Jumaat :: 04042014
Tiga puluh haribulan Mac dua ribu empat belas, Seawal dua
setengah pagi aku bergerak ke Kenaboi Jelebu N9. Kami merupakan kumpulan
terakhir dari team Gogo yang bergerak ke sana manakala tiga buah kereta telah
pun bergerak lebih awal. Berdasarkan koordinat GPS yang diberikan oleh Ad… aku
memandu dengan penuh hati hati. Bertolak pada waktu begini dengan melalui
laluan hutan dengan kabusnya yang tebal dengan jalannya yang bengkang bengkok
amat mencabar mata dan skill memanduku. Akhirnya kami sekereta selamat tiba di
Masjid Kenaboi jam lima pagi selepas berhenti sebentar menolong sebuah kereta
yang terbabas di satu selekoh yang tak dapat dinyatakan disini. Tinggal lagi
sejam sahaja nak masuk waktu subuh jadi aku buat keputusan untuk terus berjaga
sahaja.
Selepas solat subuh… siap siap dan hanya bersarapan snickers
dan dua keping roti gardenia yang dikongsi bersama… kami pun teruskan saja ke
tempat pendaftaran di belakang salah sebuah sekolah di sini. Team aku
#Gogotigotangkai dapat nombor kosong lima empat. Semua sekali ada tujuh team
Gogo. Yang menarik beberapa team kami pakai baju yang sama. #Gogotigotangkai siap buat tshirt sendriri lagi.
#Gogotigotangkai |
From left to right from top to bottom... #gogodendakoba #gogojambatanbosi #gogobatukekir #gogobertingkek2 #gogotigotangkai #gogobedosup #gogoapokonoehjang dan #gogobisobonar |
Post post wajib... group foto... tayang muka... tayang kasut... tayang medal or kali ni tayang no badan |
Sedikit kecewa apabila pelepasan peserta sangat lambat.
Dimulakan dengan kunpulan IPT berselang lebih kurang sejam kemudian barulah
kumpulan Open dilepaskan. Kekecewaan lagi apabila mendapat tahu task tubing
dibatalkan. Padahal inilah salah satu aktiviti yang kami nak sebenarnya.
Sepanjang laluan sejauh lapan belas kilometre… kami dikehendaki menyudahkan
enam tugasan sampingan iaitu tali rafia, gelang getah, lastik, guni pasir,
bowling kelapa dan menggua. Kekecewaan bertambah parah apabila cuaca amat panas
menemani kami sepanjang perlumbaan. Kalaulah dilepaskan awal mungkin kepanasan
ini dapat dikurangkan dan permandangan akan lebih menarik.
Berlari dan diselang selikan dengan tugasan sampingan
merencatkan kerancakan kami berlari. Ada masanya tugasan menyebabkan kasmi rugi
masa da nada masanya pula kami dapat memotong pasukan lain. Semuanya bergantung
pada nasib kerana bukan semua pasukan jujur menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Tugasan pertama adalah tali rafia cuma perlu menggentelnya sekemas
kemasnya kemudian di bahagi dua dan gentelnya semula. Kalau terbuka gentelan
tadi… gagal maka kena buat baliklah. Tugasan baling gelang getah ke paku yang
terpacak di batang pisang adalah tugasan kedua. Dua tugasan ini dilakukan
bersama sama.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment
comment form message