Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Sunday, January 22, 2017

Aku Volunteer Crew Event

Mula mula sekali aku jadi crew untuk Warrior Trail Run. Cuaca sangat panas menyebabkan aku sangat letih. Sempat balik ke bilik rehat sebentar selepas selesai tugasan di obstacle tyre swing. Selepas rehat baru aku tlg kawan2 crew di obstacle lain pulak. Port mereka lagi panas... xde teduh langsung. Direct sunlight. Selepas event ni aku xde jd crew mana mana dah melainkan jadi peserta seperti biasa sehinggalah aku diajak oleh seorang kawan untuk jadi volunteer/crew event Duathlon. Run-ride-run. Lari 5km kayuh 10km lari 5km. Ada single ada bekumpulan. Selepas diajak aku pergi saja ke lokasi ditetapkan. Rupanya selepas sampai ada juga geng gunung lain yg aku kenal. Yg kenal aku tapi aku x kenal pun ada. Kat sini juga aku dapat tambah lagi beberapa kawan baru yg mana sekarang bersama sama jd volunteer/crew event.

Bertitik tolak dari Duathlon, satu persatu event aku jadi volunteer/crew. Daripada event fun run, marathon, obstacle challenge sampailah cycling. Setiap company event ada polisi dan cara mereka sendiri. Sebagai volunteer/crew kami hanya memberikan yg terbaik. Setelah jadi volunteer/crew agak kerap dengan organizer lain lain dan jenis event yg berbeza... bukan mudah untuk menyempurnakan sesuatu event. Aku masih belajar masih mengkaji masih berbincang dgn kawan2 berkaitan bagaimana cara terbaik menguruskan event. Bukannya apa mana tahukan suatu hari nanti ada peluang menguruskan event setelah berpengalaman menjadi volunteer/crew shj. Skrg pun arahan diterima ringkas sahaja kerana organizer sudah tahu kami sedia tahu apa perlu dilakukan. Ada juga ketikanya kami lebih berpengalaman dari organizer. Ketika itu buah fikiran diberikan dan biasanya diterima. Event jadi lancar dan kedua pihak senang hati.

Volunteer/crew ni kerjanya x menentu. Kebiasaannya kami ditugaskan untuk menjaga registration, baggage, simpang, water station, finishing line, obstacles, medal dsb. Tidak terkecuali juga race pack collection. Ada masanya kerjanya tidak memenatkan ada masanya sagat penat. Semuanya bergantung pada keadaan.

Apa apa pun sekurang kurangnya masa terluang tidak bazir begitu sahaja.

CuaLahNi
30012017@12.35pm

No comments:

Post a Comment

comment form message