Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, March 20, 2013

Gotong Royong Di Royale Aryani, Terengganu | Kerja



Khamis, 20-03-2013

Seawal 7.30 pagi lagi Rizal Sec ambik aku kat Papa Rich Bdr Sri Permaisuri kemudiannya bersarapan pagi di Irshat. Menu Roti Arab dan Teh o suam. Selesai breakfast dalam pukul 8.00 pagi barulah pergi ke tempat berkumpul iaitu di Lobby Royale Bintang Damansara dengan menunggang EX-5. Jalan yang dipilih oleh Rizal ialah Jalan Istana - SPRINT.

Tiba, loading barang seperti perkakas pembersihan dan makanan ke dalam bas double decker 2-2 seater dan briefing kat Ballroom. Lebih kurang pukul 10.00 pagi barulah bertolak dari sini Royale Bintang Damansara ke The Royale Aryani Terengganu. Laluan dipilih pemandu bas ialah LDP - KARAK - LPT - Kuala Terengganu - Merang. Tiba di Royale Aryani hampir pukul 8.00 malam. Perjalanan memang lama sangat sebab berhenti makan tengahari di R&R Temerloh dan juga singgah toilet lebih kurang 5 tempat. Bayangkan jelah penuh bas tu kalau dah hampir semua turun ke toilet dan shopping kat kedai Mesra atau Select mau setengah jam le berhenti. Kerana kesengalan tak sampai²... maka terberlakonlah secara spontan satu sketsa seorang bidan menyambut kelahiran bayi di dalam bas. Mak bidan ialah seorang HR Asst dan ibu yang melahirkan anak ialah seorang Purchasing Asst. Semua gara² si Purchasing Asst selimut kakinya dengan tuala biru. Akhirnya tiba juga kami dengan di sambut oleh General Manager En Faizal dan rombongan kami juga dijamu dengan Welcome Drink keropok lekor dan juga air halia serai ais.




Selepas taklimat ringkas, pemberian kunci bilik, masuk bilik masing² mandi² dulu barulah kembali ke Serai Restaurant untuk dinner. Aku dapat bilik Deluxe Garden no 16. Selesai dinner aktiviti bebas dan kebanyakannya tgk tv dan tido. Time ni dah tengah malam juga la.


Jumaat, 21-03-2013
Bangun awal dan sempat berjalan ke tepi pantai lebih kurang pukul 7.45pagi. Ada pulak si Syarul ENG tengah baik punya termenung mengenang nasib di perantauan. Snap² lepak² sembang kejap pastu berjalan ke Serai Restaurant untuk breakfast pula. Siap breakfast ke dewan dan taklimat gotong royong bermula. Kumpulan aku kena bersihkan cermin dan laman area Garden Village. Gotong royong menyapu, mencuci, mengutip, menarik, mencampak, menakik bermula. Bersih semua tingkap, atap² dan laman dikerjakan. Siap ada delivery air mineral dan sirap ais lagi. Thank to delivery boy. Siap awal rehat awal... jadi sempatlah aku melepak kat kerusi malas tak jauh dari pantai. Cuaca pun pun makin panas dan telah beralih kerusi beberapa kali barulah kami beredar dari sini.

Saja² pergi awal kat Serai Restaurant, lauk lunch dah siap, Roslan tengah sedap makan, Shanker - Amin - Sazali baru mula makan manakala aku baru cedok lauk ke pinggan. Baru cadang nak makan... Azlan jerit panggil untuk taklimat ringkas di pool side. Waktu makan belum lagi pun. Tak pasal² berenti makan dan aku pulak letak je la pinggan yang penuh dengan dengan lauk kat atas meja. Turun dengar taklimat dan bergambar... Dah nak habis taklimat slow² mengundur dan lari!!! ke Serai Restaurant sebaik sahaja Azlan cakap "bersurai". Makan²... balik ke bilik mandi².. siap² untuk ke masjid. Jam 1.20 petang... kami semua seramai 6 orang bertolak ke masjid dengan menaiki bas double decker 2-2 seater. Memang sangat² selesalah.



No comments:

Post a Comment

comment form message