Hari tu aku pergi ke kaunter zakar PPZ Shamelin, tujuannya menyerahkan cek bayaran zakat staff staff tempat aku bekerja. Sambil serahkan cek tu aku bersembanglah juga dengan pekerja di kaunter tu. Ada dua pengisian yang aku nak kongsikan bersama hasil perbualan kami.
Pertamanya, Niat berzakat adalah untuk menyucikan harta atas
perintah Allah bukannya niat sebab nak lari daripada bayar cukai. Aku terfikir
sejenak akan kata-katanya ini. Ramai diantara kawan yang bayar zakat sebab tak
nak bayar cukai. Katanya lagi semoga lama kelamaan membayar zakat menjadi
kebiasaan kerana tuntutan agama bukan lagi kerana mengelak cukai. Marilah sama
sama kita perbetulkan balik niat kita bayar zakat.
Keduanya, Setelah diimbas kembali akan diriku sendiri… baru
dua tahun aku membayar zakat manakala sebelum-belumnya aku tidak membayar walau
sesen pun. “Tengok tu, baru dua tahun ko bayar zakat Allah dah tambahkan
rezeki… kalau dari dulu bayar zakat…berapa banyak dah dapat”, kata pegawai itu
setelah melihat akan contengan gaji aku tahun tahun kebelakang. Terkedu aku
sekejap… sedikit penyesalan terasa di sanubari. Kenapalah aku tak bayar zakat
sebelum ni. Nasib baik aku tekad membayar zakat bermula dua tahun yang lalu
walhal sebelumnya kira kira di atas kertas menunjukkan tiada lebihan wang untuk
bayar zakat.
Malam esoknya aku mengira kembali gaji kasarku setiap tahun. Gaji dan bonus dikira setakat mana yang ingat sahaja. Berdasarkan nilai nilai zakat yang belum berbayar ni… aku akan berusaha merancang dan membayarnya mengikut kemampuan semasa.
Apa yang aku buat adalah;
1. Create table macam kat bawah ni.
1. Create table macam kat bawah ni.
2. Masukkan syarikat anda bekerja berdasarkan tahun dan bulan. Dah macam statistik tukar kerja pun ada aku tengok.
3. Gantikan nama syarikat dengan gaji kasar. Tambahkan bonus jika ada.
4. Layari website PPZ dan gunakan aplikasi Taksir Zakat untuk menyemak samada kena bayar zakat atau tidak bagi tahun tahun kebelakang.
Table kerja kat mana |
Kita kena bayar zakat kalau jumlah pendapatan yang layak
dizakat melebihi nilai nisab je. Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan
samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan
dengan 85 gram emas nilai semasa. Bawah ni kadar nisab dari 2004 hingga 2014.
Kadar Nisab. Source: http://www.zakat.com.my/info-zakat/arkib-nisab-tahunan |
Apa yang dikongsikan di sini adalah bekenaan zakat pendapatan bukan zakat fitrah tau.
Selamat membayar zakat. Tunaikanlah rukun islam yang ke empat. Zakat membawa berkat.
No comments:
Post a Comment
comment form message