Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, December 1, 2016

Setelah Genap Setahun

Setelah genap setahun mencuba pelbagai kerja tiba masanya untuk aku ke jobstreet pula. Ya! jobstreet tempat aku klik apply.

Tangga gaji diturunkan sekadarnya berdasarkan industry juga keadaan ekonomi semasa. Tidak terlalu melampau juga tidak terlalu kurang. Cukuplah sekadar boleh menyara kehidupan harian dan membayar installment yang ada.

Asalkan kerja itu di semenanjung malaysia aku apply. Johor, melaka, n9, kl, selangor, perak dan penang aku tak kesah asalkan kerjanya aku minat. Bidang IT banyak cabangnya. Aku menumpukan pencarian kepada kerja yg perlukan pengalaman point of sales atau hotel system. Programming aku x apply, system security aku x apply, networking specialist aku x apply, infra aku x apply malah server administrator juga aku x apply. Aku apply kerja yg aku suka, aku x apply kerja yg aku x suka. Jika dahulunya gaji menjadi keutamaan tapi kini job scope nombor 1.

Dalam banyak2 interview tentu ada yg menarik minat kita untuk bekerja di sana. Ada minggunya sampai tiap2 hari ada interview. Br balik dr Perak dpt call ada interview kat Perak lagi. Balik lagi kg interview punya pasal. Kos ulang alik usah di kira la memang banyak. Nak cuba dapatkan kerja di kg punya pasal. Rm melayang pun melayanglah. Cubalah macammana pun kalau dah rezeki bukan di Perak tetap tak dpt juga.

Percubaan aku untuk berpindah dari KL nampaknya tidak berjaya. Namun aku puas hati kerana sudah tahu kat mana nak settle down. Satu soalan yg pernah diajukan oleh beberapa org kawan sebelum sebelum ni.

1 comment:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete

comment form message