Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, February 9, 2015

Chamah Ulu Sepat - CUS Retreat 2014 - Part 3

Rupanya bot yang sepatutnya mengambil kami dilaporkan rosak. Penantian kami disertai oleh hujan yang turun sekejap sekejap. Jadi, sekejap sekejap jugalah aku keluar dari kereta berjalan ke gigi air. Macam nak hujan masuk balik dalam kereta, rasa bosan berjalan kembali ke gigi air. Itu jelah yang mampu dilakukan buat masa ni. Satu ketika perut pun dah berasa lapar maka tapau nasi lauk sotong yang kononnya untuk makan kat trek dibelasah dalam kereta je. Dah lapar punya pasal, habis licin aku kerjakan. Tapi sayang xde pulak air sedap cuma air mineral water je. Kalau tak memang marbeleslah.
Bergelimpangan masing masing. Letih menunggu.
Sebelah kanan gambar atas pula surau
Sudah tidak tahan lagi, aku melangkah longlai ke gigi air. Singgah di surau untuk solat zohor. Ramai juga yang sudah terbungkang di sebelah surau. Bukan setakat terbungkang, malah berdengkur lagi termasuklah organizer sekali. Yang masak air masak maggie pun ada. Selepas solat aku lepak bertenggung di tangga surau juga di gigi air. Di sinilah perkenalan dengan rakan rakan lainnya. Ada seorang akak ni seorang cikgu kat melaka. Umi panggilannya. Lembutnya cakap sampaikan aku kena fokus apa yg dia cakapkan. Masa ni hati sudahpun berkata, harapan tinggal harapan, balik grik check in hotel la, esok je la naik bot. Masing masing cuma mampu berharap kerana berdasarkan waktu, tinggal berapa jam je lagi sebelum gelap.
Pandangan dari bawah. Tangga surau masih kelihatan
Tiang hijau itu adalah tangga untuk ke bawah. Nampak sangat paras sudah naik.
 Sedang kami menanti dan berharap, datanglah 2 buat bot yang mana salah satunya membawa seorang wanita mengandung untuk di bawa ke hospital. 2 buah boat nilah yang bakal kami naik untuk ke Pos Kemar. Muka masing masing ada gumbiralah masa ni. Semua orang pergi ambil beg masing masing dan berkumpul. Semangat kemain lagi semua masa ni.


[ bersambung... ]


No comments:

Post a Comment

comment form message