Jalan tanpa kasut tapi sandal Teva di kaki, meredah lecak tanah merah tidak dapat dielak lagi. Kaki seluar aku pula sudah jadi alas Teva, dilipatpun ia kembali luruh meyembah bumi. Langkah demi langkah, sama sama melangkah, beramai ramai kami melangkah, tiba tiba Ad boleh terhantuk dahan pokok yang melintang jalan. Apa lagi terus jadi bahan cerita ketika itu. Kalau tak, masing masing senyap je melayan diri. menanggung beban buat pertama kalinya. Tak tahulah apa yang difikirkan si Ad sampaikan dahan yang terang terang depan mata pun dia boleh langgar. Nak dikatakan sudah pewai, baru hari pertama, ini sudah kes parah ni. Gelak gelak juga, jaga jaga juga.
Lihatlah pada jalan lihat pada kaki kami |
Tiba di Kg Lelah, fly sudah pun siap dipasang betul betul di pinggir kebun getah. Ada juga yang menyewa rumah batu orang asli dengan harga RM5 sekepala. Jadi mereka tidak perlu pasang fly atau buka khemah. Kalau pondok untuk hikers memang aku ambik la sebab feel dia lain. Selepas meletakkan beg aku ajak Am pergi ke sungai untuk mandi dan ambil air tapi kamai hanya pergi sekerat sahaja kerana treknya becak tanah merah. Tidak cukup dengan itu, pokok tumbang menghalang laluan sampaikan kena menunduk macam jalan itik untuk ke seberang. Kalau gi mandi pun nanti kotor balik masa perjalanan balik. Keputusan diambil berpatah balik sahaja.
Tiba di campsite aku jadi serba tak kena kerana belum lagi mandi. Nasib baik hujan masih turun, bolehlah aku angap diri ini sudah mandi. Kakiku yang kotor dengan lecah tanah merah merimaskan dan mesti dibasuh sebelum masuk tido. Maka terpaksalah aku tadah air longkang untuk membasuh kaki dan sandal Teva. Nama je air loangkang tapi ianya datang dari cucur atap. Air cucur atap pula aku tadah untuk dijadikan sumber minum atau memasak. Selesai membersihkan diri barulah aku kembali ke fly untuk dinner dan melepak. Inilah sumber air terbaik yang ada.
Melepak, menyembang, melawak, bergurau sementara menanti hidangan siap dimasak oleh Chef Ana dan krew. Masa ni tahan je la asap rokok yang berkepol kepol. Dah semua yang berada disisi hisap rokok. Lepas sebatang, isap lagi sebatang. Janji tak hembus ke aku sudah. Bila tiba masa makan inilah bagusnya. Makanan dikongsi bersama. Walaupun baru kenal kami tidak kekok untuk kongsi makan sepinggan. Ada yang kongsi berdua dan ada juga yang kongsi bertiga. Apa yang nak dijijikkan, ini kan sunah Nabi kita Muhammad S.A.W. Tiba time minum pula ada yang buat hal. Mula mula Amiey terkena dengan Azam apabila meminum air tongkat ali yang disangkakan air kosong. perghhhh!!! pahit tak hengat! Lepas tu air kopi pula dicampurkan dengan air tongkat ali. Part ni ok sebab pahit tongkat ali boleh dianggap pahit kopi.
Setelah lewat malam barulah kami semua tidur. Anggap je hujung sebelah Sham bukit hujung sebelah aku pula lembah. Disebabkan lembahlah aku dengan Dee tido dalam plastik sampah. Aku cuma pakai baju tadi dengan seluar tight. Sarung plastik sampah besar sampai paras paha, Guna tuala untuk jadikan selimut. Sleeping beg pula tak nak pakai sebab takut nanti kalau basah berat pula. Kesimpulannya perlukan plastik beg yang lebih panjang kalau nak tido macam ni. Kalau boleh biar sampai ke kepala. Sedikit mengganggu sebab ketika lesak/beralih badan akan ada bunyi plastik. Apa pun aku tetap dapat tido lena sampai ke pagi.
[bersambung...]
No comments:
Post a Comment
comment form message