Limau yg dibeli bukan untuk makan tapi untuk simpanan empunya kete. Bukan x dioffer tapi lecehlah nak makan limau g besar tu. Kang meleleh dlm kete org kang payah pulak.. kete org. Lgpun limau bukannya xde dijual di tempat lain.
3rd destination ni mudah dicari... kalau xde map lainlah citer. Tadi dah pergi tempat pelancongan.. skrg nak gi tempat riadah pulak. Mula2 tu mcm tak berapa yakin akan jalannya sbb ada lalu taman2 perumahan tapi memndangkan kebanyakan tempat mcm ni memang jauh ke dalam... maka yakinkan hati teruskan memandu. Empunya kereta le yg memandu bukan aku. Akhirnya sampai jg kami kat sini dan terus parking. Dah ada parking khas utk kami rupanya... kononnyalah. Cuaca mak ai panasnya... org lain takpela ada rambut blh tapis sinaran UV tapi aku...direct kena kulit kepala. Baju spare ngan seluar pendek memang dah siap bawa sbb dah tau akan datang tempat macam ni punya. Semua beg masuk dalam beg aku sbb beg aku paling besar. Beg gi gunung yg aku bawa datang sini... semua blh sumbat. Dengan gaya machonya aku berjalan...kejap2 lap peluh.. panas ngerongin kata mak aku. Bukan tau pun tempat mandinya kat mana.. main ikut kaki je melangkah.
Sekali masa nak seberang titi nmpak ada org mandi kat satu tempat tu.. kami pun dengan selambanya pergi le situ. Derang nmpk kami dtg derang blah... taulah aku org luar tapi aku bukan makhluk asing. Pedulikan derang, kami pergi juga kat situ. Sampai, ushar2 line clear.. kami salin pakaian kat situ je... selamba... dah salin terus turun mandi. Nak terjun x blh sbb tak cukup dalam. Kalau cukup dalam pun aku takkan buat. Bahaya...‘ingatlah org yg disayang’. Paling dalam air dia paras dada itik.. paling cetek pun dada itik juga. Air dia bersih dan sejuk tapi aku x berani nak try minum mcm sg2 kat hutan banat gunung ganang tu. Segar terus kami dapat mandi kat sini... xde org lain.. kami je. Ada kejap je ada sorang editor cina dtg tumpang mandi. Tumpang tu.. hahaha. Ada ke joging time panas2.. carilah tempat redup sikit kot ye pun nak joging. Dah puas mandi kami pun balik. Salin pakaian kat toilet sbb kat toilet blh shishi sekali. Sebelum balik sempatlah kami menyinggah beli buah potong.. antaranya buah honeydew kesukaan aku, tomato cherry jg aku suka dan juga mempelam. Yg sleknya mempelam kurang muda. Means kurang masam. Settlekan semua buah2 ni kat kete pastu baru calos.
Dari sini kami menghala ke destinasi ke 4 pulak.. jalannya bengkang bengkok. Sampai kat satu selekoh tu driver memberhentikan keretanya. Park kat sini je kat depan kang tak tentu ada parking ke tak lg. Menyeberang jln than lepak makan laksa kat tepi tebing. Tak tapau pun laksa ni... ada gerai kat tepi tu. Tapi malang laksa ni bukan taste aku. Tak sesedap laksa kat bukit mertajam dan tak sesedap laksa kat jusco midvalley. Cair je kuah laksanya.. minta limau kasturi pun xde. Hampeh. Empunya kete kata, “laksa kat tempat macam ni memanglah mcm tu. Nak sedap kena gi tempat lain la.” Dah kena sound.. telan jelah sambil minum2, sembang2, sms2, call2 dan baca paper je. Otak dah pikir nak repeat makan laksa balik KL nanti.. nak makan kat jusco midvalley. Dah makan minum ternampak pulak tandas awam, ada pulak ‘adik’ sorang ni nak menyiram katanya. Jadi kami pun bangunlah.. yg menuju ke tandas ada, yg menuju ke batu2 besar pun ada. Sambung lagi menyembang, gelak2 sebab masing2 dah start mengarot sampaikan blh berebut nak naik buai yg ada kat pokok berdekatan. Buai ala kadar setakat lepaskan gian, than cau ke detinasi seterusnya iaitu kalau kat area rumah aku... KL Downtown. Lagipun matahari dah mula kuyu, bulan menunggu alarm berbunyi utk muncul.
Dalam hujan renyai2 keletung keletang titisan air membasahi bumbung kereta, kami pun tiba ke destinasi ke 5. Disebabkan hujan, banyak kedai tak buka lagi. Yg menariknya, aku jumpa katak kayu yg berharga 1 dollar kat kemboja dijual dgn harga RM25 kat sini. Saje pgg than cau sbb melaupau harganya. Tgh melangkah tu... penjual tu menurunkan harga ke RM20.. RM15.. RM10.. xpelah... lagipun banyak saiz katak kayu kat situ. Ntah yg mana dia nak bagi pun x tau. Benda yg menarik kat sini ialah 2 benda yg menjadi 1 tapi malang ia berbentuk arca patung... sebab namanya patung aku tak beli. Last2 ada yg beli cd lagu je. Setakat cd lagu kat area rumah aku pun melambak. Yg membuatkan aku tak heran sangat ngan tempat ni sbb ia lebih kurang KL Downtown and Danau Kota.
Destinasi ke 6 ialah ‘Nurul Ikan Bakar’ tempat kami menjamu selera. Datang ke sini aku drive sbb driver ngengade nak merasa aku jd drebar dia. Kalau aku pun aku akan buat benda yg sama juga. Inilah kali pertama dan terakhir aku makan kat sini utk malam ni. Lain kali boleh datang lagi. Menu mlm ni nasi, kerang rebus, siakap merah 3 rasa, sup campur, kailan ikan masin, air buah dan air suam. Makan duduk bersila sambil tgk AF. Inilah 1st time aku tgk AF berapa ntah. AF aku x minat, kalau mentor tu minatlah. Kaki aku pulak terasa sesuatu yg dah lama aku tak rasa iaitu kucing tidur kat kaki. Zaman sekolah menengah dulu ada kucing yg mak aku bela. Manja kucing ni. Namanya ‘Mang’ sebab bulunya meremang. Kucing ni suka tidur kat kaki aku dan paling xleh lupa Mang ni suka... (nantilah aku create post baru). Makan drp bersila sampailah bersimpuh, berlunjur, bersandar Cuma x duduk katak je barulah kami pergi bayar kat kaunter. Baiknya nasib sebab owner kedai tu bagi kad diskaun utk makan kat situ. Syaratnya mesti total makan lebih RM50. Kad diskaun ni aku taksimpan sbb aku jauh utk datang makan sini selalu. Mungkin sbb kami ringan mulut dan keletah kami yg hepy kot owner ni bagi kad tu.
Destinasi seterusnya gi pusing2 naik kete, lepak tepi jalan than balik KL naik bas. Salam salam than aku masuk bas. Bas bertolak je aku pun tido. Penat wooo. Yg tak bestnya kena tukar bas kat hentian rehat mana ntah. Tapi sambung tido balik juga... x menjadi masalah pun. Sampai Puduraya sebelum subuh lagi. Barulah aku tau yg ramai umat manusia selambanya melepak tido duduk kat tangga Menara Maybank. Ada yg tunggu bas, ada yg tunggu org ambik. Aku pulak tunggu LRT lalu kat atas kepala. Sambil tunggu tu tido jelah... bukan aku sorang... ramai yg buat macam tu. Tren 1st lalu atas kepala than aku menapak ke Masjid Jamek utk ambik tren balik ke rumah. Sekian.
ingat lah org yg tersayang..?eemm..sapa tu hahahahaa
ReplyDelete