Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, May 25, 2009

Toon Toon Gedek Gedek

Dari SKL aku menuju ke BTW dgn menaiki toon2 gedek2. Perjalanan bukannnya sekejap tapi memakan masa selama 7jam 40minit amatlah memenatkan. Dibekalkan dgn tempat K1 7D dan secara kebetulan ditemani oleh 7C membuatkan aku dpt membahagikan 7jam 40minit aku kepada 2 sesi iaitu sesi mlm ngan sesi pagi, bukan sesi pagi ngan ptg mcm kat sesetgh sekolah. Sesi malam utk aku bersembang2 dgn 7C sambil menonton Mr Bean yg ditayangkan di screen 32inci manakala sesi pagi pulak masa utk aku tido seorang diri. Secara kebetulan aku ditemani oleh 7C yg buat pertama kalinya pulang ke kg halaman setelah baru bekerja di KL beberapa minggu. Dia bekerja x jauh dari Maju Junction, KL.

Aku dah perasan kelibat 7C semasa di Aras 1 lagi memandangkan kaler pakaiannnya yg jelas dan tingkah lakunya yg agak kekok dan inginkan kepastian. 2 kali aku perasan yg dia bertanya kpd 2 pegawai dimanakah tempatnya, ke manakah harus dia tuju sambil menunjukkan sekeping kertas ‘Tunggak Pengangkutan Rakyat’ bernilai RM16 manakala aku punya kertas bernilai RM34. Apa yg dia tanya tu aku agak je. Kat dlm K1, aku menyapa 7C kerana dia umpana x tahu kat mana tempat dia. Memang pun utk org yg pertama kali mcm dia akan kompius dlm pencarian begini. Tegur punya tegur x sangka pulak si 7C memang kena duduk kat sebelah aku. Bagus sangatlah tu x le aku bosan mlm ni.

Aku ngan 7C banyak menyembang berkisarkan family, kerja, zaman kanak2, lifestyle dan mcm2 lagilah. Boleh dikatakan sembang2 gelak sembang2 gelak. Xde langsung muka serius dan monyok. Nampaknya 7C merupakan seorang yg klakar dan buat klakar juga suka ketawa. Xde control punya… dah mcm kenal lama padahal baru je. Mungkin sbb kedua2nya peramah kot. Apa yg aku xleh lupa bila si 7C geli akan si comel berkaki enam. Apa yg berlaku amatlah mengejutkan dan kami gelak bagai nak pecah perut… selamba je aku gelakkan dia. Yg aku pelik tu… dia punya tindak balas mcm kena air panas padahal dia dah bersedia tuuuu. Setelah tiba masanya, 7C pergi meninggalkan aku utk pulang ke kgnya.

Aku pun terus jelah kuarkan sweater utk menyedapkan aku melelapkan mata. Aku cuma ada 4jam shj utk tido dan aku harus tido selena-lenanya memandangkan 16 jam berikutnya pasti penuh dgn aktiviti yg belum dikenalpasti lagi kecuali breakfast. Jam 0610 aku tiba di destinasi yg dituju iaitu BTW. Letak beg, keluarkan apa yg patut dr dlm beg than bg RM2 pada seorang achi ni bagi membolehkan menyegarkan diri. Badan dah segar dah wangi barulah aku sambung 16jam berikutnya dimulakan dgn berjalan kaki menuju ke 1 tempat yg sudah 15thn aku tidak menjejakkan kaki. Tersenyum aku sendirian apabila tiket sudah tidak digunakan lagi tetapi hanya perlu melalui palang berbayar je. Kalau dahulunya aku kena bayar enam kupang tetapi kini aku kena bayar singgit 2 kupang utk perjlnan pergi/balik. Tapi aku dah plan dah akan balik dari tempat lain. Setelah melepasi palang berbayar, aku tenang shj menunggu gate kawasan menunggu dibuka sambil mengenang kembali 15 tahun dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, gate dibuka maka aku pun melangkah dengan penuh santai menuju ke kenderaan singgit2kupang tu iaitu satu satunya kenderaan sepertinya ada di Malaysia. Setiba di dlmsinggit2kupang, aku memilih utk duduk kat tempat yg membolehkan aku tgk permandangan sekitar iaitu di depan sebelah kiri di tepi dinding berlubang tiada bertingkap kerana sebelah kanan panas, cahaya matahari dari arah kanan. Perjalanan yg tak sampai pun ½ jam tu dpt juga aku tgk deretan kontena yg disusun rapi menggunakan konsep LIFO, bangunan tertinggi di negeri ini, deretan flat2 yg mana salah satunya flat kawan aku tinggal dan bukit menghijau yg mungkin aku akan pergi nanti.

Kedegang! Bunyi besi bertemu besi tanda kenderaan singgit2kupang aku aku naiki telahpun tiba didestinasinya. Aku mulakan mulamelangkah dengan begitu lemah gemalai sengaja dilakukan begitu kerana hari masih terlalu muda. Aku singgah sebentar si sebuah stoe lalu mencapai Harian Metro. Membayar dan terus melangkah maju kehadapan tanpa hala tuju. Akhirnya aku jumpa juga satu tempat yg paling sesuai utk aku lepak sebentar iaitu di perhentian bas. Kat sini aku membaca harian Metro yg dibeli tadi sementara menunggu kelibat kawan aku yg akan dtg menjemput dgn kereta lembu hitamnya. Topik yg aku sempat baca semasa menunggu ni ialah ‘politik perak’ dan ‘H1N1’.
Setoleh je aku ke arah kanan, aku nampak kereta lembu hitam dipandu dgn lajunya membelok ke kiri dgn confidentnya. X sangka pulak aku dia bawa kete mcm ni. Nmpak sangat dia awal utk ambik aku. Seluk je saku ambik sbb naluri dah berkata yg dia akan call sekejap lagi. Keluar je hp, ‘ahak hak ahak hak’… ringtoneku berbunyi tanda ada panggila perlu ku jawap. Aku jawap ‘OK.. aku dtg skrg’. Simpan balik hp dan melangkah menuju ke belakang.. 16jam penuh misteri pun bermula…

2 comments:

  1. Lama sunggu ye perjalanan kamu.kalaulah saya berjalan selama itu mau demam dibuatnya seminggu..namun rasanya berbaloi tak..?dlm ketapi ada 7C..ilang la boring ye tak..?kamu tak bertukar2 no telefon ke..?seronok tak bila kenderaan singgit dua kupang tu dah langgar ke belah sana..??ceritalah lagi pengembaraan kamu seterusnya...

    ReplyDelete
  2. ooo.. lembu hitam ye... dah jual pon lembunya tu... dah 5 tahun berlalu n ada 2 anak baru ku baca... -acot

    ReplyDelete

comment form message