Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, December 15, 2014

Selamat Tinggal Tahun 2014

Sedikit jemu dengan kehidupan tahun ini. Mungkin disebabkan banyak aktiviti sama dilakukan. Antaranya...

1. Marathon.
- Banyak sangat marathon sampaikan almari baju aku dah penuh dengan baju baju dry fit. Paling aku suka baju sponsor by Salomon.
- Trail run, half marathon on road aku dah cuba. Full marathon memang tidaklah melainkan aku nak mencuba triathlon.

2. Air Terjun
- Asyik asyik ke Sg Chiling Waterfall dan juga Lepoh Waterfall. Tapi bermalamnya dah lama tak buat.

3. Mendaki Gunung
- Pastinya peberet aku ialah Trans Gopeng Cameron Highland. Tahun ni dpt meredah hutan pada musim hujan. Pacatnya yang sedia menanti di laluan, treknya yang licin dan becak, juga hujan yang sentiasa menemani sewaktu trekking sangat mengembirakan aku.
- Support OKU mendaki Gunung Kinabalu juga sangat mengujakan. Tambah tambah bila dapat bersama mereka sampai ke puncak. Walaupun terlepas pemandangan matahari terbit namun itu bukan tujuan utama. Paling penting pastikan misi OKU ke puncak Gunung Kinabalu berjaya.
- Mendaki Gunung Datuk buat kali ke empat tapi pertama kali mendaki pada waktu malam.
- Mendaki Bukit Kutu yang menyiksakan. Rasa macam nak patah balik je. Takkan aku mendaki lagi sebaik habisnya Ramadhan ataupun Syawal. Badan belum fit sepenuhnya.
- CUS bakal aku tempohi pada minggu Chrismas ni. Moga aku berjaya dengan mudah dan gembira tanpa ada apa apa yg tidak diingini berlaku.

Tahun 2015 bakal menjelma... otak sudah mula merancang aktiviti.

No comments:

Post a Comment

comment form message