Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, September 8, 2016

Semacam Nikmat Tidurnya

Tdo yg best adalah tdo sekejap tapi rasa lama dan puas. Tdo mcm ni biasanya secara kebetulan je dapat. Tak tahulah pula kalau ada teknik dia.

Sekarang ni nikmat dapat tdo dlm hammock. Dibuai mimpi indah dan bila bangun rasa puas. Rasanya macam tak pernah sakit badan tdo dlm hammock ni. Dah macam ketagih pula. Nmpk je 2 btg pokok yg sesuai jaraknya, redup pulak tu, angin pula kuat memang redup je mata. Dan dan kelopak mata jadi berat.

Bercerita pasal hammock. Ada sorg awek ni tdo dlm hammock aku kat Sg Pertak. Saje kaco dia buai buaikan sekali dia boleh terus tdo. Tdo lena pula tu. Rupanya itu 1st time dia tdo hammock. Katanya best. Ingatkan dah biasa sebab dia x takut jatuh. Betapa nikmatnya tdo dlm hammock.

Jatuh hammock pula dulunya ada 1 citer tapi skrg dah jd 2 citer. Hahahaha. Gelak dulu sesiap. Citer yg pertama si awek ni 1st time naik hammock. Dia pun panjatlah. Hammock tu pula diikat tegang. Bila dia dah naik kat hammock tu blh pula dia cepat2 nak betulkan badan. Apa lagi jatuh gedebuk la. Nasib bontot lebo xle sakit gamaknya. Peristiwa ni berlaku di Sg Chiling. Citer yg ke dua pula di Lepoh Waterfall. Awek kat Sg Chiling tu terlibat juga dlm citer ni. Awek ni la ntah kenapa dia suka suki buaikan kuat kuat seorg abg sado ni. Tgh buai2 terdgr satu bunyi 'krak'... "Bunyi apa tu?" aku bertanya. Dgn bersahaja bg sado pun jawap, "bunyi tali". Si awek pun teruskan membuai abg sado ni. Buai punya buai sekali gedebuk bunyi nangka jatuh betul betul depan aku. Rupanya tali hammocknya putus. Nasib sado n jatuh atas tanah.

Namun kedua dua citer kat atas tak serikkan kami dr berhammock malah membuatkan kami lebih berhati hati dgn kekuatan material dan ikatan. Si abg sado pakai hammock OGM manakala si awek ni pula br ada hammock Akiramata n bebaru ni beli pula hammock Quechua. Dah syok tdo hammock.

Drp xde hammock, skrg aku dah ada 4 hammock. Cuma 2 drpnya yg aku suka jadi cuma ada 2 sajalah kat tgn aku iaitu hammock OGM dan Quechua manakala lg 2 ada kat kawan. Sorg buat reta hammock freelife dan sorg lg buat reta hammock hitam.

Tdo hammock ni syok. Baring sekejap pun jadilah terus mata kuyu. Tdo tu pula lena semacam... Nikmat. Bangun tdo puas atau xmo bangun dah.

Nak beli tapi tak reti nak pilih yg macamana? Nanti aku citer kat post akan dtg.

Akhir kata tdo dlm hammock mmg nikmat. Cubalah alaminya sendiri.

Nashoha
0193682500
10092016@12.39am

No comments:

Post a Comment

comment form message