Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Showing posts with label cualahni. Show all posts
Showing posts with label cualahni. Show all posts

Saturday, January 4, 2020

Nangka Sedap Manis Rangup

Aku suka beli nangka kat sini. Tepi jalan berdepan Prudential Training Academy Bukit Antarabangsa. Rasanya manis dan rangup. Rangup yg dimaksudkan tidak berair tidak lembik. Nak kata keras x pula keras. Ngam ngam gitu. Susahlah nak dapat texture yg mcm ni untuk nangka yg masak. Satu lagi xde bergetah. Kalau bergetah byk tu muda la namanya.

Harganya rm3 untuk 1 pek. Dalam tu ada 5 atau 6 biji bergantung pada saiz. Selalunya aku beli 2 atau 3 pek. Sekali ngadap habis.

Friday, September 2, 2016

Genap Setahun Retrenchment

Cukup je hujung bulan ni maka genaplah setahun aku kena retrenchment. Masa dapat surat retrenchment tahun lepas apa yg terdetik di fikiran nasib aku bujang lg kalau x tentu dah gelabah. Pampasan cuma sebulan lagipun aku keje situ x sampai pun 2 thn.

Dalam tempoh setahun ni macam2 pekerjaan aku buat. Buat event outdoor, jual jual dan tolong tolong.

Cuba menukarkan minat kepada kerjaya nampaknya x berapa menjadi kerana enjoy bertukar kepada tanggungjawap. Namun jika ada permintaan aku akan buat event2 ni. Antaranya hiking, paragliding dan white water rafting.

Banyak jg jual jual yg aku pernah cuba. Perhiasan wanita juga produk kecantikan. Kini aku lebih kepada produk berasaskan makanan. Kambing golek, kambing perap, rempah rendang, rempah tandoori, rempah mee bandung, rempah soto, sambal hitam. Inginkan perniagaan makanan ini serius jadi aku daftarkan ssm atas nama Kaf Ya Delicious Trading. Tujuan aku nk jual produk makanan sedap2 shj. Moga perniagaan maju.

Jd runner walaupun penat tp happy sbb tolong orang punya pasal. Upah seikhlas hati. Kadang2 dpt lebih kadang2 dpt kurang drp nilai upah yg dianggarkan. Kebiasaan upah antara rm10-rm50 bergantung pd jarak dan kerjanya. Jadi pekerja am kepada bisness kwn2 juga dilakukan. Asalkan boleh mendatangkan duit yg halal dan berkat.

Kemanakah arah tuju aku selepas genap setahun mencuba untuk bekerja sendiri? Adakah teruskan begini atau cari kerja IT kembali? Aku sendiri tidak pasti. Genapkanlah dulu setahun.

CuaLahNi
0193682500
04092016@1229pm