Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Sunday, December 25, 2016

Setahun Tawa Dalam Tangisan

Kawan2 x kira kenalan alam nyata atau alam maya kebanyakannya berkata nampak aku hepy je dgn life freelance. Ada yg ingat aku sudah punyai bisness sendiri yg stabil dan menguntungkan. Aku hanya mampu mengungkap senyuman sambil hati berkata camnerlah aku nak explain ni. Bisnes yg diceburi hanya indah di atas kertas tapi tidak di alam nyata.

Kekadang aku termenung mengenang rezeki diri ini. Income yg dpt hari2 sekadar cukup untuk duit makan dan minyak moto. Itupun bukan hari2 dapat. Saving selama inilah aku gunakan untuk membayar segala installment yg ada. Aku tau saving yg ada takkan cukup utk setahun tapi teruskan juga perjuangan. Perjuangan untuk cuba bekerja sendiri. Nasib baik byk event hjg mgu memerlukan aku sebagai crew. Dptlah juga menampung sara hidup. Terima kasih pada yang mengajak.

Redha dgn ketentuan ilahi... percaya pada diri sendiri... membuatkan aku kelihatan tabah meneruskan hidup. Padahal berkali jg hati ini bagai direnyuk, mata pula bagai kena asap . Pedihnya tanggung sendiri kerana sendiri yg nak mencuba nak merasa hidup begini. Dlm keadaan ssh beginilah aku lebih mudah nampak kesusahan org lain, menolong orang lain dan respect. Sesusah aku ada lg yg lebih susah. Sampaikan tak tercapai akalku macamana drg blh tabah meneruskan hidup.

Dlm susah susah pun ada jg aku daki gunung. Salah satu tempat menghiburkan hati. Masa aku pergi Gunung Yong Belar... jiwaku kosong. Keseronokan tiada. Langkah demi langkah sekadar melangkah. Tiada nikmat tiada perasaan. Otak aku asyik memikirkan how to survive. Bila ditanya aku ok tak maka aku jwp ok. Aku sendiri tak pasti ditanya ok tak kerana soalan biasa seorg hiker kepada seorg hiker atau wajah aku mencerminkan kelainan. Apa pun thanks ajak aku g gunung tu lg sekali. Kuranglah juga kusut kepala otak ni. Dapatlah juga ketawa seketika.

Gembira ditonjolkan kesedihan disorokkan. Dgn kawan kawan blhlah sorok tapi dgn yg melahirkan manakan mungkin. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Sedih! Sedih dgn umur sebegini masih ditanya ada duit x? Jawapan yg sama aku berikan semenjak zaman belajar lg iaitu ada. Tapi sampai bila aku mampu jawap begitu? Bila difikirkan mmg begenang kelopak mata. Bantuan yg dihulurkan tidakku sambut kerana tidak sanggup menyusahkan. Malu pada diri sendiri.

Dibelakang tabir semua tempat persembunyian wang aku teroka. Acc bank, asb, sampul duit raya, duit selit, tabung buloh tabung haji semua aku listkan rmnya dan bila bakal dikeluarkan. Dikira kira ditolak tolak dgn komitmen bulanan mmg x cukup. Dipenghujung setahun kewangan aku semakin teruk. Akhirnya nantuan diberi diterima dgn berat hati. Sedih pilu malu kerana terpaksa menyusahkan. Memang aku tak meminta tapi seorang ibu tahu akan hati anaknya... riak muka anaknya... gerak geri anaknya. Umurnya kini dah mengjangkau 71 tahun. Setiap pergerakannya perbuatannya percakapannya tingkahlakunya kesihatannya aku perhatikan. Cukuplah sekali terlepas kerana exam semester akhir.

Kepada sesiapa sahaja yg membantu samada sikit atau banyak, fizikal atau mental, makan atau minum atau apa apa sahaja... aku ucapkan jutaan terima kasih. Jasa kalian takkan aku lupa.

CuaLahNi
25122016@7.51pm

1 comment:

  1. "Selamat siang Bos ��
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete

comment form message