Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, May 13, 2020

Main Mercun Bebudak Skrg Jauh Beza Dgn Aku Dulu

Lepas maghrib td kanak² kat bwh rmh ni main mercun pop pop. Berbeza sekali zaman kanak² skrg dgn zaman kanak² aku dulu.

Zaman aku kecik, ada mercun papan yg warna merah tu, ada mercun lidi yg colourful, mercun katak lompat si katak lompat, mercun lebah terbang x tara mana junam ke tanah, mercun ular hitam bau busuk, mercun tarik yg selalu ikat kat basikal dan pintu, mercun roket dsbnya. Bunga api besi main pusing² buat huruf dan bunga api asap yg aku suka patahkan buh kat air juga jdkan torch. Dah habis mercun bakar surat khabar jd ufo.

Disebabkan nak main mercun jg la dah jd tugas aku pasang panjut. Mcm skrg ni 10 hr terakhir aku dah mula prepare buat panjut. Zmn abg aku drg guna tin coke tu kerat 2 utk pendekkan dan guna penutup cili sos. Aku pula pernah pakai tin redset tebuk 3 5 lubang. Utk tiang pulak aku gunakan batang bunga kantan. Zaman ni sng lg nak dpt minyak tanah. Haah kan bdk² skrg kenal ke minyak tanah? 

Ptg² lps blk dr bazaar ramadhan kejenye isi myk tnh dlm panjut. Isi kena bajet² panjut menyala smpai tgh mlm je. Kalau menyala sampai ke sahur tu maknanya terlebih isi la tu. Sementara masih cerah siap g gantung kat tiang keliling rmh. Lepas berbuka je x menyabar nk g nyalakan. 1 per 1 panjut aku jajap dan nyalakan. Seronok tgk laman rmh cerah. Lampu porch mmg tutup brlah nmpk cahaya panjut. Mlm² kayuh basikal jln kg tgk rmh sape lawa. Nampaknya rmh org lain semua letak seketul². 

Aktiviti pasang panjut ni bermula mlm 27 sampai lah ke raya kedua biasanya. Pasang awal² pun x best sbb jiran² pun x psg lg. Mlm2 lps terawwih ada jg la aku curi² main meriam. Meriam besi ada meriam tin ada. Meriam tin bahaya takut jatuh timpa kepala. Cerita dr mak masa dia kecik² dulu tok buatkan meriam dr batang kelapa. Btg kelapa tu diikat supaya tak terburai. Mlm² bln puasa ni la bebas keluar mlm. G terawih, g main mercun, main meriam dan x kurang juga main kad. 21, royale flush, susun daun dsb. 

Mlm raya tukar langsir, tukar sarung kusyen, isi kuih dlm balang... Cerita tlg mak buat kuih nantilah tulis. Pagi raya masing² liat nk bangun sbb mlmnya tdo lambat. Pergi sembahyang raya kat surau ngan kwn². Ada jg tahun yg x tunggu habis khutbah raya. Tak sabar nk kutip duit raya. Last² kena tanya knp x tunggu hbs khutbah.

Bila raya ke-2 ada pak sedara dtg dr Skudai belanja mercun. Tiap² tahun. Sampai ada larangan main mercun atau smpai kami dh besar kot br la xde mercun dah. Bonet kete drg ni penuh padat ngan kain baju. Stok pakai je xyah basuh. Jln² rmh sedara mara ssh jg nk basuh² ni. Bkn ada dobi mcm skrg.

Panjang pulak aku tulis padahal mula² nk citer pasal mercun je. Mlm 10 likur dah bermula. Marilah kita menahan mata utk beramal. Tidur kjp bangun balik. Ada 1 mlm umpama 1000 bulan, mlm Lailatul Qadar. 

CuaLahNi 10:19mlm
20 Ramadhan 1441
12 Mei 2020

No comments:

Post a Comment

comment form message