di Felda Gedangsa. Nak cari rumahnya x susah sbb dah ada signboard yg dipaparkan di tempat strategik. Tntg signboard ni pula… mula2 memang puji sbb signboardnya lawa tapi last² kena kutuk sbb ada 3 jenis ‘theme’ yg digunakan. Elok lawa drp print kaler siap ada gmbr pengantin sampailah ke tulisan guna marker pen atas manilakad. Nasib kami baik apabila x tersinggah di rumah kenduri pengantin lain. Rumah Wan dlm 500m ke depan lg. Signboard yg dipuji dikutuk nilah yg menyelamatkan kami dr termalu. Kalau x… jd mcm ada sorg tu… gi kenduri kawin kat jerantut rasanya blh tersalah rumah… dah siap ambik nasi lauk byk2 pulak tu. Jgn maraaa aaa … aku tau dia pasti baca cerita ni punya. Menu mkn ok... sedap.. ada tambahan bubur kcg hitam lagi. Air memang bergelas² la aku minum sbb panas sangat. Dlm goodie bag ada kuih yg aku suka... kuih bahulu. Kalau bentuknya bentuk ikan lagilah aku suka. Kalau bentuk ikan.. aku akan makan siripnya dulu pastu ekornya pastu kepalanya last sekali baru bdnnya. Dah! Jgn nak gelakkan aku... dah memang suka mkn mcm tu dari dulu lg. Mak Long aku kat Selama Perak pun tahu. Cubalah... pasti terasa nikmatnya. Hahahahaa.
Tiba masa utk balik tapi x balik lagi... kami gi mandi manda dulu kat Sg Bil seperti yg dirancang. Cuma ‘wira & savvy’ and another ‘wira’ je yg pergi. Yg lain2 x join. ‘civic & myvi’ pandai cari jln pulang tapi ‘persona & city’ sesat kat felda tu... ntah kete mana derang folo sampai sesat aku x tau la… knp agaknya ye? Ahahaha. Sg Bil x jauh mana pun dlm stengah jam je dr rumah Wan. Best la jg kat sini… airnya masih bersih dan belum tercemar. Cuma bengang sikit ada macik2 yg mandi kat atas kami sikit je buang tongkol jagung n tulang drumet dlm sungai. Xde sivik punya family. Dlm kul 5 ptg kami ber 3 kereta balik ke destinasi masing² dgn kelajuan dan hala tuju sendiri.
Next week Ain Meriah pulak kawin. Aku? Nanti² laaa. Dah, jgn nak soal tentang aku pulak.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Monday, May 25, 2009
Toon Toon Gedek Gedek
Aku dah perasan kelibat 7C semasa di Aras 1 lagi memandangkan kaler pakaiannnya yg jelas dan tingkah lakunya yg agak kekok dan inginkan kepastian. 2 kali aku perasan yg dia bertanya kpd 2 pegawai dimanakah tempatnya, ke manakah harus dia tuju sambil menunjukkan sekeping kertas ‘Tunggak Pengangkutan Rakyat’ bernilai RM16 manakala aku punya kertas bernilai RM34. Apa yg dia tanya tu aku agak je. Kat dlm K1, aku menyapa 7C kerana dia umpana x tahu kat mana tempat dia. Memang pun utk org yg pertama kali mcm dia akan kompius dlm pencarian begini. Tegur punya tegur x sangka pulak si 7C memang kena duduk kat sebelah aku. Bagus sangatlah tu x le aku bosan mlm ni.
Aku ngan 7C banyak menyembang berkisarkan family, kerja, zaman kanak2, lifestyle dan mcm2 lagilah. Boleh dikatakan sembang2 gelak sembang2 gelak. Xde langsung muka serius dan monyok. Nampaknya 7C merupakan seorang yg klakar dan buat klakar juga suka ketawa. Xde control punya… dah mcm kenal lama padahal baru je. Mungkin sbb kedua2nya peramah kot. Apa yg aku xleh lupa bila si 7C geli akan si comel berkaki enam. Apa yg berlaku amatlah mengejutkan dan kami gelak bagai nak pecah perut… selamba je aku gelakkan dia. Yg aku pelik tu… dia punya tindak balas mcm kena air panas padahal dia dah bersedia tuuuu. Setelah tiba masanya, 7C pergi meninggalkan aku utk pulang ke kgnya.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Sunday, January 25, 2009
Balik Kg Naik Ketapi

Reallocate From Friendster;
Posted on January 25th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd
Dkt2 nak ke tengahari barulah aku gi KL Sentral nak beli tiket ketapi ke Bt Gajah Perak. Dengar cite hari ni 24hb bermulanya tren shuttle KL – Ipoh – KL (sabtu n Ahad). Sebelum ni isnin – jumaat je ada. Kalau ada tiket aku balik kg kalau xde tiket aku akan stay kt sini je. 4 hr pun 4 harilah… pandai2lah buat apa2 yg patut. Kalau 4 hari awal bulan xper lagi ni hujung bulan. Lain maknanya awal n hujung ni.
Gi KL Sentral minta tlg Zaha hantarkan. Perjlnan KL ke Bt Gajah x lama dlm 160min je. Tiket economy class RM10 je tp aku kena beli yg superior class RM17 sbb itu je yg ada. Siap ambik pergi balik lagi. Pergi RM17 + balik RM12 = RM29. Saja nak test kalau best and senang blhlah balik bila2 je nanti. FYI, dalam sehari ada 5 kali trip pergi balik.
Kat dlm ketapi aku duk sorg2. Seat sblh aku kosong. Belaan Tok Dalik pun xde mengganggu. Dah lama x naik ketapi time siang… aku asyik tgk luar je. Sblum ni ketapi gerak mlm je mana ada siang camner nak tgk pemandangan. Lagi best kalau ada sampai butterworth. Tentu lagi byk pemandangan lawa blh aku tgk. Tambah2 kat area taiping yg ketapi lalu kat tgh2 tasik. Perghhhh!!!. Seperti biasa mesti ada org tolak troli jual mknan. Memang time aku dah lapar lak tu… bagus sangat le. Aku beli sandwich tuna RM3. Mahal ke tak aku beli je dah itu je yg ada. Sampai stesen ketapi Bt Gajah, xde teksi yg sedia menunggu. Aku dah agak dah part ni. Jadi aku pun berjln kaki ke hentian teksi. Jauh jugalah jln mcm Sogo ke Masjid India jauhnya. W/pun mlm aku tetap berpeluh. Beg hiking yg aku galas berat juga, bkn berat dgn brg camping tapi ada laptop opis kat dlmnya. Nak x nak aku kena bawa balik sbb dah turn aku standby onphone mgu ni. Sampai kat hentian teksi ada sebijik je teksi yg ada, yg lain2 semua dah calos. Teksi dr pekan ke kg aku RM6 je. X pakai meter. Kg mana ada pakai meter maaa.
Sampai rumah, mkn bubur jagung yg kebetulan mak aku ada buat… minum teh sambil sembang2 mata tgk tv then tido. Mata tgk tv telinga dgr mak aku membebel pasal knp la pelakon tu x buat mcm ni x buat mcm tu. Aku diam jelah… dah pengarah nak mcm tu kan.
Lebih kurang: KL Sentral 1750, Stesen Ketapi Bt Gajah 2040, Hentian Teksi 2100, Kg 2115
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.





