Sejak aku membeli kasutku dengan wang sakuku sendiri...
murah dan selesa menjadi pilihan. Tapi kini aku mahukan yang sedap dipakai dan
tahan lama. Kenapa aku mengubah pendirian? Semuanya kerana sepotong kata² yang
membuka mataku. Biarlah aku simpan dahulu kata² itu dan teruskan bercerita mengenai
kasutku untuk kakiku.
Sudah lama aku mencuba pelbagai jenama kasut dan harga.
Daripada harga puluhan ringgit hinggalah mencecah ratusan ringgit. Semuanya
tidak sama. Jika difikirkan soal wang... harga murahlah menjadi pilihan tetapi
berapa lama pula kasut itu boleh bertahan. Jika memilih kasut yang
berkualiti... wang pula yang perlu difikirkan.
Pemilihan kasut yang murah menjimatkan duit ketika itu tetapi tidak untuk jangka masa panjang. Pemilihan kasut mahal pula merabakkan poket ketika itu tetapi tahan untuk tempoh masa bertahun². Jika dikira balik dalam tempoh 2-3 tahun... jumlah wang yang dikeluarkan hampir sama sahaja.
Demi sepasang kaki... demi kegunaannya sepanjang hayat... setelah diambil kira soal wang, keselesaan, kesihatan, keselamatan & kesedapan... lebih baiklah beli yang berjenama berteknologi mengikut kegunaannya. Ia lebih berbaloi dalam jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment
comment form message