Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, July 1, 2014

MARDI-MAEPS Trail Running 2014




Ahad - 22 Jun 2014, Acara berlangsung di MAEPS Serdang Selangor. Selama ini, semua trail running tidaklah sesusah mana sehinggalah trail kali ini yang menyajikan canak curam pada kadar melampau banyaknya. Baru sahaja menurun sudah nampak canak lagi hanya diselekoh hadapan. Ditambah pula dengan tanah merah yang berdebu menyeksa pernafasan kami. Nasib baiklah cuaca menyebelahi, jika tidak mahu ada yang kena tadah telinga mendengar bebelan sang naga oren. Terfikir di fikiran jikalaulah ini trail run yang pertama, memang tiada yang kedua dah la jawapnya. Ada satu tempat tu kami kena menyeberang titi kayu, sorang demi sorang meniti menyebabkan laluan jem macam jalan kampung di musim perayaan.

Tidak sah jika tidak ada SCut. 2x SCut amat berbaloi memandangkan kami hanya mahu suka suka sahaja bukannya naik podium. Terima kasih kepada penganjur yang menyediakan air 100+ di water station selain tau fu fa, air soya, pisang dan tembikai setelah tiba di finishing line.

Selepas menanti lucky draw yang tak lucky lucky… kami pun berangkat ke Perantau Hill untuk makan tengahari. Ini adalah kali ke dua kami makan tenghari di sini selepas berlarian di Putrajaya. 
Menanti jem yang tak reda reda.
Bergambar sebentar di SCut 1
SCut 1 yang berjaya dilepasi.
Air kemenangan katanya. Sampai ke garisan penamat dia pikul.
Masing masing dah dapat medal finisher 12km
Itu dia bukti tau fu fa. 7 orang sahaja buat kali ini.
Ambik gambar medal. Pose wajib
Menjamu selera di Perantau Hill




No comments:

Post a Comment

comment form message