Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, August 6, 2014

Duit Raya Jurutol


Sampul Raya yang aku gunakan tahun ni 2014.
Sudah menjadi kelaziman bagi diriku sejak beberapa tahun yang lalu aku akan menghulurkan sampul raya berisi kepada jurutol. Aku lakukannya kerana aku dapat mengembirakan mereka selain diri aku sendiri. Aku paham akan perasaan insan insan yang tak dapat balik beraya tapi terpaksa bekerja... sebabnya aku pun pernah bekerja juga pada pagi syawal dulu dulu.

Walaupun tak seberapa tapi reaksi sponton mereka apabila menerima sampul raya itu menggambarkan emosi mereka. Tidak kira samada aweks atau akaks atau makciks atau abangs... akan aku beri. Ada antara mereka terkejut tidak menyangka mendapat duit raya memandangkan umur dan status mereka. Macam macam emosi yang aku terima yang mana setiap emosi itu menggembirakan kedua-dua pihak. Mana tidaknya... aku melalui lorong tunai tetapi menggunakan Touch 'n Go walaupun Smartag tersedia ada. Menghulurkan sampul raya bukannya tiket beserta bayaran tol.

Terima kasih kepada jurutol semua kerana menerima pemberian yang tak seberapa malah membalasnya dengan ucapan dan senyum riang. Tak kira anda di tol Jln Duta, Bidor, Gopeng atau mana mana sahaja. 
InsyaAllah tahun depan kita ketemu lagi.






3 comments:

  1. Yeahhh!! Kalu bagi kt org y tolong pam kan minyakk pun boleyy jugak kann...kannn

    ReplyDelete
  2. jambanggg..moga ko dimurahkan rezeki.. :-)

    ReplyDelete

comment form message