Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Wednesday, September 18, 2013
How To Go - Felda Residence Tanjung Leman
Felda Residence Tanjung Leman... sekian lama menanti akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di sini. Kesibukan kerja membuatkan trip ini ditangguh beberapa kali. Pada cuti hujung minggu 1 Malaysia 2013... bertemankan sahabat yang dikenali lebih sedekad lamanya... trip ini menjadi kenyataan... dari Bdr Sri Permaisuri... ia bermula. Tidak melalui Muadzam Shah juga tidak Kulai tapi Kluang menjadi pilihan kali ini.
000km | 1030hrs :
Bertolak dari Bdr Sri Permaisuri memandu ke arah selatan melalui Lebuhraya Sg Besi. Awal² lagi hujan menemani kami ketika melepasi Kg Malaysia Tambahan seterusnya memasuki Lebuhraya KL-Seremban. Perjalanan diteruskan lagi melalui Lebuhraya PLUS. Sepanjang perjalanan boleh dikatakan cuaca mendung dan hujan.
239km | 1258hrs :
Keluar Tol Ayer Hitam... bayar tol RM32.40 untuk kereta. Selepas tol belok ke kanan dan anda akan nampak stesen minyak Petronas di sebelah kanan. Di sini bolehlah untuk menambah bekalan bahan api samada petrol atau diesel. Teruskan saja memandu lurus sepanjang Jalan Mersing. Ambil pukul 12 untuk semua bulatan yang ditempuhi dan terus untuk semua simpang yang ada sehinggalah tiba di Jemaluang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak stesen minyak di kiri dan kanan juga masjid. Di pekan Kluang bolehlah makan di restoran asal Kluang Station iaitu di Stesen Keretapi Kluang. Seperkara yang menarik dalam perjalanan kami terdapatnya signboard² yang jarang dilihat seperti monyet, tenuk dan gajah. Tidak seperti signboard lembu yang mudah dilihat di mana².
341km | 1537hrs :
Tiba di Jemaluang. Di simpang tiga ini... belok kanan arah ke Kota Tinggi dan teruskan memandu sehingga melepasi RISDA Sungai Ambat barulah belok ke kiri. Jika terlepas maka akan terus ke Ulu Sedeli. Memilih jalan ini bererti bersedia untuk memandu perlahan sekiranya terdapat banyak lori dan treller di hadapan. Kami bernasib baik kerana kurang 5 buah lori sahaja yang perlu di potong aka overtake.
362km | 1601hrs :
Melepasi sahaja stesen minyak BHP akan nampak simpang tiga...maka beloklah ke kiri ikut signboard KFC. Macam tak percaya kan kat sini pun ada KFC. Benar² ada atau signboard semata² akan diketahui nanti.
Teruskan sahaja memandu... ikut sahaja signboard Tg Leman.
386km | 1625hrs :
Tiba di destinasi yang dituju iaitu Felda Residence Tanjung Leman setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam. 6 jam mewakili memandu Toyota Fortuner termasuk singgah di beberapa stesen minyak dan juga makan tengahari.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment form message