Jumaat :: 28032014
Bengang kawan kawan aku mendengar alasan outstation aku kali
ni. Aku ke Sibu atas alasan mengajar staff baru untuk hantar e-mail. Tapi
itulah hakikatnya dan itulah juga tujuan utamaku disamping tugasan sampingan
lain.
Pemergianku ke Sibu:
MrFli menghantar aku ke KL Sentral seawal 6.30 pagi. Kemudian buat pertama kalinya aku menaiki ERL tepat jam 7.00 pagi dan tiba di KLIA 28minit kemudian. Kos tambang ERL Express terus dari KL Sentral – KLIA ialah RM35 sehala. Lebih murah dan lebih cepat daripada teksi. Fast check-in di KLIA dan sarapan pagi sebentar sementara menunggu masa untuk menaiki kapal terbang. MH2712 menerbangkan aku dan rakan sekerja lain ke Sibu Sarawak kurang 2 jam perjalanan. Di Sibu sudah ada pemandu menunggu kami untuk di bawa ke Sibu Office. Check in di Premier Hotel, makan tengahri dan beli barangan keperluan office baru.

Sepanjang berada di Sibu:
Premier Hotel menyajikan menu sarapan yang sama setiap hari. Nasib baiklah 3 kali sarapan sahaja kalau tidak mahu jemu aku dibuatnya. Waktu makan tengahari pula merayau dengan Permitmen dan Driver mencari restoran makanan halal semata mata kerana mengikut kehendak aku. Restoran yang jangga pada pandangan mataku tapi tidak pada orang sibu tidaklah aku pergi kerana eloklah mengelak jika dah was was. Ada juga restoran aku nampak macam kepunyaan bangsa cina tapi ada wanita bertudung yang makan di situ. Aku tidak faham… 1 shoplot kongsi niagakah? Kalau dilihat pada rupa paras sangatlah aku keliru islam ataupun tidak. Apa yang pasti di mana ada wanita bertudung makan… di situ ada makanan halal. Malamnya pula aku berjalan kaki melepasi KFC terus menuju ke SugarBun. Ada sticker halal JAKIM jadi aku makan kat sini setiap malam. Makanan sedap juga kena dengan selera aku. Harga pun biasa biasa sahaja. Menu yang disajikan adalah set menu… ada nasi lemak, nasi lauk ikan tilapia, nasi lauk ayam goreng merah, burger dsb. Ops, pasal kerja pulak memang kerja aku mengajar Permitmen gunakan computer, internet, email, scan, Photostat. Hasilnya daripada zero knowledge… dia tau dah guna semua semua tu.

Merayau di Pekan Sibu |
SugarBun setiap malam |
Kepulanganku ke KL:
Tiket asal balik pada hari Rabu ditangguh olehku atas faktor kerja yang belum selesai. Akhirnya aku pulang ke KL dengan MH2715 yang mana lebih selesa dari MH2712. Kapal terbang untuk ke KL sebenarnya dalah kapal terbang yang sama tiba dari Kuala Lumpur. Sebab itu cuma ada satu penerbangan sahaja KL-Sibu-KL dalam sehari dari MAS.

Sibu padaku bukanlah tempat cuti cuti malah Permitmen yang
mana adalah orang Sarawak mencadangkan Mulu sebagai destinasi untuk orang yang
macam aku ni.
No comments:
Post a Comment
comment form message