Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, April 19, 2013

Felda Residence Tekam - Menggua & Terbang Tanpa Sayap

Sabtu, 13-04/2013

Manisnya senyuman terukir dibibir. Itulah pandangan mataku yang pertama ketika memandang ke arah reception yang comel dan hansome. Rehat sebentar di sofa empuk sementara Organizer En Azahari uruskan semuanya. Sekejap sahaja kami dah dapat kunci bilik no 7 iaitu bilik Deluxe berada tidak jauh dari lobby. Bilik Deluxe yang disediakan bersih, 1 single bed dan 1 queen bed sesuai utk 3 orang, lengkap dengan penghawa dingin yang menyamankan siang dan malam, tv dengan saluran astro terpilih, bilik air dengan toiletries standard dan juga air panas... cuma pulas sahaja ke arah yang betul. Aku sendiri jarang sangat mandi guna air panas... lagi sejuk lagi aku suka. Nak bancuh air cuma perlu masak sahaja air panas... kettle disediakan.

Jam 3.00 petang kami bakal disajikan dengan aktiviti luar. Seperti dijanjikan kami dibawa ke satu kawasan dimana aktiviti seperti Abseiling, flying fox, river crossing, rafting dan kayak boleh dilakukan di sini. Untuk petang ini kami akan melakukan flying fox sahaja... teringin juga hati nak main abseiling tapi tidak pula berkesempatan. Kalau dulu masa selalu ada peluang... abseiling, repelling, turun berlari ke bawah, turun kepala bawah kaki atas, semua tu pernah ku cuba. Memang menyeronokkan. Kembali ke topik, aku berflying fox dari paras lebih kurang 25kaki. Lengkap dengan climbing helmet, harness dan pully berjenama Petzl yang tidak asing lagi akan tahap keselamatannya, aku meluncur laju untuk beberapa ratus meter diatas tasik buatan. Sekejap sahaja dah sampai bawah... oh aku tidak puas... hendak saja aku ulang lagi dan lagi dan lagi.

Hujung sana penghujung flying fox

Petzl... tidak ragu lagi

Peace Yo!!! Nothing to afraid... just flying without wing.
Selesai berflying fox, kami akan dibawa melawat gua di sekitar Kota Gelanggi. Di Kota Gelanggi, terdapat gua² yang mudah, sederhana dan sukar untuk diterokai. Antaranya ialah:

  • Gua Sanding
  • Gua Angin
  • Gua Terang Bulan
  • Gua Tongkat
  • Gua Tangga 99
  • Gua Penyu
  • Gua Kepala Gajah
  • Gua Hijau
  • Gua Balai

Berikutan cuaca yang kurang baik petang itu. Kami hanya sempat menjelajah ke Gua Tongkat, Gua Balai dan muka Gua Terang Bulan sahaja. Bagi sesiapa yang ingin atau bercadang menjelajah gua² ini bolehlah hubungi saya di WhatsApp |0169209839 kerana saya juga ingin ke sini semula dan meneroka kesemua gua yang ada. Pengalaman meneroka Gua Batu Maloi di Tampin Negeri Sembilan ingin diulangai lagi di sini. Setiap gua² ini diberi nama bukan suka² tetapi ada sebab dan cerita disebaliknya samada realiti atau mitos.

Di Gua Tongkat yang diberi nama sempena bertemunya bersambungnya stalactite dan stalagmite yang membentuk rupa seakan tongkat. Ketika ini hujan turun dengan lebatnya menyebabkan program sedikit tergendala. Di sini juga dibenarkan berkhemah... punca air bersih bukanlah masalah. Aku juga telah dikenalkan oleh Ika akan sebentuk daun yang boleh di makan. Awal² lagi dia berpesan daun ni rasanya masam tapi dek kerana belimbing buloh pun aku boleh makan dengan selambanya... maka tidak hairanlah daun ini ku kunyah dengan selamba.

Di Gua Balai kami dapat masuk sehingga ke gerbang gua sebelah satu lagi. Ada cerita disebalik nama gua ini di mana salah satu ceritanya menyatakan gua ini merupakan tempat pertemuan 2 pahlawan melayu. Cerita lebih lanjut perlulah dengar sendiri daripada pencerita En Hamidi.

Di Gua Terang Bulan pula kami hanya sempat melihat dari luar sahaja sedangkan ianya sepanjang 400meter menjadikannya 800meter pergi dan balik ikut laluan yang sama.. membuatkan hati semakin geram dan teruja untuk masuk ke dalam. Ekoran waktu yang singkat dan keadaan tidak mengizinkan... kami berlalu pergi dengan hampa. Haruslah diingat keselamatan lebih penting daripada keseronokan. Hampir terlupa untuk memberi info tambahan, di sebelah kiri gua ini boleh dilakukan aktiviti abseiling. Oh! aku geram lagi.

Signboard Gua Tongkat.. gua lain.. lain signboardnya

Batu ini menyerupai apa? Terletak di pintu masuk Gua Terang Bulan

Inilah daun yang aku makan tu. Masamlah juga

Aktiviti siang kami untuk hari ini sampai di sini sahaja... Aktiviti malam menyusul nanti.



Thursday, April 18, 2013

Felda Residence Tekam - Datangnya Aku Sebagai Blogger

Jumaat, 12-04-2013

Aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat menjemputku mengikuti rombongannya ke Felda Residence Tekam. Difahamkan Felda Residence Tekam terletak di Jerantut, Pahang tidak jauh dari Jengka. Kalau Jengka tu taklah jauh mana... pernah pergi ke sana tahun lepas. Dengan perasaan ingin tahu, aku setuju akan jemputannya. Datangnya aku bukan setakat sebagai sahabat tetapi lebih kepada blogger jemputan.

Sabtu, 13-04-2013

Trip pada lewat pagi bermula dari FELDA Travel tidak jauh dari JUPEM KL. Toyota Furtuner membawa kami ke sana dengan selesanya. Perjalanan yang jauh tidak terasa... Kami berlima bergurau sesama kami walaupun baru sahaja kenal. Kemesraan begini memeriahkan lagi suasana dan perjalanan tidak membosankan. Mudah saja untuk pergi ke Felda Residence Tekam ni, ikuti saja catatan perjalanan ini. Dari KL kami menuju ke KARAK Highway melayan 'lap' melayan 'corner' seadanya. Amatlah sukacitanya bagi penunggang² motorsikal berkuasa tinggi 'melayan' highway ini. Ini baru nikmat pertama bagi yang ingin berkonvoi menggunakan dua roda. Bagi kami pula yang berpacuan empat roda... permandangan indah sudah cukup memadai. Dari KARAK highway seterusnya melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang ternyata lurus dan berkeadaan baik. Trip kami bagaikan sudah berjanji antara lapar dengan makanan. Pada jam dua belas lebih tengahari kami tiba di R&R Temerloh yang popular dengan ikan patinnya. Patin Buah berharga RM12 seekor|sepotong manakala patin sangkar berharga RM8 seekor|sepotong kalau tak silap. Timing memang kena... perut diisi sekadarnya... makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang.


Perut sudah diisi, Tekam kata mari. Kami menyambung semula perjalanan menuju ke Tekam, tidak lama menyambung perjalanan kami memilih keluar dari lebuhraya melalui Exit Chenor kemudian membelok ke kanan menghala ke Bandar Pusat Jengka. Meneruskan perjalanan melalui felda felda dan Bandar Pusat Jengka sehinggalah tiba di simpang tiga. Di sini hendaklah memilih ke kanan iaitu ke Maran bukannya kiri iaitu ke Jerantut. Tidak sampai pun beberapa kilometer anda akan nampak di sebelah kiri Tun Razak Agricultural Research Centre aka Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak. Landmarknya ada banyak piramid dan pos kawalan. Tidak perlu rasa was was... teruskan saja masuk dan menuju ke Felda Residence Tekam. Receptionist manis dan hansom menunggu di sana.


Panduan Arah:

  • KARAK Highway - Lebuhraya Pantai Timur - Exit Chenor.
  • T-Junction | Belok kanan arah Bandar Pusat Jengka
  • T-Junction | Belok kanan arah Maran
  • Signboard Felda Residence Tekam @ Tun Razak Agricultural Research Centre | Belok kiri


Thursday, April 11, 2013

Hutang


Hutang... inilah perkataan yang paling aku tak suka. Apatah lagi hendak berhutang. Tapi yang aku tak suka nilah yang sedang berlaku pada aku sekarang.

Semuanya bermula selepas SPM, aku ditawarkan sambung belajar dan tanpa perlu meminta hutang ditawarkan. Aku pun menerima dan sehingga kini aku masih membayarnya sikit demi sedikit. Hutang peribadi sendiri cari penyakit. Terima dan redha jelah dengan ujian yang satu ni. Memang sangat lega rasanya bila hutang peribadi ni selesai nanti. Lega kerana tiada lagi hutang dan lega kerana kesilapan dapat dibuang jauh². Hutang kereta pula masih lagi berlangsung manakala hutang motor sudah lama selesai. 1 hutang yang belum buat dan rasanya tidak mampu dielak iaitu hutang untuk beli rumah sendiri.

Leganya rasa jika tiada hutang lagi. Selagi ada hutang selagi itu hidup tidak aman. Zaman sekarang zaman berhutang... macamana nak elak dari berhutang aku pun tak tahu. Macamana nak mengurangkannya atau mengeksploitasikannya aku belum ada daya untuk semua itu.

Hawautanga...



Mataku Merah Merisaukan... samb



samb...

Isninnya 01-04-2013, Aku ke HUKM untuk berjumpa pakar mata. Setibanya di sana, makcik reception mencadangkan aku pergi ke Klinik Kesihatan Cheras dahulu dan dapatkan surat dari doktor sana kerana jika tidak.. mahu 5 jam tunggu pun tak tentu dapat jumpa doktor lagi. Atas nasihat makcik tadi aku pun pergilah ke Klinik Kesihatan Cheras. Dengan hanya membayar RM1 untuk pendaftaran... aku dapat jumpa doktor biasa. Keterangan demi keterangan aku berikan sehiggalah pada satu keterangan berbunyi..."Kalau jalan kat tempat panas macam kat luar ni... mata pedih." barulah doktor tu kata, "Macam ni kena jumpa doktor pakar mata... saya buat surat." Akhirnya dapat pun surat yang diingini kerana hasrat memang nak sangat check ngan doktor pakar. Surat rawatan susulan sudah berada ditangan tapi aku tidak terus pergi ke HUKM tetapi pergi makan tengahari dulu. Lapar dah ni.

Di HUKM, aku menuju ke bahagian Oftalmologi yang berada di tingkat 1. Terus ke bahagian pendaftaran dan bagi surat tadi pada awek di situ. Bayar RM5. Tunggu sekejap, nurse panggil dan buat test macam org nak buat cermin mata. Tutup mata sebelah dan baca nombor tu. Masuk bilik doktor pulak... minachi yang check aku. Dia ambil kertas dan kenakan pada bahagian dalam kelopak mata. Rupanya dia ambil sampel air untuk check PH. PH=7. Lepas tu doktor tu titiskan ubat mata dan check guna alat apa aku tak tahu. Lepas tu lagi dia titis pulak ubat mata lain. Sebelum dia titiskan dia cakap,"U akan kabur dalam 5-6jam". Lepas dititis aku lepak kat luar dalam sejam. Dalam tempoh sejam tu perlahan² aku perasan pandangan makin kabur. Nama doktor kat pintu dah kurang jelas... aku ambik enfon dan cuba baca sms tapi amatlah kaburnya sampaikan terpaksa luruskan tangan. Itulah jarak yang perlu untuk membaca. Terdetik dihatiku "Macam ni rupanya orang yang rabun tu." Uuuuu... x mau x mau.

2nd time masuk dan check lagi sekali. Kali ni ada doktor amoi pulak check sebab ada kesan yang perlu dipastikan. Check punya check tiada apa yang serius melampau. Cuma mataku burning sedikit... mungkin kerana clog remover tu panas. Doktor cakap nanti ambik ubat, 1 percuma 2 bayar. 1 ubat titis yang u ada tu 3x sehari, 1 lagi FML 2x sehari dan lagi 1 setiap 2jam. Aku keluar dan tunggu lagi untuk membayar dan masuk ke bilik lain untuk diambil gambar mata. Gambar mata diambil untuk didokumenkan. Turun dari bahagian Oftalmologi menuju ke farmasi ambik ubat. Di farmasi dapat 1 ubat, di kedai farmasi kena beli ubat setiap 2jam berharga RM36 sekotak. Ubat FML ketiadaan stok jadi aku gi beli kat farmasi area rumah... RM12 sebotol.

Dipendekkan cerita... aku kena gunakan ubat² tu sehingga appointment isnin depannya iaitu 08-04-2013. Pada hari appointment doktor awek pulak yang check. Hari ni aku kena bayar RM20 pulak. Sekejap je dia check dan dia kata "Mata awak ok, boleh berhenti guna ubat² tu. Sayang bagi awak MC hari ni". "Ubat yang setiap 2jam tu boleh buat apa doktor?", aku bertanya. Doktor tu jawap,"Ubat tu boleh simpan. Boleh guna macam eye-mo sebab dia pelembap.

So ubat;
  • NICOL: ubat yang biasa doktor bagi, dapat percuma tu, aku buang lagi pun setelah dibuka boleh pakai sebulan je.
  • FML: ubat yang beli dengan harga RM12, pun aku buang juga atas sebab yang sama.
  • VISMED: ubat yang beli dengan harga RM36 sekotak, dalam 1 kotak 20tiub, 1 tiub 0.3ml, setelah dibuka boleh digunakan dalam tempoh 12 jam shj, ubat yang ni aku simpan.
3 jenis ubat yang aku gunakan


Alhamdulillah mataku kembali pulih sediakala, berhati²lah ketika menggunakan bahan kimia, jagalah mata sebaik²nya. Dah merasa macamana pemandangan jadi kabur dan pasti aku taknak ia terjadi padaku. Biarlah usia yang menentukan. 


Tuesday, April 9, 2013

Mataku Merah Merisaukan

Sabtu, 30-03-2013


Mataku merah pedih dan menyakitkan. Berpunca daripada kecuaian dan percubaan yang dilakukan terhadap 2 bahan kimia yang pasti memberikan kesan jika dicampurkan.

Bilik mandi di rumah sudah tersumbat, jadi aku pun pergi ke kedai hardware membeli soda dan clog remover. Campuran soda dan air panas sudah pernah dicuba sebelum ini tapi tidak memberi kesan diharapkan. Untuk kali ini aku gunakan soda RM8 dan clog remover RM12. Di kedai hardware brother kedai ada cakap.. katanya, "campur soda sikit lagi kuat, nanti meletup macam bom... xde la macam bom yang bom tu." Balik ke rumah aku bercadang nak gunakan soda+air panas dahulu kemudian baru gunakan clog remover. Setelah aku tuangkan kesemua soda ke dalam lubang yang tersumbat tadi aku bertukar perancangan dimana nak gunakan clog remover bukannya air untuk dicampurkan dengan soda.

Dengan selamba aku pun tuanglah... ingatkan campuran 2 bahan tu hanya akan menggelegak sepertimana campuran soda+air panas tapi malang tidak berbau. Tindak balas campuran soda+clog remover menghasilkan letupan yang agak kuat dan tidak disangka. Air dari lubang yang tersumbat memancut menyembur tinggi sampai ke syiling. Aku yang berada dekat tidak sempat berbuat apa². Tindakan reflek menutup muka tidak berjaya menghalang kesemua air memancut ke muka. Akibatnya percikan air tadi berjaya memasuki mata. Masa ni aku hanya terfikir buta sahaja. Maklumlah botol clog remover itu tertulis 'toxic' padanya. Cepat² aku meraba sinki untuk mecuci mata sekaligus keseluruhan kepala dan tangan. Nasib baik pakai baju dan seluar panjang. Selamatlah juga bahagian lain. Cuci dan terus mencuci sampailah aku boleh celik semula. Selagi tak dapat nak celik mata selagi tulah aku risau.

Alhamdulillah akhirnya aku mampu celik dan boleh lihat semula tapi agak pedih. Cepat² aku tengok cermin dan dapati mata kananku sangat merah. Hati mula risau kembali takut ada kesan sampingan. Setelah beberapa minit berehat dan tenang barulah aku memandu ke Klinik Permaisuri. Di klinik doktor hanya bagi ubat mata yang biasa dapat kalau sakit mata biasa. Di klinik doktor mencuci mataku sekali lagi. Pesan dia,"Kalau tak elok dalam 2 hari... pergi hospital".

Malamnya aku keluar kerana mata sudah boleh celik namun merah tetap ada. Pemandangan macam biasa tiadak kabur atau berpinar. Pada satu masa aku letak ubat mata yang berbentuk gel dan terus mata aku tak boleh buka. Sudah agak lama baru aku titis pula ubat mata jenis titis kononnya nak redakan ubat mata jenis gel tadi tapi malang nasib aku kerana makin teruk pulak jadinya. Terpaksalah aku berehat lagi untuk meredakannya sampaikan kena cuci mata kat sinki. Cadangan nak makan stimbot terpaksa dibatalkan kerana mata merah dan sukar untuk celik. Jadi beli roti dan air kat 7e je buat alas perut malam tu.

Macam ni tak boleh jadi ni, isnin nanti kena gi hospital ni juga. Nak jumpa pakar mata supaya dia dapat check betul² mata aku. Aku sayang mata aku dan aku jaga agar terus terang seadanya.


Inilah soda dan clog remover yang dimaksudkan
Inilah ubat gel dan ubat titis yang dimaksudkan


Gotong Royong Di Royale Aryani, Terengganu | Enjoy

Jumaat, 15-03-2013

Sesudah pulang dari masjid, aktiviti bebas bermula. Ini baru dinamakan holiday... mula² jalan² dulu ke bilik² lain melawat kawasan kemudian balik ke bilik sendiri. Disebabkan tak tahu nak buat apa jadi penuhkan air kat tub yang terletak di luar bilik tapi terselindung. Air pun dah penuh... apa lagi tanggal towel berendamlah. Bosan juga berendam sampai mengantuk jadinya. Bangun terus ke bilik air dan mandi. Cadangnya nak tidur dalam bilik... ada ekon ada kipas ada tilam empok siap selimut tebal tapi disebabkan bunyi dengkur yang kuat dari rakan sebilik maka terpaksalah tukar plan dan keluar bilik.

Melangkah keluar dari bilik... aku teruskan langkah menuju ke swimming pool. Kat sini ada kerusi dan gazebo. Setibanya di sini... aku pergi ke gazebo yang kosong... tiada siapa pun. Patutlah kosong xde orang... ada kerengga rupanya. Tak jadi tido kat sini aku pergi kat atas kerusi malas tepi swimming pool ni. Baring sambil cuba lelapkan mata tapi tak berjaya. Bukan sebab cahaya matahari atau kerusi tak selesa tapi budak² hotel lain buat bising. Derang seronok main terjun², somersault dan juga balik kuang sambil ambik² gambar dan bergurau senda. Aku nak tido ni... mata mengantuk sebab tak cukup tido semalam. So aku berpindah lagi.
Derang nilah yang buat bising. Enjoy bro...

Cuba cuba tido

Kali ni aku ke Beach Club pula. Sini best.. redup terlindung dari cahaya matahari. Aku tarik kerusi malas ke tepi club dan bantal untuk lapik kepala. Fuhhhh... best dan layanz... redup... angin laut lagi... kalau ada selimut lagi best ni. Walaupun taklah lama mana aku tido tapi siap mimpi ntah kemana pergi pun tak tahu. Dah puas tido dan sedang bermalas²an dengan mata masih lagi terpejam... suara² sumbang sudah mula kedengaran. Makin lama makin ramai orang sampai. Minum petang dan aktiviti sukan sebentar lagi. Bangun² je terus makan keropok lekor dan kuih badak kot namanya. Memang best sangatlah lepas bangun tido terus makan minum. Suasana semakin menarik... Masing² boleh buat aktiviti sendiri... Ada yang jalan² tepi pantai sambil bergambar dan juga bermain.
Situlah port aku tido. Belakang tu

Aku? sudah pasti xkan lepaskan peluang ini. Mula² main bola sepak pantai... 6 sebelah... silau dan panas tapi tak terasa sangat. Lepas tu main bola tampar pantai pulak. Keluasan court main agak² je.. xde line xde apa. Main 2 set je... 1 set menang 1 set kalah. Dalam pada masa yang sama ada yang tengah mandi laut. Tiba² Azlan suruh semua lelaki berkumpul untuk angkat barang² BBQ. Cepat² otak aku berfikir camner aku nak join kawan² aku yang sempat lari ke tepi laut untuk mandi masa dia panggil tadi. Tiba² dapat idea... konon² nak pergi panggil derang. Sambil berjalan menuju ke pantai sambil jerit² "Naik naik... ada briefing". Ada pulak budak² lain bagi idea... "rotan derang bang". Bagus ni, dapat idea tambahan. Aku pun kutiplah ranting kayu sambil mengacah² konon nak besit deranglah nanti. Macam Kak Ros panggil adik²nya Upin dan Ipin waktu maghrib. Sampai je kat gigi air aku terus campak ranting kayu tu dan terus terjun mandi. Bestnya dah lama tak mandi laut. Masa air surut ni landai je so boleh mandi jauh². Abis hati la dapat mandi laut. Tak puas mandi lagi sebenarnya tapi disebabkan waktu tak mengizinkan... dengan berat hati terpaksalah keluar juga dan pergi ke swimmping pool untuk bilas air paip. Rupanya bukan bilas dengan air paip tapi dengan air klorin. Apa lagi terjunlah... macam biasa aku akan tanggalkan seluar pendek aku dan campak ke tepi kolam. Macam biasa juga pasti ramai yang memperhatikan aku. Relaxlah bro... aku bukan bogel pun.. ada seluar tight la. Masa untuk aku pula menyelam², terjun² dan somersault... balik kuang je tak buat. Dah puas baru balik ke bilik.
Goalkeeper yang santai

Bawah sudah... kasi gayat.

Selesai mandi dan apa yang patut, aku kembali ke tepi pantai. Aktiviti malam ni BBQ dan karaoke. Di pit BBQ, aku tolong chef bakar ayam, ikan, sosej, daging, kambing dan udang. Memang banyak sampai meleleh air mata kena asap. Bukan asap BBQ tapi unggun api yang dinyalakan di sebelah satu lagi. Tempat asalnya dah betul di tepi gelanggang bola tampar tapi atas arahan GM tanpa dibangkang oleh orang bawahannya... diturutkan saja pertukaran lokasi unggun api. Aku tak tahu yang arah angin menghala ke pit BQQ... kalau tau nak juga aku bangkang. Sambil² BBQ aktiviti karaoke bermula sampai ke tengah malam hujan turun. Lintang pukang masing² lari selamatkan diri daripada basah. Kalau tak hujan ni mau berkaraoke lagi 2-3jam baru masing² balik tido.
Dengan Chef Amin

Karaoke baru bermula

Chief Steward juga membantu

Inilah video yang dirakam secara kebetulan. Suasana dah macam tsunami. Play it bebeh!