Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, September 5, 2016

Gunung Rajah Via KKB 20-21082016

Trip ini merupakan trip pertama aku selepas 1 Ramadhan 1437H. 2 bulan lebih aku tidak exercise langsung membuatkan hati risau akan performance ke laut dalam. Abam gogo pun kemain lagi training siap update kat wasap group supaya anak buah turut training sama. Tempoh seminggu yg ada sebelum mendaki aku gunakan serajin mungkin. Serajin bukan sebaik kerana training sorang2 sangatlah liat.

Training aku kali ini cuma begini. Jogging selaju mungkin atas jalan tar yg mendaki kemudian turun jalan kaki. Ulang beberapa kali sampai kaki dah x larat. Naik tangga 1x sampai atas sekali, rehat sekejap kemudian turun. Cool down dengan berjalan kaki pulang ke rumah ikut jalan jauh. Cukup x cukup ini je yang termampu.

Ada special sikit trip kali ni sebab sorg client yg dah jd kawan bekalkan aku 1 liter air isotonic homemade. Masamnya pergh!!! Siap pejam mata bg yg x kuat masam. 

Jumaat mlm kami mula bergerak ke KKB selepas makan malam di "Fauziah Ghaus" Ampang. Setibanya di pekan KKB barulah segala kelengkapan dan ration dibahagi sama rata. Lepas tu pepandailah sesama sendiri adjust untuk sumbat dalam beg. Selesai saja pembahagian ration kami terus ke Kg Pertak.

Mungkin pukul 3pg atau lebih. Kami memulakan pendakian dr parking. Awal2 lagi aku terpaksa berpatah balik dalam 100m disebabkan walkie talkie tercicir. Masa tu dah sampai titi besi senget. Patah balik dengan sahabat yg ada walkie talkie juga supaya mudah jumpa. Dah jumpa kena patah balik. Penat weh patah balik pastu nk kena kejar orang depan. Dah jumpa derang pastu brlah jalan bersama sama sehinggalah tiba di satu kaws agak lapang. Berehat sebentar disini sambil mengalas perut. Ada yg makan roti canai ada juga yg makan epal. 

Perut sudah dialas, perjalanan diteruskan sampailah ke kem BMW. Sepanjang perjalanan trek hanya datar dan sikit menaik. Rehat sebentar di sini sementara menanti masuknya waktu subuh. Semua masih steady jadi selepas subuh kami sambung trekking melalui Kem Botol sekadar CP kami sahaja. Perjalanan disambung lagi tapi semakin mendaki sehinggalah kami tiba di Kem Renoma. Satu jenama pakaian jika disebut semua pasti kata jenama spender walaupun ada jual baju. Port ni tiada punca air. Satu kawasan lapang seperti puncak tipu berpemandangan. Ada 1 tag Renoma digantung di dahan pokok.

Pendakian disambung lg. Mengantuk, lapar, sakit perut sudah mula hadir. Semakin menghampiri RnR semakin ia terasa. Layankan jelah. Di Kem RnR nilah br kami betul2 rehat. Ada yg gali lobang tutup lobang, ada yg memasak menu bfast juga tapau lunch, dan ada juga yg tido. Tido kat ground ada, tido dlm hammock dah tentulah ada. Yg penting semua kena tido... mandatory. Punca air dekat sahaja tapi airnya kena tadah.

Tengahari juga la baru kami mulakan perjalanan setelah cukup rehat dan makan. Oleh kerana kami akan bermalam di puncak, air company 1.5 ltr wajib ditapau ke puncak oleh semua orang. Itu tidak termasuk air persendirian. Aku test bw air dalam zipper beg 'Emergency water bag Daiso'. Full load sebanyak 5 ltr ditambah dgn water beg 1.5 ltr dan air kemenangan 0.5 ltr. Hasil experiment di rumah menunjukkan zipper beg ini tidak terbuka atau terkoyak walaupun aku berdiri di atasnya. Demi menjaga isi beg drp terbasah jika zipper beg ini melimpahkan airnya, plastik sampah sudah siap diikat kemas.

Masing masing sudah segar, tenaga juga sudah pulih... pendakian kami lancar seperti dirancang. Update demi update dr pemegang walkie talkie memberi bayangan jarak antara kami. Semua kami 9 orang, pemegang walkie talkie seramai 6 orang, pemegang gps 1 org. Target kami seterusnya ialah LWP. Dalam perjalanan tu pelbagai landmark dikongsi bersama di walkie talkie. 9 org pun terbahagi kepada 2-3 kumpulan. Kelajuan bergantung pada diri sendiri asalkan sampai di check point dlm jangka masa yg dirancang. Akhirnya kami tiba di LWP. Regroup semula. Take 5 lebih kurang, sembang sembang, minum minum, gurau senda barulah sambung semula mendaki.

Bersambung...

Nashoha
0193682500
05092016@2.42am

No comments:

Post a Comment

comment form message