Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, February 15, 2010

Pulang CNY 2010

Kelakar, aku sedang menunggu ketapi bergerak dari KL Sentral ke Bt Gajah. Sebelah aku seorang aweks ala-ala muslimah yang terus duduk tanpa say hi ataupun memberi salam. Baru balik dari kenduri kawin gamaknya dia ni memandangkan bunga telur yang dipegangnya. Didepanku seorang lelaki 100kg sedang tido sebaik sahaja duduk ditempatnya. Disebelahnya 3 aweks student tgh buat party kfc dan salah seorang drpnya pertama kali naik ketapi. Dibelakangku pula mat salleh yang asyik speaking london manakala aku sedang taip n3 guna message. Tepat jam 6.02 minit petang seperti tercetak ditiket, ketapi ni bergerak ke belakang iaitu mengundur.

Tika dan saat ini selepas 1jam 30minit perjalanan, si lelaki 100kg dan aweks student disebelahnya membuka laptop. Lagu-lagu rock kapak diperdendangkan oleh si 100kg. Antaranya Bulan Madu Di Awan Biru - Search, Taman Rashidah Utama - Wings. Sekarang barulah si lelaki 100kg dengan aweks student disebelahnya berkomunikasi. Apa yang dibincangkan tidaklah diketahui kerana bunyi bising keretapi menjadi lagu tema sepanjang perjalanan. Aku terpandang hp aweks ala-ala muslimah disebelahku, tertera nama 'Syah Ku Sayang'.. dengan serta merta hati kecil ini ketawa kecil seketika. Bukan aku sengaja tapi ianya datang dengan sendiri. Tak ku sangka gadis sepertinya jiwang begitu rupa.

Jam bagaikan terhenti, aku rasakan begitu lama nak tunggu pukul 8.45 malam. Cepatlah sampai kampung.. aku dah bosan ni.

3 comments:

  1. hahahaha... awek tu tngh asyik bercinta... pesal tu jiwang dgn bf nyer...

    ReplyDelete
  2. Dan skrg... ko otw balk kl... dah der dah pemandangan sebegitu sbb ko balik naik HONDA ngan seseorang.. Ngueheehe

    ReplyDelete
  3. HONDA abg sendiri pun x merasa naik lg.

    ReplyDelete

comment form message