Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, October 11, 2013

Menjaga Hati



11/10/2013

Menjaga hati diri sendiri bukanlah mudah apatah lagi menjaga hati orang lain. Tidak kiralah siapa orang itu asalkan namanya hati pasti ianya sukar. Walaupun tampak senang hakikatnya tidak semudah yang disangka. Istilah makan hati, kecil hati, terasa hati, senang hati, suka hati.... semuanya melibatkan perasaan. Hati boleh dipupuk, boleh dijaga juga boleh mati.

Perasaan sakit hati lebih akan terasa apabila melibatkan orang yang disayangi... walaupun masalahnya kecil tetapi oleh kerana ianya berlaku antara dua hati yang berhubung rapat antara satu sama dengan nilai kasih sayang terjalin erat... kesakitan yang dirasai sangatlah besar. Hanya teguran biasa atau sedikit tertinggikan suara sudah mampu menyakitkan hati. Khabar berita yang belum tentu benar kesahihannya juga sudah mampu menyakitkan hati yang mendengar. Baru khabar angin tu... inilah namanya hati. Jika ia tidak berkait dengan hati sendiri tidaklah mendatangkan kesakitan yang teruk seperti berita mengenai orang lain yang dibaca melalui surat khabar mahupun media sosial.

Senang hati suka hati gembiranya di hati membuatkan seseorang itu boleh tersenyum sendiri. Mukanya manis... lirikan matanya sudah menampakkan kegembiraan dihatinya. Bertambah² suka hati apabila khabar gembira dibawa oleh orang yang sentiasa berada di hati. Dari hati ke hati walaupun ianya tidak bersentuhan seperti bersalaman... namun rasanya feelingya amatlah kuat. Gembiranya hati boleh berlaku kerana perkara besar seperti dikurniakan cahaya mata namun perlu diingatkan perkara kecil juga mengembirakan hati seseorang seperti tersedianya secawan kopi selepas bangun tidur.

Dalam hidup ini memanglah inginkan hati ini sentiasa gembira suka riang ceria tak terkira namun manakan mungkin jika tidak terselit kelibat duka lara sakit terasa calar sekali sekala. Walaupun kita tidak berniat menyakitkan hati orang kadang² secara tidak langsung ia berlaku juga. Begitu juga sebaliknya hati kita disakiti dengan sengaja mahupun tidak. Inilah namanya lumrah kehidupan... Berfikiran waraslah... positiflah apabila hati diganggu gugat. Bersederhanalah... beringatlah... apabila hati riang semacam.

Agak menjadi persoalan... kenapa ada orang yang suka menyakitkan hati orang lain demi menyenangkan hati sendiri? Jika tidak sengaja itu lainlah cerita... ini yang sengaja dilakukan iaitu bermotif. Sudah lama aku berfikir... selidik serba sikit tentang hati ini... apa yang aku dapat hanyalah aku tidak punya hati.

Jika dulu aku pernah amalkan kalimah pendek untuk menguatkan hati dan ianya memang berkesan... tapi kini aku sudah lupa... Sudah tiba masanya aku mencarinya semula.



No comments:

Post a Comment

comment form message