Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Sunday, September 4, 2016

Aku Segan Dengannya

Dia telah ku kenali 4-5 tahun yg lalu. Tidak menyombong tidak berlagak juga tidak meninggi diri walaupun berwang dan berjawatan malah apabila dipuji perihal kesenangan dgn senang dia menjawap rezeki dr Allah.

Tidak lokek untuk belanja kawan2 membuatkan aku segan untuk keluar dengannya. Asik asik dia asik asik dia. Baru baru ni pun dia juga yg belanja. Bila aku cakap next time aku belanja lalu dijawapnya "sejak bila pula ko berkira dgn aku ni?". Kompius juga aku dgn ayat yg keluar dr mulutnya ni. Masa nak bayar, note dia lebih besar membuatkan aku merelakan saja duitnya digunakan. Memang sudah cara aku memberi keutamaan kpd yg nak memecah duit yg membayar.

Ketika makan pula dia seorang yg menghargai nikmat makan. Setiap kali makan bersama ada seperkara yg dia x pernah lupa iaitu baca doa makan. Sedangkan sesetgh org bismilllah pun tak baca. Dia suka letakkan lauk dlm pinggan aku tapi tidak pula sampai kopekkan udang. Tak retikah atau mahu suap skali kulit2?

Hubungannya dgn ibu akrab. Suka aku tgk bila derang bergurau. Sebab itu aku saja cari pasal bila ibunya ada. Aku tgk dia lebih banyak bercuti dan berbelanja dgn keluarga berbanding kawan2. Menjaga hati ibunya seperti tetap makan masakan ibu walaupun perut sudah penuh dek makan di luar. Badan naik belakang kira janji ibunya tak kecik hati.

Ketika aku mula mengenali dirinya dia seorang yang enjoy, mesti nmpk lawa bila kuar tapi skrg tidak lagi. Semua itu bukan satu kemestian baginya. Dengan sengaja pada satu malam aku minta dia selfie. Dijawapnya "aku tak pakai tudung la". Aku senyum tanda gembira. Tudung dipakainya untuk menutup aurat bukan untuk bergaya semata.

Tapi kini aku agak kekok bila melepak dengannya. Mungkin dulu perangai gila gilanya membuatkan aku selamba dan layan dia macam adik. Nak dicekik nak dikepit nak ditolak tidak jadi masalah. Tp kini sembang dgnnya pun agak skema. Faktor umurkah atau faktor kerjanya atau keduanya sekali.

Moga kau ketemu jodoh yg serasi bersama.

#FaktorKecilPengertianBesarBagiKu

CuaLahNi
0193682500
04092016@1.27am

6 comments:

  1. Siapa dia tu, aku suka cara kau bercerita pasal dia

    ReplyDelete
  2. Siapa dia tu, aku suka cara kau bercerita pasal dia

    ReplyDelete
  3. Seorang gadis melayu yg sukakan kucing.

    ReplyDelete
  4. Knp berubah cara sembangnya? Mungkin kah dia terbau2 bunga2 cinta cua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor umur n keje tu. Comparison br kenal dgn skrg.

      Delete

comment form message