Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, September 8, 2016

Semacam Nikmat Tidurnya

Tdo yg best adalah tdo sekejap tapi rasa lama dan puas. Tdo mcm ni biasanya secara kebetulan je dapat. Tak tahulah pula kalau ada teknik dia.

Sekarang ni nikmat dapat tdo dlm hammock. Dibuai mimpi indah dan bila bangun rasa puas. Rasanya macam tak pernah sakit badan tdo dlm hammock ni. Dah macam ketagih pula. Nmpk je 2 btg pokok yg sesuai jaraknya, redup pulak tu, angin pula kuat memang redup je mata. Dan dan kelopak mata jadi berat.

Bercerita pasal hammock. Ada sorg awek ni tdo dlm hammock aku kat Sg Pertak. Saje kaco dia buai buaikan sekali dia boleh terus tdo. Tdo lena pula tu. Rupanya itu 1st time dia tdo hammock. Katanya best. Ingatkan dah biasa sebab dia x takut jatuh. Betapa nikmatnya tdo dlm hammock.

Jatuh hammock pula dulunya ada 1 citer tapi skrg dah jd 2 citer. Hahahaha. Gelak dulu sesiap. Citer yg pertama si awek ni 1st time naik hammock. Dia pun panjatlah. Hammock tu pula diikat tegang. Bila dia dah naik kat hammock tu blh pula dia cepat2 nak betulkan badan. Apa lagi jatuh gedebuk la. Nasib bontot lebo xle sakit gamaknya. Peristiwa ni berlaku di Sg Chiling. Citer yg ke dua pula di Lepoh Waterfall. Awek kat Sg Chiling tu terlibat juga dlm citer ni. Awek ni la ntah kenapa dia suka suki buaikan kuat kuat seorg abg sado ni. Tgh buai2 terdgr satu bunyi 'krak'... "Bunyi apa tu?" aku bertanya. Dgn bersahaja bg sado pun jawap, "bunyi tali". Si awek pun teruskan membuai abg sado ni. Buai punya buai sekali gedebuk bunyi nangka jatuh betul betul depan aku. Rupanya tali hammocknya putus. Nasib sado n jatuh atas tanah.

Namun kedua dua citer kat atas tak serikkan kami dr berhammock malah membuatkan kami lebih berhati hati dgn kekuatan material dan ikatan. Si abg sado pakai hammock OGM manakala si awek ni pula br ada hammock Akiramata n bebaru ni beli pula hammock Quechua. Dah syok tdo hammock.

Drp xde hammock, skrg aku dah ada 4 hammock. Cuma 2 drpnya yg aku suka jadi cuma ada 2 sajalah kat tgn aku iaitu hammock OGM dan Quechua manakala lg 2 ada kat kawan. Sorg buat reta hammock freelife dan sorg lg buat reta hammock hitam.

Tdo hammock ni syok. Baring sekejap pun jadilah terus mata kuyu. Tdo tu pula lena semacam... Nikmat. Bangun tdo puas atau xmo bangun dah.

Nak beli tapi tak reti nak pilih yg macamana? Nanti aku citer kat post akan dtg.

Akhir kata tdo dlm hammock mmg nikmat. Cubalah alaminya sendiri.

Nashoha
0193682500
10092016@12.39am

Balik Kg Tak Kira Masa

Semenjak aku tiada punch card. Balik kg x kira masa. Suka suka hati. Main sempat je. Namun kebiasaannya aku pilih untuk balik malam. Diwaktu jalan raya tidak sesak. Cuaca dingin tidak panas. Tiada orang menyandar disebalik tiang flyover. Cuma awas jgn terleka AES di Slim River.
Aku cuma pastikan waktu aku akan sampai di kg bukan waktu mak tgh nyenyak tido iaitu tengah malam membawa ke subuh. Dr Jln Duta ke kg ambil masa 2-3 jam bergantung pada jarum meter berada pada kedudukan pukul 12 atau 1. 2-3 jam sebelum pukul 12 t/mlm bererti pukul 9-10mlm tapi kebiasaannya ketika ini aku br nak kemas pastu gi dinner. Habis tu pukul berapa aku keluar rumah?
Semenjak dua menjak ini aku akan melepasi tol Jln Duta selepas t/mlm. Kalau mengantuk aku akan tido kat hentian sebelah. Pernah sampai 2 hentian sebelah aku singgah untuk tido dek kerana mengantuk sgt. Katakan anggaran akan smpai kg dlm 4-5 pg. Aku akan tido di exit tol. Dah pg br aku sambung drive g bekfes dan ke rumah. X susah pun, bila ngantuk plan kat mana nak tdo. Kat signboard ada tulis bpe km bpe km. Dah set kat mana nak tdo pastu drive laju skit. Sampai tdo le. Tp skrg ni kurang pulak ngantuknya... tu yg boleh menaip ni.
Selain drp tido dlm kete di hentian sebelah aku juga suka menyinggah di DNC-Draco Nature Camp yg terletak di Chenderiang Perak. Gantung hammock tido. Pg esoknya mandi sungai. Memang syok. Kekadang lepas asar br sampai kg. Kekadang ke? Rasanya mcm selalu je. Skrg pukul 3 lbh, dianggarkan sampai DNC kul 4 lbh. Tak sesuai rasanya. So tido dlm kete je la. Org bujang... apa susah. Dah nk pg nanti br sambung drive. Singgah DNC atau terus ke kg bergantung pada keadaan.
Jom try tido. Cermin buka sikit, enjin matikan, kereta kunci.
Allahhumma bismika ahya waamut.
Selamat malam.
CuaLahNi
0193682500
08092016@3.17am

Monday, September 5, 2016

Gunung Rajah Via KKB 20-21082016 Part 2

Berada di LWP tp bekalan air diambil di RnR sedangkan LWPlah punca air terakhir. Sebabnya tiada sorang pun antara kami yg pernah turun ke sini sebelumnya. Drp nak ambik risiko samada ada air atau tidak, sejauh sesusah mana untuk turun ke punca air itu... lebih baiklah kami siap tapau dr RnR. Katakan tiada air macamana kami nak survive kat puncak nanti kan. Cadangnya balik nanti baru jengah tgk.

Misi seterusnya untuk tiba di Wall Climbing sebelum gelap. Tgk map kat GPS... wow jauhnya. Treknya mendaki dan terus mendaki sampailah puncak then belok kiri. Konturnya rapat rapat gitu. Tak rela ku tgk. Apatah lg jaraknya. Macam biasa aku kekal sebagai Sweeper. Melangkah mengikut rentak pendaki hadapan. Kelajuan melangkah kena tune... bernafas pun kena tune sama.

Trek kali ini agak bosan dgn bentuk muka bumi yg sama shj. Byk kali kami take 5. Maklumlah mendaki dgn beg besar dibadan. Dah mcm gunung chabang pun ada. Ada laluan macam masuk kebun pokok mengkuang. "Berita dr lastman berita dr lastman over. Kami dah sampai kaws pokok mengkuang." "Terima terima. CL tgh mencanak ni. Jarak kita dalam 20min je." "Alhamdulillah CL dah sampai batu wall climbing ni." "Team last team last br sampai astray. Harap maklum." Beginilah lebih kurang cara kami berkomunikasi antara satu sama lain. Yang penting sesama sendiri dapat agak lokasi sesama sahabat pendaki.

Waktu maghrib kami berehat sebentar memberi laluan pertukaran waktu siang ke malam. Lokasi kami ketika ini selekoh sebelum batu wall climbing. Team tgh br melepasinya sebelum maghrib. Selepas berehat sebentar kami sambung semula pendakian. Kalau x silap antara 10-20 minit sampailah kami di batu wall climbing. Melihatkan keadaan trek batu ni, memang bahaya untuk wanita memanjat bersama beg. Jadi apa yg kami team akhir lakukan adalah begini.

L3 tunggu di bawah bersama W1 dan W2. L1 naik dgn beg sendiri tgu kat atas sekali. L2 naik dgn beg sendiri tinggalkan beg kat atas sekali kemudian turun balik. W1 dan W2 tinggalkan beg. L2 escort W1 dan W2 panjat dinding batu ni bergilir2 sampailah mereka sampai kat atas sekali dimana L1 sudah menanti untuk support dari atas. L2 ulang alik pakai beg W1 dan W2 bawa ke atas sekali. L3 mendaki dgn beg sendiri ke atas sekali. Beberapa meter sebelum sampai sini team tgh sdh tinggalkan jejak iaitu lampu liplap hijau. Bila nampak lampu liplap ni bersemangat rasanya. Lampu liplap ni aku yg kutip.

Setelah semua berada di atas kami berpecah menjadi 2 3. Setiap wanita pasti ada lelaki menjaganya. Amanah oleh si suami mesti kami tepati. "Tlg jaga isteri aku". Ayat sebenar dr si suami aku tak ingat. Team belakang tinggal bertiga. Mendaki dan terus mendaki. Mukabuminya sama shj. Xde puncak tipu xde bonus. Trek fedup kami panggil. Banyak kali kami take 5. Perut dah lapar, mata dah kuyu, mulut dah menguap. Namun pendakian tetap diteruskan. Tiada port lain kami akan bermalam selain puncak puncak puncak. Pada satu ketika aku nmpk lampu dr puncak. Memang sengaja team depan pasang. Mereka dah sampai lama. Nak diikutkan x jauh mana pun lagi. Sebab dah nmpk kan. Dr perbualan walkie talkie, doc gebu gebas turun semula ke bawah untuk mental n fizikal support. Demi kawan demi susah senang bersama, yang bertenaga menolong yg lemah. Org lama support org baru. Tidak sama sekali mengkondem mereka.

Akhirnya selepas berjuang dari gelap ke cerah, cerah ke gelap... kami pun tiba di puncak. Puas ati sampai kat puncak. Flysheet dah siap pasang. Kuarkan segala ration dan air company untuk chef masak. Sementara itu kami tukar pakaian dsbnya. Menu kami mlm ini nasi putih + tomyam ayam + kangkung ikan masin + telur dadar + ntah. Seperti biasa dibawah fly edisi makan minum, sembang2, ambil gambar dsbnya. Fizikal tiada siapa yg krem atau terseliuh. Alhamdulillah sihat belaka. Cuaca mlm ni baik. Cuma ada tetamu tak diundang sahaja. Tahap kesejukan mlm ni biasa biasa shj.

Bersambung...

CuaLahNi
0193682500
06092016@2.09am

Gunung Rajah Via KKB 20-21082016

Trip ini merupakan trip pertama aku selepas 1 Ramadhan 1437H. 2 bulan lebih aku tidak exercise langsung membuatkan hati risau akan performance ke laut dalam. Abam gogo pun kemain lagi training siap update kat wasap group supaya anak buah turut training sama. Tempoh seminggu yg ada sebelum mendaki aku gunakan serajin mungkin. Serajin bukan sebaik kerana training sorang2 sangatlah liat.

Training aku kali ini cuma begini. Jogging selaju mungkin atas jalan tar yg mendaki kemudian turun jalan kaki. Ulang beberapa kali sampai kaki dah x larat. Naik tangga 1x sampai atas sekali, rehat sekejap kemudian turun. Cool down dengan berjalan kaki pulang ke rumah ikut jalan jauh. Cukup x cukup ini je yang termampu.

Ada special sikit trip kali ni sebab sorg client yg dah jd kawan bekalkan aku 1 liter air isotonic homemade. Masamnya pergh!!! Siap pejam mata bg yg x kuat masam. 

Jumaat mlm kami mula bergerak ke KKB selepas makan malam di "Fauziah Ghaus" Ampang. Setibanya di pekan KKB barulah segala kelengkapan dan ration dibahagi sama rata. Lepas tu pepandailah sesama sendiri adjust untuk sumbat dalam beg. Selesai saja pembahagian ration kami terus ke Kg Pertak.

Mungkin pukul 3pg atau lebih. Kami memulakan pendakian dr parking. Awal2 lagi aku terpaksa berpatah balik dalam 100m disebabkan walkie talkie tercicir. Masa tu dah sampai titi besi senget. Patah balik dengan sahabat yg ada walkie talkie juga supaya mudah jumpa. Dah jumpa kena patah balik. Penat weh patah balik pastu nk kena kejar orang depan. Dah jumpa derang pastu brlah jalan bersama sama sehinggalah tiba di satu kaws agak lapang. Berehat sebentar disini sambil mengalas perut. Ada yg makan roti canai ada juga yg makan epal. 

Perut sudah dialas, perjalanan diteruskan sampailah ke kem BMW. Sepanjang perjalanan trek hanya datar dan sikit menaik. Rehat sebentar di sini sementara menanti masuknya waktu subuh. Semua masih steady jadi selepas subuh kami sambung trekking melalui Kem Botol sekadar CP kami sahaja. Perjalanan disambung lagi tapi semakin mendaki sehinggalah kami tiba di Kem Renoma. Satu jenama pakaian jika disebut semua pasti kata jenama spender walaupun ada jual baju. Port ni tiada punca air. Satu kawasan lapang seperti puncak tipu berpemandangan. Ada 1 tag Renoma digantung di dahan pokok.

Pendakian disambung lg. Mengantuk, lapar, sakit perut sudah mula hadir. Semakin menghampiri RnR semakin ia terasa. Layankan jelah. Di Kem RnR nilah br kami betul2 rehat. Ada yg gali lobang tutup lobang, ada yg memasak menu bfast juga tapau lunch, dan ada juga yg tido. Tido kat ground ada, tido dlm hammock dah tentulah ada. Yg penting semua kena tido... mandatory. Punca air dekat sahaja tapi airnya kena tadah.

Tengahari juga la baru kami mulakan perjalanan setelah cukup rehat dan makan. Oleh kerana kami akan bermalam di puncak, air company 1.5 ltr wajib ditapau ke puncak oleh semua orang. Itu tidak termasuk air persendirian. Aku test bw air dalam zipper beg 'Emergency water bag Daiso'. Full load sebanyak 5 ltr ditambah dgn water beg 1.5 ltr dan air kemenangan 0.5 ltr. Hasil experiment di rumah menunjukkan zipper beg ini tidak terbuka atau terkoyak walaupun aku berdiri di atasnya. Demi menjaga isi beg drp terbasah jika zipper beg ini melimpahkan airnya, plastik sampah sudah siap diikat kemas.

Masing masing sudah segar, tenaga juga sudah pulih... pendakian kami lancar seperti dirancang. Update demi update dr pemegang walkie talkie memberi bayangan jarak antara kami. Semua kami 9 orang, pemegang walkie talkie seramai 6 orang, pemegang gps 1 org. Target kami seterusnya ialah LWP. Dalam perjalanan tu pelbagai landmark dikongsi bersama di walkie talkie. 9 org pun terbahagi kepada 2-3 kumpulan. Kelajuan bergantung pada diri sendiri asalkan sampai di check point dlm jangka masa yg dirancang. Akhirnya kami tiba di LWP. Regroup semula. Take 5 lebih kurang, sembang sembang, minum minum, gurau senda barulah sambung semula mendaki.

Bersambung...

Nashoha
0193682500
05092016@2.42am

Sunday, September 4, 2016

Aku Segan Dengannya

Dia telah ku kenali 4-5 tahun yg lalu. Tidak menyombong tidak berlagak juga tidak meninggi diri walaupun berwang dan berjawatan malah apabila dipuji perihal kesenangan dgn senang dia menjawap rezeki dr Allah.

Tidak lokek untuk belanja kawan2 membuatkan aku segan untuk keluar dengannya. Asik asik dia asik asik dia. Baru baru ni pun dia juga yg belanja. Bila aku cakap next time aku belanja lalu dijawapnya "sejak bila pula ko berkira dgn aku ni?". Kompius juga aku dgn ayat yg keluar dr mulutnya ni. Masa nak bayar, note dia lebih besar membuatkan aku merelakan saja duitnya digunakan. Memang sudah cara aku memberi keutamaan kpd yg nak memecah duit yg membayar.

Ketika makan pula dia seorang yg menghargai nikmat makan. Setiap kali makan bersama ada seperkara yg dia x pernah lupa iaitu baca doa makan. Sedangkan sesetgh org bismilllah pun tak baca. Dia suka letakkan lauk dlm pinggan aku tapi tidak pula sampai kopekkan udang. Tak retikah atau mahu suap skali kulit2?

Hubungannya dgn ibu akrab. Suka aku tgk bila derang bergurau. Sebab itu aku saja cari pasal bila ibunya ada. Aku tgk dia lebih banyak bercuti dan berbelanja dgn keluarga berbanding kawan2. Menjaga hati ibunya seperti tetap makan masakan ibu walaupun perut sudah penuh dek makan di luar. Badan naik belakang kira janji ibunya tak kecik hati.

Ketika aku mula mengenali dirinya dia seorang yang enjoy, mesti nmpk lawa bila kuar tapi skrg tidak lagi. Semua itu bukan satu kemestian baginya. Dengan sengaja pada satu malam aku minta dia selfie. Dijawapnya "aku tak pakai tudung la". Aku senyum tanda gembira. Tudung dipakainya untuk menutup aurat bukan untuk bergaya semata.

Tapi kini aku agak kekok bila melepak dengannya. Mungkin dulu perangai gila gilanya membuatkan aku selamba dan layan dia macam adik. Nak dicekik nak dikepit nak ditolak tidak jadi masalah. Tp kini sembang dgnnya pun agak skema. Faktor umurkah atau faktor kerjanya atau keduanya sekali.

Moga kau ketemu jodoh yg serasi bersama.

#FaktorKecilPengertianBesarBagiKu

CuaLahNi
0193682500
04092016@1.27am

Friday, September 2, 2016

Genap Setahun Retrenchment

Cukup je hujung bulan ni maka genaplah setahun aku kena retrenchment. Masa dapat surat retrenchment tahun lepas apa yg terdetik di fikiran nasib aku bujang lg kalau x tentu dah gelabah. Pampasan cuma sebulan lagipun aku keje situ x sampai pun 2 thn.

Dalam tempoh setahun ni macam2 pekerjaan aku buat. Buat event outdoor, jual jual dan tolong tolong.

Cuba menukarkan minat kepada kerjaya nampaknya x berapa menjadi kerana enjoy bertukar kepada tanggungjawap. Namun jika ada permintaan aku akan buat event2 ni. Antaranya hiking, paragliding dan white water rafting.

Banyak jg jual jual yg aku pernah cuba. Perhiasan wanita juga produk kecantikan. Kini aku lebih kepada produk berasaskan makanan. Kambing golek, kambing perap, rempah rendang, rempah tandoori, rempah mee bandung, rempah soto, sambal hitam. Inginkan perniagaan makanan ini serius jadi aku daftarkan ssm atas nama Kaf Ya Delicious Trading. Tujuan aku nk jual produk makanan sedap2 shj. Moga perniagaan maju.

Jd runner walaupun penat tp happy sbb tolong orang punya pasal. Upah seikhlas hati. Kadang2 dpt lebih kadang2 dpt kurang drp nilai upah yg dianggarkan. Kebiasaan upah antara rm10-rm50 bergantung pd jarak dan kerjanya. Jadi pekerja am kepada bisness kwn2 juga dilakukan. Asalkan boleh mendatangkan duit yg halal dan berkat.

Kemanakah arah tuju aku selepas genap setahun mencuba untuk bekerja sendiri? Adakah teruskan begini atau cari kerja IT kembali? Aku sendiri tidak pasti. Genapkanlah dulu setahun.

CuaLahNi
0193682500
04092016@1229pm