Manisnya senyuman terukir dibibir. Itulah pandangan mataku yang pertama ketika memandang ke arah reception yang comel dan hansome. Rehat sebentar di sofa empuk sementara Organizer En Azahari uruskan semuanya. Sekejap sahaja kami dah dapat kunci bilik no 7 iaitu bilik Deluxe berada tidak jauh dari lobby. Bilik Deluxe yang disediakan bersih, 1 single bed dan 1 queen bed sesuai utk 3 orang, lengkap dengan penghawa dingin yang menyamankan siang dan malam, tv dengan saluran astro terpilih, bilik air dengan toiletries standard dan juga air panas... cuma pulas sahaja ke arah yang betul. Aku sendiri jarang sangat mandi guna air panas... lagi sejuk lagi aku suka. Nak bancuh air cuma perlu masak sahaja air panas... kettle disediakan.
Hujung sana penghujung flying fox |
Petzl... tidak ragu lagi |
Peace Yo!!! Nothing to afraid... just flying without wing. |
Selesai berflying fox, kami akan dibawa melawat gua di sekitar Kota Gelanggi. Di Kota Gelanggi, terdapat gua² yang mudah, sederhana dan sukar untuk diterokai. Antaranya ialah:
- Gua Sanding
- Gua Angin
- Gua Terang Bulan
- Gua Tongkat
- Gua Tangga 99
- Gua Penyu
- Gua Kepala Gajah
- Gua Hijau
- Gua Balai
Berikutan cuaca yang kurang baik petang itu. Kami hanya sempat menjelajah ke Gua Tongkat, Gua Balai dan muka Gua Terang Bulan sahaja. Bagi sesiapa yang ingin atau bercadang menjelajah gua² ini bolehlah hubungi saya di WhatsApp |0169209839 kerana saya juga ingin ke sini semula dan meneroka kesemua gua yang ada. Pengalaman meneroka Gua Batu Maloi di Tampin Negeri Sembilan ingin diulangai lagi di sini. Setiap gua² ini diberi nama bukan suka² tetapi ada sebab dan cerita disebaliknya samada realiti atau mitos.
Di Gua Tongkat yang diberi nama sempena bertemunya bersambungnya stalactite dan stalagmite yang membentuk rupa seakan tongkat. Ketika ini hujan turun dengan lebatnya menyebabkan program sedikit tergendala. Di sini juga dibenarkan berkhemah... punca air bersih bukanlah masalah. Aku juga telah dikenalkan oleh Ika akan sebentuk daun yang boleh di makan. Awal² lagi dia berpesan daun ni rasanya masam tapi dek kerana belimbing buloh pun aku boleh makan dengan selambanya... maka tidak hairanlah daun ini ku kunyah dengan selamba.
Di Gua Balai kami dapat masuk sehingga ke gerbang gua sebelah satu lagi. Ada cerita disebalik nama gua ini di mana salah satu ceritanya menyatakan gua ini merupakan tempat pertemuan 2 pahlawan melayu. Cerita lebih lanjut perlulah dengar sendiri daripada pencerita En Hamidi.
Di Gua Terang Bulan pula kami hanya sempat melihat dari luar sahaja sedangkan ianya sepanjang 400meter menjadikannya 800meter pergi dan balik ikut laluan yang sama.. membuatkan hati semakin geram dan teruja untuk masuk ke dalam. Ekoran waktu yang singkat dan keadaan tidak mengizinkan... kami berlalu pergi dengan hampa. Haruslah diingat keselamatan lebih penting daripada keseronokan. Hampir terlupa untuk memberi info tambahan, di sebelah kiri gua ini boleh dilakukan aktiviti abseiling. Oh! aku geram lagi.
Signboard Gua Tongkat.. gua lain.. lain signboardnya |
Batu ini menyerupai apa? Terletak di pintu masuk Gua Terang Bulan |
Inilah daun yang aku makan tu. Masamlah juga |
si bulat cua....hahahaaaaa
ReplyDelete