Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, July 1, 2014

Sedekah Ramadhan

Petang tadi bertempat di bazaar ramadhan kgb, ada seorang awek cun ni beli 15 ketul kuih koci dan 15 ketul kuih lepat pisang. Harga yang dibayar kat makcik penjual sebanyak rm2 bagi setiap 5 ketul kuih. Jadi sebanyak rm12 dibelanjakan untuk kuih muih ini sahaja. Bilangan kuih yang awek ni beli membuatkan aku berasa ianya bukan untuk seisi keluarga. Lalu perbualan kami bermula.

Katanya kuih muih ini dia akan bagi dekat masjid yang dia akan singgah masa balik ke rumah nanti. Biasanya dia akan buat begini apabila pergi ke bazaar ramadhan. Tahun tahun lepas juga dia ada melakukan perkara yang sama. Mulianya hati dia...itu yang terdetik di hatiku ini. Sangat aku tak sangka sangat aku tak terfikir untuk buat begini. Apa yg biasa didengar ialah belanja kawan makan dan masuk moreh sahaja.

Kini aku dapat cara memberi/sedekah kena dengan jiwa aku. Apalah salahnya sambil beli juadah untuk diri sendiri...beli lebih untuk orang lain juga. Patutlah tahun ni aku rasa nak berbuka dan bertarawih kat masjid masjid sekitar. Rupanya Allah nak tunjukkan jalan bersedekah dan menambah pahala yang dicari2 Ramadhan ini. Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan melalui awek cun ini petang tadi.

Walaupun syaitan telah dirantai namun pemikiran banyak duit perlu dilabur untuk sambutan hari raya telah disematkannya sebelum Ramadhan bermula lagi lalu membuatkan kita kedekut untuk bersedekah di bulan mulia ini. Moga apa yang dilakukan oleh awek cun ini tadi memberi pengajaran berguna untuk kita semua. Terima kasih awek cun. Moga dikau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amiin.

.

No comments:

Post a Comment

comment form message