Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, June 27, 2014

Niat Puasa Ramadhan



Esok Lusa InsyaAllah aku akan berpuasa lagi. Niat puasa yang aku lafazkan dari kecik sampailah sekarang tetap sama. Niat sebulan dan juga niat harian.

Sudah diajar berpuasa dari kecik lagi membuatkan menahan lapar dan dahaga dari imsak sampailah ke maghrib tidaklah sesukar mana. Mula mula aku diajar untuk puasa separuh hari. Bangun sahur kemudian berbuka sebelum pergi sekolah petang. Begitulah seterusnya sampai aku mampu puasa penuh. Yang pasti aku berpuasa penuh semenjak sekolah rendah lagi. Tidak pula aku digoda dengan hadiah jika dapat puasa penuh sebulan cuma abah memberi pilihan samada nak duit belanja sekolah atau duit raya. Ambik duit belanja sekolah… duitnya disimpan. Duit raya tetap juga dapat akhinya. Sewaktu di sekolah menengah pula abah bagi belanja sebulan terus. Pandai pandai la nak uruskan macamana. Rupanya lagi susah dapat lumpsum sebulan daripada harian. Duit belanja sekolah tulah aku gunakan untuk beli kuih di bazaar Ramadhan. Sebenarnya duit yang diberi cukup untuk dibelanjakan di sekolah tapi tidak jika di bazaar Ramadhan. Apabila ditanya duit cukup atau tidak… aku pasti jawap “cukup, ada lagi ni ha”. Mulut ini cukup sukar untuk meminta atau menyusahkan mereka. Kenapalah anak anak sekarang aku lihat begitu mudah meminta kat mak bapa mereka.

Bila tiba hujung hujung puasa aku mula buat panjut. Take over daripada abang abang aku sebelum ni. Nantilah aku tulis cerita pasal panjut.

Niat puasa pun aku belajar juga. Sebelum tidur abang aku akan baca kat mulut lafaz dan aku ikut kat mulut, “Nawaitu…”. Bila tiba masa niatnya pula abang aku akan baca kat mulut dan aku ikut baca dalam hati “Sahaja aku…” disusuli dengan beritahu kat abang aku “dah.” Menandakan dah siap baca dalam hati. Bermaksud tidak berniat semasa menglafaz seperti niat sembahyang semasa angkat takbir.


Marilah kita berpuasa. Solat terawih tak pernah buat penuh lagi. Diharap tahun ni aku dapat up lagi jumlah malam aku gi solat tu. Jom.



No comments:

Post a Comment

comment form message