Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, September 5, 2016

Gunung Rajah Via KKB 20-21082016 Part 2

Berada di LWP tp bekalan air diambil di RnR sedangkan LWPlah punca air terakhir. Sebabnya tiada sorang pun antara kami yg pernah turun ke sini sebelumnya. Drp nak ambik risiko samada ada air atau tidak, sejauh sesusah mana untuk turun ke punca air itu... lebih baiklah kami siap tapau dr RnR. Katakan tiada air macamana kami nak survive kat puncak nanti kan. Cadangnya balik nanti baru jengah tgk.

Misi seterusnya untuk tiba di Wall Climbing sebelum gelap. Tgk map kat GPS... wow jauhnya. Treknya mendaki dan terus mendaki sampailah puncak then belok kiri. Konturnya rapat rapat gitu. Tak rela ku tgk. Apatah lg jaraknya. Macam biasa aku kekal sebagai Sweeper. Melangkah mengikut rentak pendaki hadapan. Kelajuan melangkah kena tune... bernafas pun kena tune sama.

Trek kali ini agak bosan dgn bentuk muka bumi yg sama shj. Byk kali kami take 5. Maklumlah mendaki dgn beg besar dibadan. Dah mcm gunung chabang pun ada. Ada laluan macam masuk kebun pokok mengkuang. "Berita dr lastman berita dr lastman over. Kami dah sampai kaws pokok mengkuang." "Terima terima. CL tgh mencanak ni. Jarak kita dalam 20min je." "Alhamdulillah CL dah sampai batu wall climbing ni." "Team last team last br sampai astray. Harap maklum." Beginilah lebih kurang cara kami berkomunikasi antara satu sama lain. Yang penting sesama sendiri dapat agak lokasi sesama sahabat pendaki.

Waktu maghrib kami berehat sebentar memberi laluan pertukaran waktu siang ke malam. Lokasi kami ketika ini selekoh sebelum batu wall climbing. Team tgh br melepasinya sebelum maghrib. Selepas berehat sebentar kami sambung semula pendakian. Kalau x silap antara 10-20 minit sampailah kami di batu wall climbing. Melihatkan keadaan trek batu ni, memang bahaya untuk wanita memanjat bersama beg. Jadi apa yg kami team akhir lakukan adalah begini.

L3 tunggu di bawah bersama W1 dan W2. L1 naik dgn beg sendiri tgu kat atas sekali. L2 naik dgn beg sendiri tinggalkan beg kat atas sekali kemudian turun balik. W1 dan W2 tinggalkan beg. L2 escort W1 dan W2 panjat dinding batu ni bergilir2 sampailah mereka sampai kat atas sekali dimana L1 sudah menanti untuk support dari atas. L2 ulang alik pakai beg W1 dan W2 bawa ke atas sekali. L3 mendaki dgn beg sendiri ke atas sekali. Beberapa meter sebelum sampai sini team tgh sdh tinggalkan jejak iaitu lampu liplap hijau. Bila nampak lampu liplap ni bersemangat rasanya. Lampu liplap ni aku yg kutip.

Setelah semua berada di atas kami berpecah menjadi 2 3. Setiap wanita pasti ada lelaki menjaganya. Amanah oleh si suami mesti kami tepati. "Tlg jaga isteri aku". Ayat sebenar dr si suami aku tak ingat. Team belakang tinggal bertiga. Mendaki dan terus mendaki. Mukabuminya sama shj. Xde puncak tipu xde bonus. Trek fedup kami panggil. Banyak kali kami take 5. Perut dah lapar, mata dah kuyu, mulut dah menguap. Namun pendakian tetap diteruskan. Tiada port lain kami akan bermalam selain puncak puncak puncak. Pada satu ketika aku nmpk lampu dr puncak. Memang sengaja team depan pasang. Mereka dah sampai lama. Nak diikutkan x jauh mana pun lagi. Sebab dah nmpk kan. Dr perbualan walkie talkie, doc gebu gebas turun semula ke bawah untuk mental n fizikal support. Demi kawan demi susah senang bersama, yang bertenaga menolong yg lemah. Org lama support org baru. Tidak sama sekali mengkondem mereka.

Akhirnya selepas berjuang dari gelap ke cerah, cerah ke gelap... kami pun tiba di puncak. Puas ati sampai kat puncak. Flysheet dah siap pasang. Kuarkan segala ration dan air company untuk chef masak. Sementara itu kami tukar pakaian dsbnya. Menu kami mlm ini nasi putih + tomyam ayam + kangkung ikan masin + telur dadar + ntah. Seperti biasa dibawah fly edisi makan minum, sembang2, ambil gambar dsbnya. Fizikal tiada siapa yg krem atau terseliuh. Alhamdulillah sihat belaka. Cuaca mlm ni baik. Cuma ada tetamu tak diundang sahaja. Tahap kesejukan mlm ni biasa biasa shj.

Bersambung...

CuaLahNi
0193682500
06092016@2.09am

2 comments:

comment form message