Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, October 13, 2016

Setahun Sudah Berlalu

Setahun sudah berlalu selepas aku diretrenchmentkan. Aku hidup bagai seorang siswazah yang ada hutang tapi tiada pekerjaan. Mengeruhkan lagi keadaan aku baru sahaja mengumpul semula selepas kerugian dalam suatu perancangan. Tidak cuba tidak tahu, sudah cuba baru tahu.

Berbekalkan sedikit wang tanpa perancangan awal bukanlah suatu yang mudah untuk memulakan hidup baru. Merancang pun tidak menjamin berjaya inikan pula tanpa perancangan. Tersedik di hatiku, mungkin doaku untuk bekerja sendiri dimakbulkan. Sebab itu tidak sedikitpun sakit hati apabila diberhentikan. Maka bermulalah kisah hidup seorang freelancer. Bebas. Tiada punch card tiada thumb print. Nampak macam best je kan. 24jam dalam genggaman sendiri.

Tiga bulan pertama aku ke sana aku ke mari jumpa orang itu jumpa orang ini demi mencari idea merancang ekonomi. Ke Melaka ke Perak aku balik hari. Tidur di RnR tidak asing lagi asalkan idea dapat dicari. Tika ini aku masih serba salah lagi. Hendak ku teruskan dengan kerja IT atau kerja sendiri. Maka jobstreet tempat aku mencari.  Tanpa menaikkan mahupun menurunkan tangga gaji, aku klik klik apply apply sesuka hati. 3 panggilan interview aku pergi. KL, Lumut dan Simpang Renggam aku gagahi. Namun semuanya hampa ilmu praktikal tiada dalam diri.

Begitu cepat masa berlalu pergi. Bulan bulan seterusnya harus ditempuhi. Grabcar salah satu pendapatan sampinganku. Kiraan awal memang nampak boleh survive tapi makin lama rules bonusnya yg berubah ubah menyukarkan perancangan. Ditambah pula nasihat sahabat agar berhenti. Namun begitu tidak dinafikan dengan menjadi pemandu GrabCar anda boleh menambah pendapatan. Rm50 sehari sudah pasti walaupun kerja diluar waktu puncak. Disamping Grabcar aku juga menjalankan kerja runner/mat dispatch/delivery/personal shopper. Bayaran seikhlas hati memadai bagiku. Ada insan yg membayar kurang, ada juga insan yang membayar lebih daripada nilai bayaran yang dianggarkan dalam hati. Jadi pada aku it's fair. Tidak hanya bergantung pada direct customer, aku juga mendaftarkan diri dengan apps runner yang berpangkalan di Cyberjaya. Segala kerja yang dilakukan di atas tidaklah membuahkan pendapatan yang mencukupi apatah lagi lumayan. Jangan pandang sebelah mata, ada runner yg berjaya menampung perbelanjaan anak isteri juga.

Berikutan itu aku cuba pula mengubah hobi menjadi kerjaya. Sudah lama aku mengelak daripada melakukannya tapi kini aku terpaksa. Atas desakan kawan kawan aku relakan jua. Apa lagi kalau bukan bidang outdoor. Aku tubuhkan T2N - Trip 2 Nature sebagai pemangkin perniagaanku. Zaman student dulu aku pernah ada group bernama EAT - Explore Adventure Team. Sampai sekarang kami masih bersama sebagai sahabat selamanya. Tutup cerita pasal EAT kita buka cerita pasal T2N. IG, fb page, email semua dah siap cuma tak register ssm sahaja. Aku tahu agak sukar untuk aku berjuang sendirian dalam bidang ini namun aku cuba juga. Nak harapkan kawan rapat, mereka ada kerja tetap yg menghadkan komitment. Tolong tu mereka tetap tolong. Tak minta tolong pun derang siap offer diri. Di T2N aku buat program hiking, paragliding dan juga water rafting. Harga yang aku jual mengikut pasaran semasa. Keuntungan bukanlah faktor utama. Inilah masalahnya apabila keseronokan lebih penting drp keuntungan. Kira sajalah aku dtg dr Perak ke Bukit Jugra semata mata untuk event paragliding. Tidakkah keseronokan menandingi keuntungan namanya tu. Sehingga hari ini, T2N berehat dahulu drp menjalankan aktiviti. InsyaAllah T2N akan kembali aktif apabila kewanganku kembali pulih.

Melihat akan segalanya serba tak menjadi aku cuba pula untuk bekerja di kampung. Rupanya di kampung lagilah tak tahu nak buat apa. Lagi malas jadinya. Ada sepupu mengajakku buat sales untuk produknya. Aku mencuba tapi ternyata aku tiada langsung idea untuk mempromosikannya. Ianya merupakan produk pembelajaran sambil bermain. Tidak lama selepas itu aku ikut pula seorang ini diperkenalkan oleh seorang kawan. Katanya dia akan membantuku untuk belajar bisness kambing golek di mana dalam tempoh 2 tahun aku akan berjaya sepertinya. Setelah menjadi crew part timenya selama 2-3 bulan, aku mengambil keputusan untuk berhenti. 2-3 bulan sudah cukup untuk aku menduga tempoh 2 tahun untuk berjaya sepertinya dan kejayaan kejayaan lain takkan menjadi kenyataan. Kali ini tak cuba tak tahu tidak boleh dipraktikkan. Aku tidak rela kerugian 2 tahun begitu sahaja. Kelebihan dalam aspek pemerhatian digunakan kali ini.

Aku tidak berhenti begitu sahaja. Aku daftarkan pula syarikat di ssm dengan nama Kaf Ya Delicious Trading. Jika sendiri xde produk kita jual produk orang. Di KYD aku memasarkan, mempromosikan produk aku sendiri, produk kawan kawan juga produk luar. IG, fb page, website semua sudah ada namun logo syarikat sampai skrg tiada lagi. Akaun bank pula akan ada apabila diperlukan nanti. Aku menaruh harapan tinggi terhadap KYD untuk terus maju dan berjaya menyumbangkan pendapatan lumayan kepada yang terlibat menjayakannya.

Kini sedar tidak sedar satu tahun sudah berlalu. Banyak experiment telah dilakukan. Banyak rancangan telah direncanakan. Sahabat, kenalan dikenal pasti. Pengambil kesempatan telah dikenali.

Bukan mudah hidup sendiri. Apatah lagi untuk berbini. Diri sendiri pun x lepas lagi. Bukan tak percaya takdir ilahi.

Ada lagi yg aku nak buat. Sudah lama tersemat dihati. Nak ambik resepi ibu sendiri. Walaupun masak aku tak reti. Tak mahu menyesal sampai ke mati.

Nampak bahagia setiap hari. Ke sana ke mari sesuka hati. Bukit gunung aku daki. Penyesalan aku tak mahu lagi.

CuaLahNi
13102016@4.33pm


No comments:

Post a Comment

comment form message