Seperti dimaklumkan bas akan bertolak pada pukul 9 malam ini 25hb Okt di Hentian Putra. Kerana pukul 9 mlmlah aku terpaksa tergesa² berkejar² untuk tiba disana sebelum masuk waktunya. Di Bdr Sri Permaisuri aku dinner terlebih dahulu dlm pukul 7 lebih kemudian pulang ke rumah dan terus bersiap2. Dalam pukul 8 lebih aku berjalan kaki dari Cendana menuju ke LRT Salak Selatan. Berpeluh jugalah berjalan sebab dah macam lumba jalan kaki. Sampai kat LRT terus TnG dan masuk dalam tren yg kebetulan sama² tiba. Nasib baik guna TnG kalau baru nak beli tiket jawapnya kena tunggu tren seterusnyalah. Sampai di LRT PWTC aku lumba jalan kaki lagi sebab jam dah pun pukul 8 setengah lebih. Lagi 10 minit nak pukul 9mlm aku tiba di Hentian Putra dan terus mencari partner yg sudah pun sampai. Yang menggeramkan aku bila partner aku cakap tiket yg dibelikan tercetak bas bertolak pukul 9.30 mlm bukannya 9 mlm seperti yang diberitahu. Kalau aku tahu taklah aku berkejaran sampai berpeluh². Berapa kali aku lap peluh da! Kalau tisu 3posen tu sure dah habis sepeket.
26hb 5pg aku tiba di station bas KB, sampai je terus dpt panggilan dari KN. Ingatkan dia yg datang ambik rupanya dia pun kena dtg juga tapi naik dari Shah Alam. Yang kelakarnya KN diarah datang selepas network siap. Pelik pelik. Seperti sebelum ini, Avanza hijau datang mengambil kami lalu dibawa ke Apartment Maharani. Tido sampai pukul 9 than baru siap2 pergi kerja. Itu pun sempat singgah breakfast kat kedai pokok getah dulu. Menu aku nasi lemak 2 bungkus ngan Nescafe o suam secawan. Cukup time Avanza hijau datang dan bawa kami ke KBF. Kat sini buat kerja seperti biasa just tengok² dan install beberapa pc dengan POS Application. Sesekali pergi ke KBG tunjuk muka. On da way ke KBG tu singgah minum kejap sekadar melepaskan dahaga di tekak. Tengahari lunch kat kedai ayam bakar. Kedai ni hanya ada menu ayam bakar, daging bakar atau campur ayam/daging bakar. Itu je menu dia tapi sedap.
Malamnya kami pergi makan sup belut kat Kampung Paya Lada. Kawan aku Nik yg bawakan. Kali ni belutnya dipotong agak panjang lebih kurang 1 inci. Geli juga nak makan terutama bahagian yang dekat² dengan ekor. Bayangkan jelah kulitnya tidak dibuang… eee. Aku bagi kat partner dan dia makan dengan selambanya. Tekak ular sawa gamaknya. Balik dari Kg Paya Lada ni kami dibawa oleh Faki gi karaoke. Sekali sampai tempatnya agak menarik walaupun open mcm kat kg aku. Cuma malang lagu2 yg dinyanyikan adalah lagu2 sebelum zaman Boery Marantika. Tak boleh belah beb kata kawan aku. Kami mampu bertahan sampai pukul 1pg je lepas tu balik tido. KN ngan partner dah masuk tido tapi aku xleh nak tido jadi gosok baju dulu than main ‘Sudoku – the power of suck’. Ntah pukul berapa baru aku tido pun tak ingat.

Keesokan paginya aku makan nasi lemak lagi untuk breakfast. Gi kerja dan buat kerja macam biasa je. Petangnya on da way balik tu singgah makan pau dulu than baru balik makan nasi dagang kat kedai pokok getah juga. Cuma RM2 dah mengenyangkan. Hari ini KN balik Shah Alam. Oleh kerana Fakir nak tgk bola Kelantan lawan Perlis… maka kami ber3 aku, partner ngan sorg lagi gi makan kat Nasi Kerabu Golok. Menu popular nasi kerabu tapi aku makan bihun tomyam je sebab petangnya kan dah makan nasi dagang… masih kenyang lagi. Balik tetap tak boleh tido juga jadi aku pergi rumah sebelah dan tgk tv sampai habis siaran.
Hari terakhir pergi kerja macam biasa … tengahari lunch kat kedai sebelah KBF je sebab hujan. Petang dinner kat kedai pokok getah makan nasi dagang. Malamnya balik KL naik Sani Ekspress.
No comments:
Post a Comment
comment form message