Jumaat, 15-03-2013
Sesudah pulang dari masjid, aktiviti bebas bermula. Ini baru dinamakan holiday... mula² jalan² dulu ke bilik² lain melawat kawasan kemudian balik ke bilik sendiri. Disebabkan tak tahu nak buat apa jadi penuhkan air kat tub yang terletak di luar bilik tapi terselindung. Air pun dah penuh... apa lagi tanggal towel berendamlah. Bosan juga berendam sampai mengantuk jadinya. Bangun terus ke bilik air dan mandi. Cadangnya nak tidur dalam bilik... ada ekon ada kipas ada tilam empok siap selimut tebal tapi disebabkan bunyi dengkur yang kuat dari rakan sebilik maka terpaksalah tukar plan dan keluar bilik.
Melangkah keluar dari bilik... aku teruskan langkah menuju ke swimming pool. Kat sini ada kerusi dan gazebo. Setibanya di sini... aku pergi ke gazebo yang kosong... tiada siapa pun. Patutlah kosong xde orang... ada kerengga rupanya. Tak jadi tido kat sini aku pergi kat atas kerusi malas tepi swimming pool ni. Baring sambil cuba lelapkan mata tapi tak berjaya. Bukan sebab cahaya matahari atau kerusi tak selesa tapi budak² hotel lain buat bising. Derang seronok main terjun², somersault dan juga balik kuang sambil ambik² gambar dan bergurau senda. Aku nak tido ni... mata mengantuk sebab tak cukup tido semalam. So aku berpindah lagi.
|
Derang nilah yang buat bising. Enjoy bro... |
|
Cuba cuba tido |
Kali ni aku ke Beach Club pula. Sini best.. redup terlindung dari cahaya matahari. Aku tarik kerusi malas ke tepi club dan bantal untuk lapik kepala. Fuhhhh... best dan layanz... redup... angin laut lagi... kalau ada selimut lagi best ni. Walaupun taklah lama mana aku tido tapi siap mimpi ntah kemana pergi pun tak tahu. Dah puas tido dan sedang bermalas²an dengan mata masih lagi terpejam... suara² sumbang sudah mula kedengaran. Makin lama makin ramai orang sampai. Minum petang dan aktiviti sukan sebentar lagi. Bangun² je terus makan keropok lekor dan kuih badak kot namanya. Memang best sangatlah lepas bangun tido terus makan minum. Suasana semakin menarik... Masing² boleh buat aktiviti sendiri... Ada yang jalan² tepi pantai sambil bergambar dan juga bermain.
|
Situlah port aku tido. Belakang tu |
Aku? sudah pasti xkan lepaskan peluang ini. Mula² main bola sepak pantai... 6 sebelah... silau dan panas tapi tak terasa sangat. Lepas tu main bola tampar pantai pulak. Keluasan court main agak² je.. xde line xde apa. Main 2 set je... 1 set menang 1 set kalah. Dalam pada masa yang sama ada yang tengah mandi laut. Tiba² Azlan suruh semua lelaki berkumpul untuk angkat barang² BBQ. Cepat² otak aku berfikir camner aku nak join kawan² aku yang sempat lari ke tepi laut untuk mandi masa dia panggil tadi. Tiba² dapat idea... konon² nak pergi panggil derang. Sambil berjalan menuju ke pantai sambil jerit² "Naik naik... ada briefing". Ada pulak budak² lain bagi idea... "rotan derang bang". Bagus ni, dapat idea tambahan. Aku pun kutiplah ranting kayu sambil mengacah² konon nak besit deranglah nanti. Macam Kak Ros panggil adik²nya Upin dan Ipin waktu maghrib. Sampai je kat gigi air aku terus campak ranting kayu tu dan terus terjun mandi. Bestnya dah lama tak mandi laut. Masa air surut ni landai je so boleh mandi jauh². Abis hati la dapat mandi laut. Tak puas mandi lagi sebenarnya tapi disebabkan waktu tak mengizinkan... dengan berat hati terpaksalah keluar juga dan pergi ke swimmping pool untuk bilas air paip. Rupanya bukan bilas dengan air paip tapi dengan air klorin. Apa lagi terjunlah... macam biasa aku akan tanggalkan seluar pendek aku dan campak ke tepi kolam. Macam biasa juga pasti ramai yang memperhatikan aku. Relaxlah bro... aku bukan bogel pun.. ada seluar tight la. Masa untuk aku pula menyelam², terjun² dan somersault... balik kuang je tak buat. Dah puas baru balik ke bilik.
|
Goalkeeper yang santai |
|
Bawah sudah... kasi gayat. |
Selesai mandi dan apa yang patut, aku kembali ke tepi pantai. Aktiviti malam ni BBQ dan karaoke. Di pit BBQ, aku tolong chef bakar ayam, ikan, sosej, daging, kambing dan udang. Memang banyak sampai meleleh air mata kena asap. Bukan asap BBQ tapi unggun api yang dinyalakan di sebelah satu lagi. Tempat asalnya dah betul di tepi gelanggang bola tampar tapi atas arahan GM tanpa dibangkang oleh orang bawahannya... diturutkan saja pertukaran lokasi unggun api. Aku tak tahu yang arah angin menghala ke pit BQQ... kalau tau nak juga aku bangkang. Sambil² BBQ aktiviti karaoke bermula sampai ke tengah malam hujan turun. Lintang pukang masing² lari selamatkan diri daripada basah. Kalau tak hujan ni mau berkaraoke lagi 2-3jam baru masing² balik tido.
|
Dengan Chef Amin |
|
Karaoke baru bermula |
|
Chief Steward juga membantu |
Inilah video yang dirakam secara kebetulan. Suasana dah macam tsunami. Play it bebeh!
No comments:
Post a Comment
comment form message