Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, April 11, 2013

Mataku Merah Merisaukan... samb



samb...

Isninnya 01-04-2013, Aku ke HUKM untuk berjumpa pakar mata. Setibanya di sana, makcik reception mencadangkan aku pergi ke Klinik Kesihatan Cheras dahulu dan dapatkan surat dari doktor sana kerana jika tidak.. mahu 5 jam tunggu pun tak tentu dapat jumpa doktor lagi. Atas nasihat makcik tadi aku pun pergilah ke Klinik Kesihatan Cheras. Dengan hanya membayar RM1 untuk pendaftaran... aku dapat jumpa doktor biasa. Keterangan demi keterangan aku berikan sehiggalah pada satu keterangan berbunyi..."Kalau jalan kat tempat panas macam kat luar ni... mata pedih." barulah doktor tu kata, "Macam ni kena jumpa doktor pakar mata... saya buat surat." Akhirnya dapat pun surat yang diingini kerana hasrat memang nak sangat check ngan doktor pakar. Surat rawatan susulan sudah berada ditangan tapi aku tidak terus pergi ke HUKM tetapi pergi makan tengahari dulu. Lapar dah ni.

Di HUKM, aku menuju ke bahagian Oftalmologi yang berada di tingkat 1. Terus ke bahagian pendaftaran dan bagi surat tadi pada awek di situ. Bayar RM5. Tunggu sekejap, nurse panggil dan buat test macam org nak buat cermin mata. Tutup mata sebelah dan baca nombor tu. Masuk bilik doktor pulak... minachi yang check aku. Dia ambil kertas dan kenakan pada bahagian dalam kelopak mata. Rupanya dia ambil sampel air untuk check PH. PH=7. Lepas tu doktor tu titiskan ubat mata dan check guna alat apa aku tak tahu. Lepas tu lagi dia titis pulak ubat mata lain. Sebelum dia titiskan dia cakap,"U akan kabur dalam 5-6jam". Lepas dititis aku lepak kat luar dalam sejam. Dalam tempoh sejam tu perlahan² aku perasan pandangan makin kabur. Nama doktor kat pintu dah kurang jelas... aku ambik enfon dan cuba baca sms tapi amatlah kaburnya sampaikan terpaksa luruskan tangan. Itulah jarak yang perlu untuk membaca. Terdetik dihatiku "Macam ni rupanya orang yang rabun tu." Uuuuu... x mau x mau.

2nd time masuk dan check lagi sekali. Kali ni ada doktor amoi pulak check sebab ada kesan yang perlu dipastikan. Check punya check tiada apa yang serius melampau. Cuma mataku burning sedikit... mungkin kerana clog remover tu panas. Doktor cakap nanti ambik ubat, 1 percuma 2 bayar. 1 ubat titis yang u ada tu 3x sehari, 1 lagi FML 2x sehari dan lagi 1 setiap 2jam. Aku keluar dan tunggu lagi untuk membayar dan masuk ke bilik lain untuk diambil gambar mata. Gambar mata diambil untuk didokumenkan. Turun dari bahagian Oftalmologi menuju ke farmasi ambik ubat. Di farmasi dapat 1 ubat, di kedai farmasi kena beli ubat setiap 2jam berharga RM36 sekotak. Ubat FML ketiadaan stok jadi aku gi beli kat farmasi area rumah... RM12 sebotol.

Dipendekkan cerita... aku kena gunakan ubat² tu sehingga appointment isnin depannya iaitu 08-04-2013. Pada hari appointment doktor awek pulak yang check. Hari ni aku kena bayar RM20 pulak. Sekejap je dia check dan dia kata "Mata awak ok, boleh berhenti guna ubat² tu. Sayang bagi awak MC hari ni". "Ubat yang setiap 2jam tu boleh buat apa doktor?", aku bertanya. Doktor tu jawap,"Ubat tu boleh simpan. Boleh guna macam eye-mo sebab dia pelembap.

So ubat;
  • NICOL: ubat yang biasa doktor bagi, dapat percuma tu, aku buang lagi pun setelah dibuka boleh pakai sebulan je.
  • FML: ubat yang beli dengan harga RM12, pun aku buang juga atas sebab yang sama.
  • VISMED: ubat yang beli dengan harga RM36 sekotak, dalam 1 kotak 20tiub, 1 tiub 0.3ml, setelah dibuka boleh digunakan dalam tempoh 12 jam shj, ubat yang ni aku simpan.
3 jenis ubat yang aku gunakan


Alhamdulillah mataku kembali pulih sediakala, berhati²lah ketika menggunakan bahan kimia, jagalah mata sebaik²nya. Dah merasa macamana pemandangan jadi kabur dan pasti aku taknak ia terjadi padaku. Biarlah usia yang menentukan. 


No comments:

Post a Comment

comment form message