Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, February 11, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 4

Rupanya kami terpaksa menunggu lagi. Mereka pergi ke pekan sebentar untuk membeli minyak petrol. Beg yang disandang kini diturunkan semula. Menanti dan terus menanti sambil melihat abang abang TNB sedang standby bagi menghadapi apa jua kemungkinan jika hujan masih juga tidak berhenti.
"Asar sudahpun lepas namun kami masih di sini.
Paras air sudah tinggi namun kami masih di sini.
Hari semakin gelap namun kami masih di sini."
Akhirnya tiba masa untuk kami berlepas. 2 buah boat membawa kami lebih kurang 40 orang beserta beg hiking masing masing. Aku terdengar ada yang berkata naik boat nanti sejuk. Difikirkan semula ada logiknya kerana angin dan waktu. Maka aku terus memakai poncho. Menyampah lagi orang tengok kaler poncho aku yang terang benderang macam matahari sedang terbit dari ufuk timur.
Saat yang dinanti telah tiba. yea...
Perjalanan menaiki boat dari Pengkalan Trojen ke Pos Kemar suatu pengalaman baru bagi aku. Dari cuaca cerah sampailah bertukar gelap. Aku duduk di lantai boat menyandar pada beg, mula mula nampak la pemandangan tapi apabila sudah gelap apa pun tak nampak. Angin tasik sejuk bagai menusuk mana mana ruang badan yang tak tertutup dek poncho sampaikan muka pun aku tutup. Tinggal sikit je ruang untuk aku bernafas dan melihat luar. Sesekali aku tertidur sesekali aku terjaga. Pada satu ketika terasa lantai boat melanggar sesuatu yang keras betul betul di bawah punggungku. Kemudian sekali lagi ia berlaku. Sah batang atau dahan pokok yang dihayutkan arus ataupun tunggul pokok. Pabila masing masing menyuluh sekeliling didapati penuh balak balak, sampah sarap yang dihanyutkan arus. Tekong boat memandu dengan perlahan mengelak apa yang perlu, melanggar apa yang boleh. Setelah melalui perjalanan yang agak seram kami tiba di Pos Kemar. Bukan di jetinya tapi terus ke hujung tasik kerana paras air yang tinggi.
Seronok dah sampai Pos Kemar
Akhirnya kami semua selamat sampai di Pos Kemar. Masing masing turun dari boat sambil tolong menolong mengangkat beg tidak kira siapa empunya. Seturunnya, tanpa berlengah kami siap sedia untuk bertolak.
"Ada yang menukar selipar ke kasut, itu bukan aku
Ada yang mengeluarkan headlamp, itu aku
Ada yang memasukkan bateri ke dalam headlamp, itu aku
Ada yang memanjangkan trekking pole, itu aku
Ada yang menggalas beg, itu semua"

[bersambung...]

No comments:

Post a Comment

comment form message