Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Sunday, April 12, 2009

Nasi Goreng Ayam, Kayu Nasi Kandar vs Q’Bistro

Reallocate From Friendster;
Posted on April 12th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd

Hari ni hari ahad, sekali lagi aku blunch atas sebab yang sama.. bangun lewat dlm pkul 1lbh… Letih sangat dlm minggu ni tetiap mlm terima call drp branch. Dr pukul 10++mlm sampailah pukul 12++pg. Semua prob masa nak buat closing. Kebetulan pulak hari hujan… memang syoklah tido. Dah settle apa yg patut selepas bangun tido tu, aku pun cekoh payung.. kuar rumah turun ke GF. Dlm konteks cerita ni.. GF means Ground Floor bukan girl friend. Kat GF aku tercegat sebentar, payung aku boleh terbang kalau aku melangkah juga. Bukan setakat hujan lebat.. malah angin pun bertiup kencang bukannya sepoi2 bahasa lg dah. Dah agak reda setakat hujan xde angin barulah aku melangkah keluar. Time nilah aku terpk kat mana aku nak gi makan samada kat Kayu or Spa’Q. Aku ngan kwn2 panggil Q’Bistro ni Spa’Q. Sambil meredah hujan dgn payung besar wpun besar kaki basah juga.. aku dapat idea untuk mencuba nasi goreng ayam kat Spa’Q ni. Nasi ayam dia kompem x sedap.. simple yaamat. Duduk je kat meja khas utk org macam aku ni…[couple table wpun sorang] aku pun terus order. X payah panggil… mapley tu datang sendiri.

Nescafe Ais 1, nasi goreng ayam 1, kasi cili sos arr. Ayam ke, nasi goreng ke, ikan ke, bihun ke tetap sedap dimakan dgn cili sos. Roti gardenia pun aku boleh tibai berjemkan cili sos. Menu sampai je aku pun tuang cili sos then makan. Sambil mengunyah tu aku dapat rasakan yg mana lagi sedap antara 2 kedai mapley ni. Saiz pinggan Kayu, nasi byk Kayu, sedap Kayu, bhn2 Kayu, harga sama RM6.50. Nescafe ais RM2.00. Sekali sekala blhlah mkn kat mapley mcm ni. Kalau tetiap hari kena rajin ke atm le kuarkan duit. Kesimpulannya kat sini, kalau nk mkn nasi goreng ayam baiklah makan kat Kayu Nasi Kandar sebab lebih bayak dan lebih sedap drp Q’Bistro… harga sama beb.

No comments:

Post a Comment

comment form message