Aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat menjemputku mengikuti rombongannya ke Felda Residence Tekam. Difahamkan Felda Residence Tekam terletak di Jerantut, Pahang tidak jauh dari Jengka. Kalau Jengka tu taklah jauh mana... pernah pergi ke sana tahun lepas. Dengan perasaan ingin tahu, aku setuju akan jemputannya. Datangnya aku bukan setakat sebagai sahabat tetapi lebih kepada blogger jemputan.
Sabtu, 13-04-2013
Trip pada lewat pagi bermula dari FELDA Travel tidak jauh dari JUPEM KL. Toyota Furtuner membawa kami ke sana dengan selesanya. Perjalanan yang jauh tidak terasa... Kami berlima bergurau sesama kami walaupun baru sahaja kenal. Kemesraan begini memeriahkan lagi suasana dan perjalanan tidak membosankan. Mudah saja untuk pergi ke Felda Residence Tekam ni, ikuti saja catatan perjalanan ini. Dari KL kami menuju ke KARAK Highway melayan 'lap' melayan 'corner' seadanya. Amatlah sukacitanya bagi penunggang² motorsikal berkuasa tinggi 'melayan' highway ini. Ini baru nikmat pertama bagi yang ingin berkonvoi menggunakan dua roda. Bagi kami pula yang berpacuan empat roda... permandangan indah sudah cukup memadai. Dari KARAK highway seterusnya melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang ternyata lurus dan berkeadaan baik. Trip kami bagaikan sudah berjanji antara lapar dengan makanan. Pada jam dua belas lebih tengahari kami tiba di R&R Temerloh yang popular dengan ikan patinnya. Patin Buah berharga RM12 seekor|sepotong manakala patin sangkar berharga RM8 seekor|sepotong kalau tak silap. Timing memang kena... perut diisi sekadarnya... makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang.
Perut sudah diisi, Tekam kata mari. Kami menyambung semula perjalanan menuju ke Tekam, tidak lama menyambung perjalanan kami memilih keluar dari lebuhraya melalui Exit Chenor kemudian membelok ke kanan menghala ke Bandar Pusat Jengka. Meneruskan perjalanan melalui felda felda dan Bandar Pusat Jengka sehinggalah tiba di simpang tiga. Di sini hendaklah memilih ke kanan iaitu ke Maran bukannya kiri iaitu ke Jerantut. Tidak sampai pun beberapa kilometer anda akan nampak di sebelah kiri Tun Razak Agricultural Research Centre aka Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak. Landmarknya ada banyak piramid dan pos kawalan. Tidak perlu rasa was was... teruskan saja masuk dan menuju ke Felda Residence Tekam. Receptionist manis dan hansom menunggu di sana.
Panduan Arah:
- KARAK Highway - Lebuhraya Pantai Timur - Exit Chenor.
- T-Junction | Belok kanan arah Bandar Pusat Jengka
- T-Junction | Belok kanan arah Maran
- Signboard Felda Residence Tekam @ Tun Razak Agricultural Research Centre | Belok kiri
No comments:
Post a Comment
comment form message